Mencegah kegagalan silo

Reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan silo tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang atau standard industri di negara ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pemilik atau majikan untuk mewujudkan prosedur yang berkaitan bagi memastikan penggunaan silo yang selamat. Silo boleh ditakrifkan sebagai struktur yang tinggi, dibuat sama ada daripada konkrit bertetulang atau logam, biasanya bagi menyimpan bijirin atau simen. Pada asasnya, reka bentuk silo haruslah dibuat berdasarkan kod amalan antarabangsa yang relevan, di samping pemahaman pereka yang mencukupi terhadap sifat-sifat bahan untuk disimpan dan meliputi semua kombinasi beban yang mungkin.

Amaran keselamatan ini menggariskan aspek-aspek penting dalam mengekalkan kebergunaan silo. Artikel ini disediakan dengan andaian bahawa: (1) keperluan operasi dan syarat-syarat silo telah ditakrifkan dengan baik; (2) sifat aliran bahan ini telah diuji dan dianalisis; (3) reka bentuk kebergunaan silo telah dibangunkan; (4) reka bentuk terperinci silo telah dibangunkan; dan (5) silo telah direka, dipasang dan ditauliahkan dengan sewajarnya.

Pemeriksaan rutin semasa operasi

  1. Memeriksa keadaan bahan semasa proses mengisi, menyimpan dan memindah untuk mengenal pasti sebarang masalah yang berkaitan dengan aliran pukal atau pengagihan beban;
  2. Memeriksa silo untuk mengesan sebarang tumpahan bahan yang disimpan, herotan pada dinding, penipisan dinding akibat kakisan atau lelasan dan bolt longgar atau hilang (terutamanya untuk silo jenis bolt); dan
  3. Memeriksa keadaan asas konkrit, sambungan diturap dan semua tepian sambungan tindih.

Pemeriksaan rutin semasa penyelenggaraan

  1. Memeriksa permukaan dalaman dinding bagi apa-apa perubahan akibat haus dan kakisan, dan ganti/ baiki * jika perlu;
  2. Memeriksa sambungan yang dibolt/ dikimpal bagi sebarang kemerosotan, dan ganti/ baiki * jika perlu; dan
  3. Memeriksa komponen/ peralatan yang bersambung dengan silo, dan baiki/ ganti * jika perlu.

Kekerapan pemeriksaan-pemeriksaan ini bergantung kepada penggunaan sesuatu silo. Sebagai contoh, pemeriksaan semasa operasi boleh dijalankan setiap kali di peringkat awal, pertengahan dan akhir sewaktu proses mengisi dan memindah bahan. Pemeriksaan semasa penyelenggaraan perlu dijalankan apabila silo telah dikosongkan sepenuhnya dan langkah-langkah telah diambil untuk memastikan bahawa silo adalah selamat untuk dimasuki. Adalah ditegaskan bahawa silo dikelaskan sebagai ruang terkurung. Di samping kedua-dua pemeriksaan tersebut, pemeriksaan segera juga harus dijalankan selepas silo mengalami beberapa peristiwa penting, seperti perubahan dalam operasi silo, kejadian kemalangan berdekatan, ribut atau bencana alam.

Nota bagi asterisk (*): Pembaikan atau penggantian yang betul bermaksud keadaan beban, beban-beban yang dihasilkan oleh keadaan beban dan kesan kekangan telah dipertimbangkan dan difahami.

Rujukan dan bacaan lanjut

  1. American Concrete Institute (ACI). 1997. Standard practice for design and construction of concrete silos and stacking tubes for storing granular materials and commentary. ACI 313-97/313-R97, Farmington Hills, Michigan.
  2. Carson, J.W. 2000. Silo failures: Case histories and lessons learned. In the Proceedings of the 3rd Israeli Conference for Conveying and Handling of Particulate Solids. Dead Sea, Israel.
  3. Carson, J.W. & Holmes, T. 2003. Silo failures: Why do they happen? Task Quarterly 7(4): 499-512.
  4. Carson, J.W. & Jenkyn, R.T. 1990. How to prevent silo failure with routine inspections and proper repairs. Powder and Bulk Engineering, January.
  5. Dogangun, A., Karaca, Z., Durmus, A., Sezen, H. 2009. Cause of damage and failures in silo structures. Journal of Performance of Constructed Facilities 23(2): 65-71.
  6. EN 1991-4. 2006. Eurocode 1: Actions on structures, Part 4: Silo and tanks. Brussels: European Committee for Normalisation.
  7. EN 1993-1-6. 2007. Eurocode 3: Design of steel structures, Part 1-6: Strength and stability of shell structures. Brussels: European Committee for Normalisation.
  8. Iwicki, P., Wojcik, M., Tejchman, J. 2011. Failure of cylindrical steel silos composed of corrugated sheets and columns and repair methods using a sensitivity analysis. Engineering Failure Analysis 18(8): 2064-2083.
  9. Piskoty, G., Michel, S.A., Zgraggen, M. 2005. Bursting of a corn silo – an interdisciplinary failure analysis. Engineering Failure Analysis 12(6): 915-929.
  10. Purutyan, H., Pittenger, B.H., Carson, J.W. 1999. Six steps to designing a storage vessel that really works. Powder and Bulk Engineering 13(11): 56-68.
  11. Rotter, J.M. 1998. Shell structures: the new European standard and current research needs. Journal of Thin-walled Structures 31(1-3): 3-23.
  12. Sadowski, A.J., Rotter, J.M. 2011a. Steel silos with different aspect ratios: I – behaviour under concentric discharge. Journal of Constructional Steel Research 67(10): 1537-1544.
  13. Sadowski, A.J., Rotter, J.M. 2011b. Steel silos with different aspect ratios: II – behaviour under eccentric discharge. Journal of Constructional Steel Research 67(10): 1545-1553.

Cetak