Breadcumb Caption
  • SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2018
Breadcumb Caption
  • SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2018

SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2018

PENGENALAN

Majlis sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja merupakan acara tahunan yang disambut pada tarikh 28 April setiap tahun di seluruh dunia bermula sejak tahun 2003 sebagaimana ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization). Majlis sambutan ini adalah bertujuan bagi memperingati mangsa kemalangan industri dan penyakit pekerjaan di seluruh dunia.

Majlis sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja ini juga telah menjadi salah satu agenda tahunan bagi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Pada tahun 2018 ini, majlis sambutan akan diadakan pada tarikh 5 Mei 2018 di Dewan Arena Chenor, Maran, Pahang dengan kerjasama JKKP Pahang, PERKESO dan NIOSH.

 

TEMA SAMBUTAN 2018

Bagi tahun 2018, tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2018 adalah Generasi Selamat dan Sihat (Generation Safe and Healthy). Tema ini memberi tumpuan meningkatkan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja-pekerja muda atau belia yang memasuki alam pekerjaan.

Banyak faktor boleh meningkatkan kelemahan pekerja muda terhadap risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, seperti perkembangan fizikal dan psikologi mereka, kurangnya pengalaman kerja dan latihan, Selain itu, kurangnya aspek kesedaran terhadap penganalisaan bahaya dan risiko (risk assessment) yang berkaitan dengan pekerjaan hingga membolehkan mereka mudah menerima tugas yang merbahaya tanpa memikirkan akibat jangka masa yang akan datang.

Kempen Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2018 menyoroti kepentingan kritikal untuk menangani cabaran ini dan meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja muda dengan memberi pendedahan kepada risiko pekerjaan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENARIK DIJALANKAN SEPERTI:

  1. SEMINAR JOM SIHAT;
  2. LIGA PENALTI;
  3. OSH FUN RIDE;
  4. SUPERBIKE SHOW;
  5. CERAMAH GENERASI SELAMAT DAN SIHAT;
  6. PERKONGSIAN ORANG TERBENCANA;
  7. PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT DAN SERVIS MOTORSIKAL;
  8. SPOT THE HAZARD;
  9. PEMERIKSAAN KESIHATAN & KEMPEN DERMA DARAH;
  10. PAMERAN AGENSI/JABATAN/NGO’s;
  11. CABUTAN BERTUAH; dan
  12. PEMBERIAN GOODIES.

Maklumat Pendaftaran Penyertaan OSH Fun Ride

OSH FUn RUn updated

 =========================================

Occupational Safe and Health Fun Ride 2018

**100 Lucky Draw Prizes to be won!**

=========================================

Date: 5 Mei 2018 (Saturday)

Time: 7:30 am - 12:00 pm

Event Venue: Dewan Arena Chenor, Maran, Pahang

Bicycle Type: Any (except bike without brakes)

Event Type: Fun Ride

Registration Closing Date: 25 April 2018

Organizer Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Organizer Contact: Muhammad Salahuddin Abdul Majid - 013-851 0185

Registration Link: https://goo.gl/3c1ukK

Registration Contact Person (Mon - Fri 9:00am to 6:00pm)

CyclingEvents.my - 012-2982960 (Call & Whatsapp)

 

Maklumat lanjut boleh hubungi pegawai seperti berikut:

1. En. Pavintheran a/l Kandasamy – 03-8886 5265/017-555 9923
2. Pn. Norliza binti Abu Othman – 03-8886 5264/013-770 7252
3. En. Mohd Fahmi bin Mohammad – 09-513 2906 /019-288 5479
4. En. Mohd Sofian bin Yusof – 09-513 2834/017-907 6432

Cetak Emel