Slider

Pusat Pengajar Juruteknik Higien 1 (HT1)

  • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (Peraturan USECHH) telah berkuatkuasa sejak tahun 2000. Peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam peraturan ini adalah melibatkan pemantauan pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

    Peruntukan di dalam Peraturan USECHH memerlukan latihan spesifik termasuk kaedah pemantauan pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan  bagi memastikan penyenggaraan kawalan yang secukupnya tentang pendedahan pekerja terhadap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan. Pemantauan pendedahan ini merupakan perkara-perkara teknikal yang memerlukan latihan spesifik oleh pusat-pusat pengajar yang mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan tinggi, modul pengajaran yang berkualiti dan selaras dengan peruntukan Peraturan USECHH.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal dan memenuhi objektif yang ditetapkan, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan di dalam panduan ini.

  • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (Peraturan USECHH) 2000

Cetak Emel