Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim

Orang Yang Kompeten

a.
Menyediakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan & pengujian dijalankan.
b.
Membentangkan keputusan & cadangan kepada majikan selepas laporan disiapkan. Tarikh pembentangan laporan kepada majikan hendaklah dimaklumkan ke Pejabat JKKP negeri yang berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum laporan dibentangkan.
c.
Menyerahkan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai kerja pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan & pengujian dijalankan, kepada Pengarah JKKP negeri berkenaan dan Ketua Pengarah JKKP.
a.
Sila klik di sini.
b.
Menghadiri kursus secara berterusan (CEP) dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan mengumpul sekurang-kurangnya 30 mata kredit setahun. Jumlah yang terkumpul dalam masa 3 tahun mestilah tidak kurang daripada 90 mata kredit. Sila klik di sini.

Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.

Merujuk kepada peraturan 18 (1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan, USECHH) 2000, pengesahan PE diperlukan bagi peralatan LEV yang dipasang ditempat kerja.

Pemberitahuan berkenaan aktiviti OYK adalah tugas OYK, akan tetapi jabatan tidak tertakluk memberikan pengesahan penerimaan pemberitahuan. Pemantauan akan dilakukan oleh pegawai JKKP apabila diperlukan sahaja.

‘Passive sampler’ boleh digunakan sekiranya memenuhi kaedah pemantauan dan penganalisisan yang ditetapkan serta perbandingan dengan Had Pendedahan Yang Dibenarkan dalam Jadual 1, Peraturan USECHH dapat dijalankan.

Semua permohonan pembaharuan kompetensi perlu dihantar 3 bulan sebelum tamat tempoh sah pendaftaran. JKKP sedang dalam proses untuk melaksanakan sistem permohonan baru dan pembaharuan secara ‘online’ bagi semua kompetensi.