Slider

Pusat Pengajar CHRA

  • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (Peraturan USECHH) telah berkuatkuasa sejak tahun 2000. Peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam peraturan ini adalah melibatkan penaksiran risiko kesihatan terhadap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

    Peruntukan di dalam Peraturan USECHH memerlukan latihan yang spesifik termasuk kaedah penaksiran bahaya bahan kimia, penentuan kecukupan kawalan, penentuan hazard bahan kimia, pengelasan semula bahan kimia dan cadangan tindakan yang perlu diambil majikan. Elemen-elemen ini merupakan perkara teknikal yang memerlukan latihan spesifik oleh pusat-pusat pengajar yang mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan tinggi, modul pengajaran yang berkualiti dan selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam panduan ini.

  • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (Peraturan USECHH) 2000

Cetak Emel