Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kelulusan dan Kebenaran

Kelulusan dan kebenaran prosedur baik pulih yang dikeluarkan oleh Jabatan ialah kelulusan bagi reka bentuk dan dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat. Manakala kebenaran memasang adalah untuk jentera am.

Panduan dan prosedur bagi kelulusan yang dijalankan oleh JKKP adalah sebagaimana berikut:

  • Pendahuluan

    Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Terdapat 7 jenis kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) iaitu:
    1. Perlindungan Pernafasan (JKKP HIE/12/2/1)
    2. Perlindungan Pendengaran (JKKP HIE/12/2/2)
    3. Perlindungan Mata (JKKP HIE/12/2/3)
    4. Perlindungan Tangan (JKKP HIE/12/2/4)
    5. Perlindungan Kaki (JKKP HIE/12/2/5)
    6. Perlindungan Badan (JKKP HIE/12/2/6)
    7. Perlindungan Kepala (JKKP HIE/12/2/7)

    Cara-Cara Membuat Permohonan


    1.0 Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala syarikat dan di alamatkan kepada :-
      Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel  : 03 – 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315
    2.0 Senarai dokumen yang diperlukan:-
     
    1. Surat permohonan berkepala suratb) Katalog/risalah asal dan manual penggunaan
    2. Laporan pengujian daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd
    3. Lesen Pensijilan Barangan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd
    4. Surat lantikan sebagai pengedar/pembuat daripada pembuat asal
    5. Sampel produk setiap jenis dan model
    3.0 Setiap JENIS KPD yang berlainan, hendaklah dimohon secara berasingan. Sila nyatakan maklumat permohonan seperti berikut ;
     
    1. Bilangan
    2. Jenis KPD
    3. Jenama
    4. Model
    5. Pembuat
    6. Standard / Piawaian
    7. Jenis Perlindungan
    4.0 Pengujian boleh dijalankan di:-
     
    1. Makmal Pengujian SIRIM QAS International
    2. Makmal Pengujian Kilang Pengeluar
    3. Makmal Pengujian Pihak Ketiga
    4. Makmal Pengujian yang diakreditasi kepada ISO/IEC 17025
    5.0 Pihak JKKP akan membuat pengesahan dokumen-dokumen yang telah diberikan setelah menerima maklumat permohonan yang LENGKAP. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan LENGKAP diterima.
    6.0 Kelulusan KPD adalah berdasarkan keputusan Laporan pengujian (full type test) yang diselia oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dan disaksikan oleh JKKP.
    7.0 Tempoh kelulusan KPD adalah 5 tahun berdasarkan tempoh sah surat kelulusan KPD yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
    8.0 Permohonan menggunakan laporan pengujian syarikat yang lain tidak dibenarkan. Pemohon perlu mempunyai laporan pengujian dan Lesen pensijilan barangan daripada SIRIM QAS International yang tersendiri.
    9.0 Kelulusan hanya akan terbatal sekiranya terdapat isu-isu semasa surveillance audit yang dijalankan oleh SIRIM QAS International dari masa ke semasa.
    10.0 Tanggungjawab pemohon selepas mendapatkan kelulusan adalah seperti berikut:-
     
    1. Memaklumkan kepada Jabatan mengenai sebarang pertukaran alamat, nombor telefon, nombor faks atau status sebagai pembekal atau pengedar yang sah.
    2. Memberikan bantuan latihan kepada pengguna tentang pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan kelengkapan perlindungan diri.
    3. Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Jabatan ini boleh menarik balik kelulusan yang dikeluarkan jika maklumat yang diberikan tidak benar.
    4. Menggunakan label atau logo kelulusan yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd.

     

    Laman Web Jabatan


    Senarai Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang AKTIF akan dimuatnaik ke dalam laman sesawang Jabatan selepas kelulusan diberikan mengikut jenis perlindungan tersebut.


    Sebarang Pertanyaan / Persoalan

    Sila hubungi :-

    Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel  : 03 – 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315
  • 1.0 PENDAHULUAN

    Peraturan-Peraturan Kilang & Jentera (Pendedahan Bising, 1989) memperuntukkan penghuni sesebuah kilang / sesuatu tempat kerja menjalankan pemonitoran pendedahan pekerja untuk menentukan pemonitoran ini menunjukkan ada pekerja yang terdedah kepada paras bising pada atau melebihi paras bertindak (paras bunyi berterusan setara sebanyak 85 dB(A) atau dos bising harian yang bersamaan dengan 0.5), penghuni hendaklah mengadakan Program Pengujian Audiometrik bagi semua pekerja berkenaan.Paras tekanan bunyi jalur oktaf maksimum yang dibenarkan untuk bilik senyap perlu mematuhi Jadual Kedua, Peraturan 20(4)(C) Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Pendedahan Bising)1989 dan alat pengukur audiometrik mestilah menepati spesifikasi paras rujukan audiometrik standard yang ditetapkan mengikut Peraturan 26 dibawah peraturan yang sama.

