Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

OYK Major Hazard

  • Orang Kompeten Major Hazard didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 berdasarkan Peraturan 13.

    Tugas Orang Kompeten


    Memberi khidmat nasihat kepada pengilang dalam kawalan bahaya besar terutamanya dalam bidang-bidang berikut:
    • Dalam penyediaan laporan bertulis (laporan baru) yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 6 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 untuk dihantar kepada Ketua Pengarah. Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan pengubahsuaian) yang mengambil kira pengubahsuaian kepada aktiviti industri untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
    • Dalam penyediaan laporan lanjutan bertulis (laporan kemaskini) yang mengambil kira terutamanya pengetahuan teknikal baru yang ketara yang memberi kesan kepada butiran dalam laporan yang terdahulu yang berkaitan dengan keselamatan dan pemajuan dalam pengetahuan mengenai penilaian bahaya untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
    • Dalam penyediaan pelan kecemasan tapak yang mencukupi yang memperincikan cara menangani kemalangan besar di tapak untuk dihantar kepada Ketua Pengarah.
  • Syarat-syarat kelayakan untuk memohon pendaftaran kompetensi Orang Kompeten Major Hazard (OKMH):

    • Pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan sah yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia;
    • Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setaraf dengannya sama ada dalam bidang Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biokimia atau Sains Gunaan, di mana kursus pengajian tersebut perlulah di bawah pengiktirafan kerajaan Malaysia pada tahun pengajian yang tersebut pada sijil pengajian;
    • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman bekerja berkaitan Hazard and Risk Management, Process Safety Management, Major Hazard Accident Control dan Quantitative Risk Assessment (QRA) melebihi lima (5) tahun;
    • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan dengan penyediaan Laporan Aktiviti Industri (dokumen baru atau dokumen kemaskini) dan Pelan Kecemasan Tapak (dokumen baru atau dokumen kemaskini);
    • Pemohon mempunyai pengetahuan yang baik dan pengalaman dalam bidang-bidang berikut:
      • Perundangan Malaysia berkaitan Major Hazard terutamanya di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya;
      • Sistem Pengurusan Keselamatan;
      • Pelan Kecemasan Tapak.
  • Jadual Temuduga Bagi Tahun 2023

    Bil.
    Tarikh
    1. 10 Januari 2023
    2. 14 Februari 2023
    3. 21 Mac 2023
    4. 04 April 2023
    5.
    23 Mei 2023
    6. 13 Jun 2023
    7. 11 Julai 2023
    8. 15 Ogos 2023
    9. 12 September 2023
    10. 10 Oktober 2023
    11. 14 November 2023
    12. 18 Disember 2023
  • Nota panduan Penyediaan dan Pengemaskinian Laporan Aktiviti Industri dibangunkan bagi menyeragamkan format pelaporan Laporan Aktiviti Industri (dokumen baru dan dokumen yang dikemaskini). Dokumen mestilah ditulis mengikut nota panduan seperti di lampiran dan hendaklah  mengemukakan  dokumen seperti  berikut. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

    Lampiran:
    1. pdf Nota panduan Penyediaan dan Pengemaskinian Laporan Aktiviti Industri
    2. Borang JKKP 5 (Borang Pemberitahuan Aktiviti Industri)
    3. Surat Klasifikasi Aktiviti Industri daripada Pejabat JKKP Negeri
    4. Salinan Slip Pendaftaran Kompetensi OKMH yang sah
  • Setiap Pelan Kecemasan Tapak sama (bagi dokumen baru dan dokumen kemaskini) mestilah mempunyai setiap elemen di dalam Senarai Semak Pelan Kecemasan, mula berkuatkuasa mulai 9 Mac 2017. Jika tidak, dokumen tidak akan disemak.

    Lampiran: pdf Senarai Semak ERP

Cetak Emel