Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Doktor Kesihatan Pekerjaan

  • Pendaftaran baru dan permohonan daftar semula Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah salah satu aktiviti utama di bawah pengurusan Bahagian Kesihatan Pekerjaan. Ia sejajar dengan kehendak Peraturan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000) yang mana peraturan ini menetapkan keperluan pengawasan perubatan dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan jabatan dan mempunyai sijil yang masih sah tempohnya. Di bawah peraturan ini juga, pengawasan perubatan hendaklah dijalankan oleh Doktor Kesihatan Pekerjaan untuk melindungi pekerja yang terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

    Selain daripada pengawasan perubatan, Doktor Kesihatan Pekerjaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan pengawasan kesihatan kepada pekerja yang bekerja di dalam ruang terkurung bagi memastikan tahap kesihatan pekerja terbabit dalam keadaan optima dari segi fizikal dan mental. Pengawasan kesihatan bagi pekerja yang bekerja di dalam ruang terkurung terkandung di dalam Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010.

    Senarai nama Doktor Kesihatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dipaparkan di laman portal jabatan ini.
  • Kelayakan Umum:

    • Seorang warganegara Malaysia sahaja; 
    • Mesti tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada masa mengemukakan permohonan;
    • Mesti sihat tubuh badan;
    • Belum didapati bersalah bagi apa-apa perbuatan atau peraturan disebabkan oleh kecuaian profesional sebagai seorang pengamal perubatan;
    • Belum pernah disabitkan suatu kesalahan di bawah Akta atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; dan
    • Belum pernah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang dan dihukum lebih daripada satu tahun penjara atau didenda lebih daripada dua ribu ringgit.Kelayakan Khusus:

    Kelayakan Khusus:

    Pengamal Perubatan yang ingin memohon untuk didaftarkan dengan Ketua Pengarah untuk menjalankan pengawasan perubatan mesti:
    • Mempunyai sekurang-kurangnya diploma lepasan ijazah di dalam bidang kesihatan pekerjaan atau perubatan pekerjaan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
    • Berjaya menamatkan kursus latihan Doktor Kesihatan Pekerjaan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah dan telah lulus peperiksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan yang dijalankan oleh NIOSH; atau

    • Kelayakan lain yang setaraf dengan senarai di bawah:

    i. Sarjana Kesihatan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        ii. Sarjana Perubatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM)
        iii. Sarjana Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM)
        iv.  Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) Universiti Kebangsaan Malaysia
        v.    Sarjana Kesihatan Awam, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
        vi.    Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan (DSKP) Universiti Kebangsaan Malaysia
        vii. Masters of Science (Occupational Health), London
        viii. Masters of Science in Occupational Medicine, Singapore
        ix.    Masters of Medicine (Occupational Medicine/Public Health), Singapore
        x. Masters of Public Health (Occupational Medicine), Wisconsin USA
        xi.  Masters in Occupational Health, Philippine
        xii.    Diploma in Industrial Health from any University in United Kingdom
        xiii. Post Graduate Diploma or Masters of Health Science (Occupational Medicine, Health & Safety), Edith Cowan, Perth Australia
        xiv.   Diploma in Industrial Health, Singapore
        xv.    Diploma in Industrial Health, Otago New Zealand
        xvi.    Diploma in Industrial Health, Toronto, Canada
        xvii. Diploma in Occupational Health, Sydney, Australia
        xviii. Associate Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of Physicians of London
        xix. Licentiate Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of Physicians of Ireland
        xx.    Successfully completed OSH course that's approved by the director and also passed OHD examination that's conducted by NIOSH Malaysia, Bangi

    A medical practitioner applying to be registered with the Director General to conduct medical surveillance must:

Tags: Competency, OHD

Cetak Emel