Jurutera Stim / Enjin Pembakaran Dalaman

  • merujuk kepada Seksyen 29, Akta Kilang dan Jentera 1967; Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan.

    1) Tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes.

    2) Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau pemandu, ataupun dalam kes, melainkan jika -
    a) dia memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar; atau
    b) dia mempunyai kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh ketua pemeriksa.

    3) Tiap-tiap orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan pemeriksaan permit yang sama setiap kali dipanggil untuk berbuat demikian oleh seseorang pemeriksa.
  • a. Berkuatkuasa 1 Disember 2020, semua permohonan bagi peperiksaan Jurutera Stim / Enjin Pembakaran Dalam adalah melalui perkhidmatan sistem MYSKUD yang boleh dilayari di Single-Sign-On (SSO) Sistem MyKKP(http://mykkp.dosh.gov.my/). Sebarang permohonan secara manual tidak akan diproses.
     
     
  • Jadual Temuduga (Ujian Lisan) & Peperiksaan Bertulis Jurutera Stim/ Jurutera Enjin Pembakaran Dalam Bagi Tahun 2024

    Bil.

    Bulan

    Perkara

    Tarikh

    1

    Februari

    Ujian Lisan (Bahagian C)

    27 - 29 Februari 2024

    2

    Mei

    Peperiksaan Bertulis

    14 - 16 Mei 2024

    Ujian Lisan (Bahagian C)

    14 - 16 Mei 2024



    Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Farah Nur Syafiqah Binti Sulaiman ditalian 03-8886 5309 atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  • PEMBERITAHUAN
     
    Adalah dimaklumkan bahawa, semua pemegang perakuan kebolehan Jurutera Stim dan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam (buku fizikal) dikhendaki untuk membuat penggantian perakuan kebolehan dari buku fizikal ke slip perakuan pendaftaran. Arahan penggantian ini adalah selari dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Pindaan 2022 (Akta A1648) yang akan berkuatkuasa pada tahun ini.
     
    Permohonan penggantian perakuan kebolehan dari buku fizikal kepada slip perakuan pendaftaran hendaklah dibuat melalui perkhidmatan sistem mySKUD yang boleh dilayari di Single-Sign-On (SSO) sistem mykkp. Sebelum permohonan penggantian perakuan kebolehan Jurutera Stim/EPD boleh dibuat, pemohon perlu membuat migrasi data terlebih dahulu. Pemohon perlu mengisi excel "Borang Kemaskini Rekod Jurutera Stim, Jurutera EPD" beserta salinan buku perakuan tersebut dan dihantar ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Permohonan penggantian di sistem mySKUD hanya boleh dibuat setelah proses migrasi selesai. Sila rujuk kepada poster tatacara Penggantian Buku Perakuan Kebolehan Jurutera Stim/EPD Gred 1 & 2  dibawah untuk rujukan pihak tuan/puan.
     
    Jika pemohon mempunyai kelayakan tambahan di dalam buku perakuan kebolehan yang yang sama, pemohon perlu mengisi kedua-dua maklumat perakuan kebolehan tersebut ketika membuat migrasi data. Kemudian, pemohon perlu membuat dua (2) permohonan penggantian berasingan di sistem mySKUD untuk setiap perakuan kebolehan tersebut setelah proses migrasi data selesai. Sebagai contoh, pemohon mempunyai perakuan kebolehan Jurutera Stim (JS) Gred 1 dan mempunyai kelayakan tambahan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam (EPD) Gred 2 di dalam buku perakuan kebolehan yang sama (sila rujuk gambar di bawah sebagai rujukan). Ketika membuat migrasi data, pemohon perlu mengisi maklumat kedua-dua perakuan kebolehan JS Gred 1 dan Jurutera EPD Gred 2 di excel "Borang Kemaskini Rekod Jurutera Stim, Jurutera EPD" tersebut. Setelah proses migrasi data selesai, pemohon perlu membuat permohonan penggantian bagi perakuan kelayakan Jurutera Stim Gred 1 terlebih dahulu. Setelah permohonan penggantian tersebut diluluskan, pemohon perlu membuat 1 lagi permohonan penggantian di sistem mySKUD untuk kelayakan tambahan yang dimiliki iaitu Jurutera EPD Gred 2. Permohonan  penggantian di dalam sistem mySKUD tidak boleh dibuat secara serentak untuk kedua-dua perakuan kebolehan tersebut (perlu selesaikan 1 permohonan penggantian dahulu, barulah permohonan penggantian tambahan dapat dibuat)


     
    Turut disertakan bersama Surat Arahan Penggantian, Manual Pemohon dan Garis Panduan bagi Permohonan Penggantian Buku Perakuan Kebolehan Jurutera Stim/ Enjin Pembakaran Dalam untuk rujukan Tuan / Puan.

    Oleh yang demikian, pihak Jabatan berharap semua pemegang kompetensi Jurutera Stim dan Jurutera Enjin Pembakaran Dalam dapat membuat penggantian buku perakuan kebolehan fizikal kepada slip perakuan kelayakan untuk melancarkan proses penguatkuasaan dan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Pindaan 2022 (Akta A1648) yang dijangka berkuatkuasa pada tahun 2024. Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan.
     


    Lampiran Dokumen:
     
     
     

Cetak