• Pencalonan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020 (AKKPN)
Slider

Pencalonan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020 (AKKPN)

sbannerMNKKP

Dimaklumkan bahawa Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (MNKKP) bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan menganjurkan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020 (AKKPN).

Anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Sehubungan itu MNKKP dan JKKP mempelawa semua organisasi dan individu untuk menyertai anugerah ini. Berikut adalah lampiran untuk Penyertaan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020:

  1. Panduan Penyertaan AKKPN 2020 :

    https://drive.google.com/file/d/14c5Im4PRxobg3Y6Hl9hmAHMxF4YoEGJ3/view?usp=sharing

  2. Kriteria Penilaian AKKPN2020:

    https://drive.google.com/file/d/1Dup8VwTYe6-WwPIG_xuL-0FoVPWGVeha/view?usp=sharing

  3. Borang Penyertaan AKKPN 2020 :

    https://forms.gle/cUqUEVqbmW5pRuio9

Semua pencalonan mestilah menggunakan borang google (google form). Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara talian sebelum atau pada 16 Februari 2021

Cetak Emel