Bahagian Keselamatan Petroleum

Carta Organisasi

VISI

Menjadi pemimpin dalam langkah keselamatan pemasangan bahaya besar dan bahan petroleum.

MISI

Memastikan tiada gangguan akibat kecelakaan kepada aktiviti berkaitan bahan petroleum dan aktiviti pemasangan bahaya besar.

OBJEKTIF BAHAGIAN

Untuk melindungi orang-orang yang sedang bekerja, orang lain yang berada di tempat kerja, orang awam, harta benda dan persekitaran daripada bahaya kemalangan besar industri dan bahaya daripada pemasangan, penghantaran, penstoran dan penggunaan bahan petroleum, dengan memastikan wujudnya satu sistem kawalan bagi mencegah berlakunya kemalangan selalui satu sistem perundangan yang cekap dan berkesan.

NILAI KORPORAT

Tegas, Adil dan Mesra

FUNGSI BAHAGIAN

a)      Membuat penilaian ke atas:
  • Laporan mengenai aktiviti industri atau Laporan Keselamatan; dan
  • Pelan Kecemasan Tapak
yang disedia dan dikemukakan oleh pengilang pepasangan bahaya besar kepada Jabatan dalam mematuhi kehendak Peraturan CIMAH.  Ini dilaksanakan dengan menyemak, meneliti, mengadakan perbincangan bersama kakitangan Bahagian berkaitan dokumen tersebut dan seterusnya memanggil pengilang memberikan penerangan berkaitan dengannya;

b)     Menilai keupayaan organisasi dari segi pengetahuan, pengurusan keselamatan dan kesihatan yang diamalkan sebelum boleh melaksanakan SSI;

c)      Merancang dan melaksanakan audit pematuhan akta-akta yang dikuatkuasakan dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan termasuk audit OSR-MS ke atas setiap utiliti petroleum di luar pantai;

d)     Memastikan sistem pengangkutan dan pengendalian bahan petroleum melalui paip, darat dan air adalah selamat dan bebas dari bahaya / gangguan keselamatan;

e)      Menyemak, menilai, memeriksa dan memantau keselamatan premis penyimpanan dan pengendalian petroleum; dan

f)       Membangunkan / menyemak perundangan / garis panduan, ICOP dan standard industri petroleum dan KPKT.

SEKSYEN CIMAH

  1. Menguatkuasakan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau Peraturan CIMAH;
  2. Menerima dan memproses Borang Pemberitahuan Mengenai Aktiviti Industri (Borang JKKP-5) dan mengenalpasti pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar yang terdapat di dalam negara dan menyediakan satu inventori bagi pepasangan tersebut.;
  3. Membuat penilaian ke atas: 
    • laporan mengenai aktiviti industri atau Laporan Keselamatan; dan
    • pelan kecemasan tapak
    yang disedia dan dikemukan oleh pengilang pepasangan bahaya besar kepada Jabatan dalam mematuhi kehendak Peraturan CIMAH. Ini dilaksanakan dengan menyemak, meneliti, mengadakan perbincangan bersama kakitangan Bahagian berkaitan dokumen tersebut dan seterusnya memanggil pengilang memberikan penerangan berkaitan dengannya;
  4. Memproses iaitu dengan menemuduga dan menggazetkan Orang Kompeten yang layak;
  5. Membuat penilaian ke atas laporan demonstrasi operasi selamat yang disedia dan dikemukakan oleh pengilang pepasangan bahaya bukan besar dalam mematuhi kehendak Peraturan CIMAH;
  6. Menyemak dokumen dan memantau status penyampaian maklumat kepada umum (ITP) oleh pengilang pepasangan bahaya besar;
  7. Menjalankan pemeriksaan / audit ke atas pepasangan bahaya besar / stokis LPG;
  8. Menjalankan siasatan terperinci ke atas kemalangan besar yang berlaku.
  9. Membuat pendakwaan;
  10. Merancang dan mengkaji strategi-strategi baru bagi mengurangkan bahaya kemalangan besar; dan
  11. Menjalankan aktiviti promosi dan publisiti untuk memastikan pengilang mendapat maklumat terkini berkaitan pengawalan bahaya kemalangan besar.

SEKSYEN SSI

  1. Memastikan permohonan perlanjutan Sijil Perakuan Kelayakan mengikut peruntukan rundangan dan Pekeliling Ketua Pengarah;
  2. Membuat verifikasi ke lapangan pemohon pelanjutan Sijil Kelayakan dan mencadangkan hasil verifikasi kepada Ketua Pengarah; 
  3. Memproses permohonan untuk Skim Pemeriksaan Khas mengikut peruntukan Peraturan SSI;
  4. Menilai dan meluluskan methodology yang akan digunapakai oleh organisasi yang memohon untuk mengimplementasi SSI;
  5. Menilai keupayaan organisasi dari segi pengetahuan, pengurusan keselamatan dan kesihatan yang diamalkan sebelum boleh melaksanakan SSI;
  6. Menjalankan pemeriksaan dan audit SSI sebelum memperbaharui sijil perakuan kelayakan mengikut tempoh tertentu;
  7. Menjalankan aktiviti berbentuk promosi dan publisiti berkaitan perlaksanaan Sijil Kelayakan dan Peraturan SSI; dan
  8. Menjalankan penilaian/audit ke atas ‘aging plant’ ke atas loji berusia melebihi 20 tahun bagi memastikan integrity dan jentera baik untuk beroperasi.

