doshheaderbm

Slider

SYARIKAT PEMBINAAN DIDENDA KERANA INGKAR NOTIS LARANGAN

press statement01

 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PERAK

SYARIKAT PEMBINAAN DIDENDA KERANA INGKAR NOTIS LARANGAN

Ipoh, 8 Mei –Sebuah syarikat pembinaan yang menjalankan projek pembinaan pangsapuri 22 tingkat telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh di atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 49(2), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak pada hari ini.

Noah Ark Builders Sdn Bhd sebagai majikan didapati telah gagal mematuhi dua (2) notis larangan yang telah dikeluarkan oleh JKKP Perak pada 11/02/2019 semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai JKKP Perak pada 16/02/2019. Bagi pertuduhan pertama, Noah Ark Builders Sdn Bhd telah gagal mematuhi notis larangan menjalankan semua aktiviti kerja di dalam kawasan tapak bina. Manakala bagi pertuduhan kedua, Noah Ark Builders Sdn Bhd telah gagal mematuhi notis larangan dengan membenarkan orang yang bukan kompeten mengendalikan kren menara.

Noah Ark Builders Sdn Bhd mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Puan Norashima binti Khalid dan telah dijatuhkan hukuman denda RM10,000.00 atau 6 bulan penjara jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan,

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKKP Perak, En. Devyclay Anak Pius. Manakala, penyiasatan terhadap kes telah dijalankan oleh pegawai penyiasat JKKP Perak yang diketuai oleh En. Mudzaffar bin Anwar Hussin.

###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak
8 Mei 2019

Cetak Emel