Industri Kecil dan Sederhana
A. Definisi PKS
B. Pelaksanaan Modul Bimbingan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan antara sektor terpenting yang menjana ekonomi Negara. Berdasarkan laporan Banci Ekonomi Negara 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015, 98.5% (907,065) industri adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pecahan mengikut kategori adalah 76.5% dalam kategori Mikro, 21.2% dalam kategori Kecil dan 2.3% dalam kategori Sederhana. Antara tanggungjawab sebagai pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah melaksanakan amalan KKP bagi menjamin pekerja selamat dan sihat. Sebagai inisiatif, JKKP telah menyediakan modul bimbingan bagi membantu PKS melaksanakan amalan KKP di tempat kerja.Perlaksanaan modul bimbingan Sektor kecil dan sederhana Papar Nota Panduan Ringkas Perlaksanaan SPKKP Bagi PKS Papar C. Amalan Terbaik (Best Practice) di IKS
Laporan Amalan terbaik KKP ini adalah kompilasi program “Compliance Support” termasuk program “door to door” yang memberikan penekanan dan bantuan kepada (7) elemen berikut:- Jawankuasa Keselamatan dan Kesihatan
- Persekitaran tempat kerja
- Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Egronomik
- HIRARC
- Penyediaan Prosedur Kerja Selamat
- Pelaporan Kemalangan , Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan
Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri makanan) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri perkhidmatan kejuruteraan) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Logam) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Kayu) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Perkhidmatan) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Automatif) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Seramik) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Asas Bina) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Getah) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Kosmetik) Papar Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Percetakan) Papar D. Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Industri Kecil dan Sederhana 2016 -2020
E. Informasi Berkaitan Lain-lain Sektor
F. OSH Coordinator
OSH Coordinator
Pengenalan
Melalui Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020) dibawah strategi 6, salah satu program khusus yang dirancang adalah untuk meningkatkan bilangan pengamal KKP. Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) untuk menguruskan hal-ehwal KKP. Antara tanggungjawab OSH Coordinator ialah membantu majikan untuk melaporkan status KKP kepada JKKP, mentadbir dokumen KKP, mempromosikan budaya KKP dan mengambil tindakan yang berkaitan.
Bagi memenuhi kehendak pasaran terhadap keperluan melantik OSH Coordinator yang terlatih, pihak Jabatan telah mengiktiraf beberapa pusat pengajar yang berkelayakan bagi tujuan mengendalikan kursus OSH Coordinator ini. Pusat pengajar yang dilantik adalah pusat pengajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam Panduan Pendaftaran Pusat Pengajar OSH Coordinator yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan.
Senarai Pusat Pengajar OSH Coordinator Papar Panduan Pendaftaran Pusat Pengajar OSH Coordinator Papar