Pusat Pengajar SiRAC

  • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (Peraturan USECHH) telah berkuatkuasa sejak tahun 2000. Peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam peraturan ini adalah melibatkan penaksiran risiko kesihatan terhadap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.
     
    Jabatan juga telah mengambil insiatif mengeluarkan “Manual on Simple Risk Assessment and Control for Chemicals (SiRAC)” bagi memudahkan penaksiran dijalankan mengikut sistem ‘Control Banding’ yang bertujuan untuk mencadangkan kawalan yang mudah bagi semua industri terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepakaran dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
     
    Selaras dengan pelan pelaksanaan SiRAC, terdapat keperluan bagi pengapit sedia ada atau lain-lain pengamal KKP selepas pindaan USECHH di industri untuk menghadiri latihan berkaitan penaksiran risiko kepada kesihatan mengikut kaedah SiRAC. Latihan ini penting bagi memastikan pengapit dan lain-lain pengamal KPP dapat menjalankan penaksiran mengikut kaedah SiRAC yang betul.
     
    Bagi memberikan latihan yang lebih sistematik kepada pengapit sedia ada atau lain-lain pengamal KKP di industri dan seterusnya menjamin kualiti latihan yang diberikan pula, pusat pengajar yang bertauliah adalah sangat diperlukan. Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal dan memenuhi objektif yang ditetapkan, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan di dalam panduan ini.

Cetak