Pemasang, Penyelenggara & Perombak Mesin Angkat

  • Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasang, menyelenggara, merombak dan memeriksa  mana-mana jentera yang dinyatakan di dalam kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

    Berdasarkan kepada perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja memasang, menyelenggara dan merombak  hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten (Pemasang.Penyelenggara dan Perombak Kren Menara. Mesin Penumpang/Barang dan Gondola) sebelum menjalankan kerja.
  • Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my
 

Cetak