Kebakaran Tangki Simpanan Pukal Produk Petroleum

Satu kebakaran dan letupan besar telah berlaku pada 17 Ogos 2008 melibatkan dua (2) buah tangki simpanan pukal di sebuah terminal yang terletak di selatan tanahair. Tangki yang terlibat merupakan tangki simpanan produk petroleum yang digunakan bagi tujuan untuk memproses produk petroleum dan seterusnya dieksport. Tangki 1 yang mengandungi gasoline tanpa plumbum (Unleaded Gasoline - ULG) dilaporkan terbakar sekitar jam 1840 pada hari Ahad, 17 Ogos 2008. Ibu pejabat JKKP menerima laporan kemalangan ini dari JKKP Johor pada hari Isnin, 18 Ogos 2008 dan JKKP telah menghantar pasukan penyiasat dari JKKP Johor dibantu oleh Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Major Hazard ke lokasi kejadian. Pada lebih kurang jam 7.15 malam pada 18 Ogos 2008, kejadian kebakaran bertambah besar apabila Tangki 2 (Naphtha) yang berada bersebelahan Tangki 1 mula terbakar akibat angin yang bertiup kencang dan berlaku sambaran api.
Hasil penyiasatan mendapati punca kebakaran bermula dari Tangki 1. Punca kebakaran masih di dalam penyiasatan pihak Bomba dan Penyelamat. Pasukan penyiasat BKF dan JKKP Johor telah beberapa kali ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa bahagian di dalam tangki 5 dan tangki 7 terutama pada bahagian Internal Floating Roof (IFR) telah mengalami kerosakan. Kegagalan rekabentuk IFR di dalam tangki simpanan pukal tersebut merupakan salah satu tumpuan di dalam siasatan.

Gambar 1: Tangki simpanan pukal sedang terbakar
Cadangan:
1.
Mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan (HIRARC) hendaklah dilaksanakan untuk kerja-kerja senggaraan di kawasan tangki simpanan pukal produk petroleum.
2.
Program penyenggaraan yang berkesan ke atas tangki simpanan pukal perlu diadakan secara kerap untuk memastikan bahawa segitiga api iaitu oksigen, sumber bahan api dan sumber pencucuhan dapat dikawal.
3.
Rekabentuk tangki simpanan pukal hendaklah mengikut piawaian antarabangsa dan praktis kejuruteraan yang terkini dan terbaik.
4.
Rekod penyenggaraan dan apa-apa kerosakan pada mana-mana bahagian pada tangki simpanan pukal perlu disimpan dengan baik.
5.
Rekabentuk pada sistem mencegah kebakaran juga perlu dikaji keberkesanannya.
6.
Berhati-hati bila melakukan dan menjalankan apa-apa kerja penyenggaraan terutama kerja panas (seperti kimpalan dan pemotongan) di kawasan berbahaya yang dikenalpasti.
7.
Prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja yang dijalankan pada tangki simpanan pukal hendaklah dikemaskini dan dikaji dari semasa ke semasa.
Rujukan:
»
http://www.buncefieldinvestigation.gov.uk/index.htm
»
http://www.cdc.gov/niosh/mining/highlights/programareahighlights16.htm
»
http://www.hse.gov.uk/fireandexplosion/
»
http://www.worksafe.vic.gov.au/wps/wcm/connect/WorkSafe/SiteTools/News/import-Shire+and+local+company+fined+after+Warburton+explosion
»
http://www.csb.gov/completed_investigations/docs/CSB_HerrigFinaldigest.pdf
»
http://www.buncefieldinvestigation.gov.uk/index.htm

Cetak