doshheaderbm

  • Ruangan KKP
  • Berita Global KKP
  • KES MAHKAMAH-TANGAN PEKERJA PUTUS, SYARIKAT PERLADANGAN DIDENDA
Slider

KES MAHKAMAH-TANGAN PEKERJA PUTUS, SYARIKAT PERLADANGAN DIDENDA

press statement01

TANGAN PEKERJA PUTUS, SYARIKAT PERLADANGAN DIDENDA

Sandakan, 8 Mei 2019 – Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Tuan Indra Bin Haji Ayub telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 dan pampasan kepada waris sebanyak RM 8,000 terhadap syarikat pengilangan, Sungai Ruku Palm Oil Plantation Sdn. Bhd. selepas mengaku bersalah.

Sungai Ruku Palm Oil Plantation Sdn. Bhd. telah didakwa dibawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana gagal memastikan, setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya kerana membenarkan pekerjanya menjalankan kerja pembersihan sehingga menyebabkan tangan kanan pekerjanya telah putus hingga ke bahagian siku akibat termasuk ke dalam Distoner Air Lock.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Mohd Fairul Azwan Bin Ismail dan dibantu oleh Mohd Ghazali Bin Mohd Jajuli. Kes tersebut disiasat oleh pegawai dari Seksyen Siasatan dan Pendakwaan JKKP Sabah yang di ketuai oleh Mohamad Edrus Bin Ramli dan di bantu Ahmad Al-Bakri Bin Ahmad Bistari.

###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah
8 Mei 2019

Cetak Emel