SEKSYEN LUAR PANTAI

  1. Menguatkuasakan Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967;
  2. Melaksanakan audit Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Sistem Pengurusan Integriti Peralatan yang digunakan (Offshore Self-Regulation Management System - OSR-MS);
  3. Memastikan struktur, peralatan, kelangkapan dan perkakas yang digunakan, direkabentuk mengikut kod-kod amalan industri yang diiktiraf.
  4. Menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas talian paip hidrokarbon;
  5. Menjalankan audit pengurusan integriti talian paip petroleum luar pantai;
  6. Menjalankan aktiviti pencegahan, pemonitoran dan pengawalan kesihatan pekerja di pelantar;
  7. Menjalankan siasatan ke atas aduan dan kemalangan;
  8. Menyiasat bagi tujuan pendakwaan ke atas pelanggaran undang-undang;
  9. Membangun dan menyemak semula peraturan dan garis panduan  berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  10. Mewujudkan satu enventori kebangsaan pelantar minyak dan gas serta penggunaan jentera dalam aktiviti luar pantai;
  11. Menganggotai Jawatankuasa berkaitan Zon Ekonomi Ekslusif bersama-sama pihak berwajib yang lain; dan
  12. Menjalankan aktiviti promosi dan publisiti kepada pelanggan dan agensi kerajaan dan swasta.

SEKSYEN PENGANGKUTAN

  1. Talian Paip
    1. Mengawasi pelaksanaan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan akta dan peraturan yang berkaitan;
    2. Memberi kelulusan penghantaran petroleum melalui jalan, landasan keretapi, air dan talian paip;
    3. Memberi kebenaran kepada kerja-kerja talian paip;
    4. Menjalankan pemeriksaan integriti talian paip petroleum di darat;
    5. Menjalankan audit terhadap penghantaran petroleum melalui jalan, landasan keretapi, air dan talian paip;
    6. Melakukan pemeriksaan petroleum ke atas mana-mana kapal pengangkut petroleum ketika tiba di pelabuhan;
    7. Memberi kebenaran untuk “loading, unloading & discharging” petroleum di pelabuhan atau tempat-tempat yang diberi kebenaran oleh Menteri;
    8. Memberi kebenaran kepada kapal-kapal mengangkut petroleum memasuki pelabuhan;
    9. Melakukan penilaian mengenai isu-isu semasa mengenai pengangkutan petroleum;
    10. Menyemak dan menilai laporan intelligent pigging secara berkala; dan
    11. Membuat pemeriksaan CP (Cathodic Protection) ke atas utiliti petroleum di darat.
  2. Simpanan Pukal
    1. Memastikan sistem retikulasi (LPG dan gas asli) adalah selamat untuk dioperasikan;
    2. Memastikan sistem simpanan pukal dan talian paip direkabentuk mengikut kod rekabentuk yang diiktiraf oleh Jabatan melalui penilaian yang teliti;
    3. Menjalankan pemeriksaan ke atas sistem simpanan pukal dan talian paip periksa sebelum kebenaran mengendali dikeluarkan; dan
    4. Untuk memastikan sesuatu sistem simpanan pukal dan talian paip adalah selamat melalui pemeriksaan berkala.

SEKSYEN PENSTORAN DAN KENDALIAN

  1. Memberi khidmat nasihat kepakaran sebagai sokongan proses pengeluaran lesen kebenaran menyimpan petroleum kepada Pihak Berkuasa Tempatan [PBT];
  2. Penetapan ujian atau kaedah verifikasi terhadap peralatan petroleum;
  3. Pengeluaran sijil ujian atau verifikasi peralatan petroleum;
  4. Membuat rektifikasi terhadap peralatan petroleum yang sedia ada;
  5. Melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap peralatan-peralatan petroleum;
  6. Menyemak dan memberi kelulusan terhadap peralatan, gadgets, bahan, loji, kelengkapan, bangunan, struktur dan pemasangan petroleum;
  7. Melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis penstoran/pengendalian petroleum;
  8. Menyemak dan menilai aspek keselamatan rekabentuk premis penyimpanan dan pengendalian petroleum;
  9. Menetapkan dan menguatkuasakan standard pelabelan bekas petroleum;
  10. Menetapkan dan menguatkuasakan keperluan kepada komunikasi hazard;
  11. Menyemak rekabentuk tangki simpanan pukal (atmospheric tank); dan
  12. Menjalankan audit sistem KKP penstoran dan kendalian petroleum mengikut standard antarabangsa.

SEKSYEN KELENGKAPAN DAN PEPASANGAN

  1. Menjalankan penyelidikan berdasarkan keselamatan petroleum semasa menyimpan dan mengendali  petroleum(Kelengkapan dan Pepasangan);
  2. Membangunkan garis panduan berkaitan Kelengkapan dan Pepasangan petroleum;
  3. Membangunkan standard petroleum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  4. Memberi khidmat bimbingan teknikal & professional kepada industri petroleum dan KPKT;
  5. Membangunkan/menyemak perundangan berkaitan keselamatan petroleum;
  6. Membuat penilaian ke atas penggunaan teknologi baru NDT dan DT;
  7. Mengadakan promosi mengenai keselamatan petroleum;
  8. Membangunkan standard bagi kepenggunaan kelengkapan petroleum dengan selamat;
  9. Membangunkan satu prosedur bagi kelulusan kepada peralatan dan kelengkapan petroleum; dan
  10. Memproses dan memberi kelulusan kepada kelengkapan dan peralatan petroleum.

Cetak