Letupan Habuk Mudah Terbakar

 

Pada 17hb Mac 2008, terdapat satu kemalangan diloji penyimpanan dan pemerosesan bahan mentah bijir-bijiran dalam kawasan Lumut, Perak.Kemalangan itu telah meragut nyawa empat orang pekerja kilang dan kecederaan ringan kepada dua orang pekerja lain.Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan keatas loji berkenaan telah mendapati tiga orang pekerja pada masa kemalangan sedang membuat kerja-kerja kimpalan keatas bahagian sambungan pengaliran diantara conveyor dengan elevator diaras bawah tanah (pit) menara silo.Pada hari kejadian dua daripada empat elevator beroperasi untuk memindahkan bahan mentah bijir-bijiran itu daripada silo ke lain-lain bahagian dalam komplek loji berkenaan.
Adalah dipercayai bunyi letupan dengan cahaya bersinar yang disaksikan oleh pekerja dibilek kawalan loji berkenaan berpunca daripada aras bawah tanah (pit) menara silo dan telah menyebabkan kerosakan kepada loji menara silo, memecah gelas tingkap,dan menjatuhkan rangka tingkap pada bangunan utama kilang berkenaan.Bahagian terowong bawah tanah yang mengandungi rantaian conveyor daripada jeti kearas bawah tanah menara silo juga telah mengalami satu kerosakan yang besar pada struktur konkirt,conveyor dan pepasangannya.Tiga orang pekerja yang bekerja diaras bawah tanah menara silo mendapat kecederaan teruk dan meninggal dunia. Seorang pekerja dijeti dengan kecederaan teruk dibahagian kepala juga meninggal dunia dan dijumpai ditepi sebuah struktur kaki mesin angkat “unloader SKT.
Adalah disyorkan bahawa suatu amalan kerja yang selamat berikut dipatuhi untuk kerja-kerja melibatkan kimpalan dalam tempat ruang terkurung dan dimana terdapat kehadiran habuk mudah terbakar
1 Mengenalpasti hazard, penaksiran risiko dan kawalan hendaklah dilaksnakan untuk kerja-kerja kimpalan dalam tempat ruang terkurung.
2 Menurut kehendak Seksyen 15,Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah menjadi tanggungjawab seseorang majikan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan juga lain-lain pekerja yang mungkin terdedah oleh aktiviti kerja yang dijalankan. Rujukan juga boleh dibuat kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.
3 Program penyelenggaraan yang berkesan keatas kebersihan ditempat kerja loji diadakan untuk memastikan bahawa kehadiran habuk pada permukaan loji seperti elevator, conveyor, sistem penyedut habuk serta habuk dalam udara lantai kerja dikawal rapi supaya berada pada paras yang dibenarkan mengikut piawaian antarabangsa.
4 Rujukan dibuat kepada koda Amalan kerja Dalam Ruang Terkurung yang diterbitkan oleh JKKP.
5 Berhati-hati bila melakukan dan menjalankan apa-apa kerja melibatkan kimpalan dimana terdapat kehadiran bahan habuk medah terbakar (combustible).
6 Rujukan dan bacaan selanjutnya berkenaan kejadian letupan bahan habuk mudah terbakar (combustible) boleh dicapai dalam hyperlinks seperti berikut:
  » www.dosh.gov.my
  » www.cdc.gov/niosh/pdfs/83-126a.pdf
  » www.cdc.gov/niosh/pdfs/83-126b.pdf
  » www.cdc.gov/niosh/pdfs/83-126c.pdf
  » www.cdc.gov/niosh/pdfs/83-126d.pdf
  » www.cdc.gov/niosh/pdfs/83-126e.pdf
  » www.osha.gov/dts/shib/shib073105.html
  » www.fike.com/pub/epdocs/stspr99.pdf
  » www.minnesotafireservice.com/pubsilofiresusfatr096.pdf
  » http://www.hse.gov.uk
  » http://www.nfpa.org
  » http://www.osuextra.com
  » http://en.wikipedia.org/wiki/Dust_explosion
  » http://www.nap.edu/openbook/N1000545/html/l.html

Cetak