Juruteknik Higien 2
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Kelayakan & Prosedur
-
Perundangan
-
Borang
Juruteknik Higien 2 (HT2) merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.
Seseorang majikan hendaklah melantik, menggaji atau mengambil kerja orang kompeten yang dipanggil HT2 bagi melaksanakan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
Juruteknik Higien 2 hendaklah:- Menjalankan pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja;
- Menyiapkan dan menghantar laporan lengkap pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian;
- Membentangkan hasil pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian;
- Menghantar laporan ringkas kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian; dan
- Menjalankan lain-lain tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000.
Kelayakan
Pilihan 1:- Hygienist Industri yang diiktiraf
- Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 (Bahagian II) yang dikendalikan oleh NIOSH
- Minimum Diploma Lanjutan Higien Industri / Pekerjaan
- Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 yang dikendalikan oleh NIOSH
- Diploma Kejuruteraan atau Sains Tulen & Sains Gunaan
- Menghadiri kursus Juruteknik Higien 2
- Lulus peperiksaan Juruteknik Higien 2 yang dikendalikan oleh NIOSH
- Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga (bagi pemohon yang lulus peperiksaan SEBELUM 1 Julai 2010). Setelah lulus temuduga, pemohon akan didaftarkan sebagai HT 2.
- Bagi pemohon yang lulus peperiksaan SELEPAS 1 Julai 2010, pemohon akan didaftarkan sebagai HT 2 sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki.
- Tempoh kelulusan adalah 3 tahun.
Peraturan:
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000
Garis Panduan:
Guidelines For The Registration of Assessor, Hygiene Technician & Occupational Health Doctor, 2nd Edition 2006Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://mykkp.dosh.gov.my/
Tags: Competency, HT2