Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

3 maut dalam letupan di loji minyak Mexico

Berita Harian Online, 21 April 2016

oshcolumn bho 210416 
KEPULAN asap tebal naik ke udara selepas sebuah loji minyak di tenggara Mexico meletup hari ini. - Foto Reuters

MEXICO CITY: Satu letupan besar di sebuah loji minyak di tenggara Mexico mengorbankan sekurang-kurangnya tiga pekerja, mencederakan 30 yang lain dan mencetuskan pengosongan kawasan itu hari ini, menurut syarikat tenaga kerajaan, Pemex.

Kepulan asap kelabu kelihatan dari loji yang dikenali sebagai Pajaritos, di bandar Coatzacoalcos. Letupan itu dapat dirasakan sehingga sejauh 10 kilometer, sekali gus memaksa sekolah dan perniagaan berhampiran dikosongkan.

Punca letupan di Petroquimica Mexicana de Vinilo (PMV) masih tidak diketahui.

Gabenor negeri Veracruz, Javier Duarte memaklumkan stesen televisyen Milenio bahawa letupan itu mengorbankan tiga orang di kilang. Selain itu, 30 orang turut cedera. - AFP

oshcolumn bho2 210416

SEKUMPULAN pekerja diarah beredar dari kawasan loji minyak berkenaan berikutan kejadian itu.- Foto EPA

 

Cetak Emel