    2.0 CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

     2.1 Surat permohonan

     Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala dan dialamatkan kepada :

           Ketua Pengarah
           Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
           Aras 1,3,4, dan 5, Blok D4, Kompleks D,
           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
           62530 Putrajaya
           (u/p: Bahagian Higien Industri Dan Ergonomik)

     2.2 Dokumen

     Bagi Pusat Ujian Audiometrik (Statik), dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-
    1. Borang dan senarai semak permohonan kelulusan Pusat Ujian Audiometrik (muat turun disini)
    2. Permohonan berkepala surat bagi kelulusan Pusat Ujian Audiometrik
    3. Lukisan rekabentuk dan pelan lokasi bilik senyap.
    4. Laporan penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik (dari jenis yang diluluskan oleh JKKP).
    5. sijil latihan mengenai kekompetenan juruteknik yang akan mengendalikan peralatan berkenaan.
    6. Maklumat mengenai doktor yang akan mengawasi kerja-kerja ujian audiometrik.
    7. Prosedur bertulis (SOP) ujian audiometrik termasuk format laporan ujian.

    Bagi Pusat Ujian Audiometrik (Bergerak), dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-
    1. Borang dan senarai semak permohonan kelulusan Pusat Ujian Audiometrik  (muat turun disini)
    2. Permohonan berkepala surat bagi kelulusan Pusat Ujian Audiometrik
    3. Maklumat berkaitan pendaftaran kenderaan sebagai “Klinik Perkhidmatan Bergerak” daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
    4. Lukisan rekabentuk bilik senyap.
    5. Laporan tahunan penentukuran alat “Precision Sound Level Meter Type 1” dan “Sound Level Calibrator Type 1” oleh pihak pembuat/pengilang.
    6. Laporan penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik (dari jenis yang diluluskan oleh JKKP).
    7. sijil latihan mengenai kekompetenan juruteknik yang akan mengendalikan peralatan berkenaan.
    8. Maklumat mengenai doktor yang akan mengawasi kerja-kerja ujian audiometrik.
    9. Prosedur bertulis (SOP) ujian audiometrik merangkumi tatacara penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik, contoh senarai semak bagi penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik termasuk format laporan ujian

     

    3.0 PROSES KELULUSAN

    Pihak JKKP akan membuat pengesahan penentukuran Pusat Ujian Audiometrik setelah menerima maklumat permohonan yang lengkap. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima.

    Prosedur selepas mendapat kelulusan adalah seperti berikut:
    1. Menghantar laporan ujian audiometrik yang pertama. (selepas kelulusan) ke JKKP.
    2. Membuat penentukuran bilik senyap & alat pengukur audiometrik tahunan ditempat dimana ujian audiometrik dijalankan atau membuat penentukuran atas arahan Ketua Pemeriksa. Salinan rekod penentukuran perlu dihantar ke JKKP.
    3. Membuat penentukuran tahunan untuk alat “Precision Sound Level Meter Type 1” dan “Sound Level Calibrator Type 1” oleh pihak pembuat/pengilang. (PUA - Bergerak)
    4. Kelulusan akan terbatal dengan sendirinya, jika paras bunyi yang dibenarkan di dalam bilik senyap melampui hadnya atau bilik senyap telah dialih dari tempat asal.
    5. Memberitahu JKKP mengenai sebarang petukaran juruteknik, doktor, lokasi Pusat Ujian Audiometrik atau pemilik peralatan berkenaan.
    6. Mengemukakan senarai tempat-tempat kerja dimana ujian audiometrik dijalankan dalam tempoh setahun pada hujung tahun atau awal tahun berikutnya serta memberitahu kepada pihak ibu pejabat JKKP dan pejabat negeri JKKP dalam masa 2 minggu sebelum ujian audiometrik dijalankan .

     

    4.0 PERTANYAAN

    Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan penjelasan daripada Seksyen Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazard, Bahagian Higien Industri Dan Ergonomik, Ibu Pejabat JKKP Putrajaya.
    Tel : 03-88865000 Fax : 03-88901315
  • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk dan Pemasangan Lif, Eskalator dan Dumbwaiter (di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970)

    Pengenalan

    Pemasangan Lif Letrik Penumpang, Eskalator dan Dumbwaiter hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.

    Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan

    Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

    Tujuan

    Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

    Syarat-Syarat Permohonan

    Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pemasangan lif hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
       
    »     Berdaftar dengan jabatan ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator dan Dumbwaiter.
    »     Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Orang-orang Kompeten yang masih aktif dengan syarikat tersebut dan diiktiraf oleh jabatan ini.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Bagi tujuan mendapat kelulusan pemasangan lif, pemunya atau syarikat pemasang lif hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, dua (2) salinan dokumen-dokumen yang berikut :-

    »   Data-data terperinci dan ukuran-ukuran lif seperti yang dikehendaki di Jadual Pertama dalam Akta ini.
    »   Lukisan pelan yang lengkap dan menunjukkan butir-butir dan saiz siap yang berikut :-
    1. Saiz dan kedudukan lubang lif
    2. Butir-butir mengenai litup lubang lif
    3. Saiz, kedudukan, bilangan dan jenis pintu lataran
    4. Saiz dan kedudukan bilik jentera berkaitan dengan lubang lif
    5. Peruntukan laluan ke bilik jentera
    6. Peruntukan bagi gantian udara dan jika boleh, cahaya semulajadi bilik jentera
    7. Bilangan tingkat yang dilayan oleh lif
    8. Tinggi antara setiap tingkat lataran
    9. Bilangan pintu masuk
    10. Jumlah ruang atas
    11. Ketinggian bilik jentera
    12. Kedalaman lubang pit
    »  Sijil-sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh pembuat lif berkenaan :-
    1. Perakuan menyatakan bahawa lif itu telah direkabentuk dan dibina menurut peraturan-peraturan ini setakat mana peruntukan-peruntukan ini dipakai baginya 
    2. Perakuan menyatakan bahawa rekabentuk giar keselamatan dan rekabentuk penampan jenis minyak telah berjaya dalam ujian-ujian, termasuk ujian laju lampau di bawah beban kontrak penuh
    3. Perakuan menyatakan bahawa tebatan bagi bahagian-bahagian letrik semua pengawal pesawat mengunci pintu lataran, pesawat merentikan kereta lif pada hujung perjalanan, suis get, suis-suis pintu kereta lif, dan pesawat kendalian yang lain dan yang seumpamanya telah berjaya dalam ujian, dengan menggunakan voltan arus ulang alik sama dengan sepuluh kali voltan kerja, dengan voltan maksima dua ribu voltan selama tidak kurang daripada satu minit apabila dikenakan :-Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
      1. Di antara bahagian hidup dengan kotak-kotak atau rangka bina dengan semua litar-litar tertutup
      2. Di antara terminal-terminal utama atau bahagian-bahagian yang bersamaan dengan semua litar terbuka
      3. Di antara mana-mana bahagian litar hidup atau litar-litar berasingan
    4. Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.

    Carta Alir Kelulusan

    PROSEDUR OPERASI STANDARD UNTUK KELULUSAN PEMASANGAN LIF/ESKALATOR
  • Pendahuluan

    Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989, memperuntukkan bahawa Proses Pembagasan Pasir tidak boleh digunakan di dalam mana-mana kilang kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pemeriksa

    Pembagasan Pasir” ditafsirkan sebagai pembersihan, pelicinan, pengasaran, pemotongan, penyediaan atau pembuangan permukaan atau sebahagian daripada permukaan mana-mana bangunan, kapal atau barang dengan menggunakan pasir atau bahan-bahan lain yang mengandungi silika berhablur yang digerakkan oleh bagas udara mampat atau wap atau suatu roda atau apa-apa cara yang seumpamanya.

    Silika Berhablur” merujuk kepada bentuk hablur bagi silika bebas yang meliputi kuarza, kritobolit dan tridimit.

    Silika Bebas” merujuk kepada silica dioksida yang tidak digabungkan dengan apa-apa elemen atau sebatian lain.

    Cara-cara Membuat Permohonan

    Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan kepala surat dan dialamatkan kepada :-

    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
    62530 Putrajaya.

    Tel: 03 - 8886 5000/8886 5334
    Fax: 03 - 8890 1315

    Dokumen-Dokumen Permohonan Pembagasan Pasir 

    Terdapat 2 klasifikasi permohonan pembagasan pasir iaitu kekal atau sementara

    *Kekal bermaksud proses pembagasan pasir dijalankan di alamat kilang/tempat kerja yang tetap

    **Sementara bermaksud proses pembagasan pasir dijalankan mengikut projek oleh kontraktor yang telah dilantik sepertimana di dalam surat penganugerahan (Letter of Awards) atau dokumen penganugerahan yang lain.


    Dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-

    1. Borang dan senarai semak permohonan kelulusan pembagasan pasir .(muat turun disini)

    2. Permohonan berkepala surat bagi proses pembagasan pasir

    3. Lukisan rekabentuk atau katalog mesin pembagasan

    4. Prosedur Kerja Selamat (SOP) untuk aktiviti sebelum, semasa dan selepas proses pembagasan beserta pengenalpastian hazard

    5. Carta proses kerja berkaitan

    6. Pelan susun atur proses pembagasan

    7. Helaian Data Keselamatan Kimia (SDS) yang terkini mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (CLASS)

    8. Kelengkapan Kawalan Kejuruteraan (LEV,GV,dll)

    • Laporan pengujian keberkesanan kawalan kejuruteraan oleh Juruteknik Higien 2 (jika    berkenaan)

    9. Rekod pemberian Kelengkapan Pelindung Diri

    10. Laporan pemeriksaan kesihatan bagi pembagas

    11. Sijil atau maklumat latihan bagi pembagas

    12. Tanda Amaran

    13. Surat setuju terima (Award letter) atau dokumen lain yang menunjukkan tempoh kerja pembagasan. (bagi permohonan pembagasan sementara sahaja)

    • Jadual pelaksanaan aktiviti-aktiviti proses pembagasan pasir

    Proses Kelulusan 

    Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja setelah dokumen permohonan LENGKAP diterima.

    Surat kelulusan bagi pembagasan pasir (Kekal) adalah 3 tahun

    Surat kelulusan bagi pembagasan pasir (Sementara) adalah mengikut tempoh yang dinyatakan di dalam Surat Penganugerahan (LOA) atau dokumen lain yang menunjukkan tempoh kerja pembagasan


    Prosedur selepas mendapat kelulusan adalah seperti berikut :-

    i.    Mematuhi Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja yang mengendalikan jentera tersebut.

    ii.   Mematuhi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan & Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000).

    iii.  Memohon kebenaran dari JKKP Ibu Pejabat sekiranya media pembagasan ditukarkan kepada bahan selain dari yang telah diluluskan dalam surat kelulusan terdahulu seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera 1967 (Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Habuk Galian 1989) iaitu sekiranya bahan itu mengandungi peratus silika berhablur bebas (free crystalline silica) kurang daripada 1% pada kepekatan melebihi 5mg/m3untuk ‘respirable dust’ atau 10 mg/m3 untuk ‘total dust’ pada tempoh purata pemberat 8 jam (TWA8).

    iv.  Mendapat kebenaran memasang dan mengendalikan jentera pembagasan tersebut dan lain-lain jentera berkaitan daripada Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dinegeri berkaitan.


    Sebarang Pertanyaan

    Sila hubungi:-

    Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
    Seksyen Kelulusan dan Pengiktirafan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
    62530 Putrajaya.

    Tel: 03 - 8886 5000/8886 5334
    Fax: 03 - 8890 1315
  • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk Mesin Angkat

    Pengenalan

    Setiap mesin angkat (hoisting machine) yang menggunakan kuasa ‘power driven’ seperti elektrik, diesel, pneumatik dan sebagainya perlu memiliki Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (CF) yang sah untuk digunakan. Untuk tujuan tersebut, kelulusan rekabentuk perlu dipohon terlebih dahulu daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibu pejabat sebelum dibina, dipasang dan/atau digunakan.

    Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan

    Mengikut takrif “hoisting machine” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, (Pindaan) 2006, Seksyen 3 (e):

    "hoisting machine" means any equipment for lifting, raising or lowering load such as a lift, escalator, hoist, crane, winch, dragline, piling machine, aerial cableway, funicular railway, access platform, dumbwaiter, vertical conveyor lifter, and mechanical loading ramp, and includes transporter, walkalator and other similar equipment, but does not include manual hoist and materials handling equipment;’

    Takrif “material handling equipment” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, (Pindaan) 2006, Seksyen 3(h):

    "material handling equipment" means any power-driven equipment for handling materials, and includes forklift, conveyor, stacker, excavator, tractor, dumper or bulldozer but does not include hoisting machine;’

    Tujuan

    Risalah ini dikeluarkan bagi membantu pemohon untuk memahami tatacara Kelulusan Rekabentuk Mesin Angkat dikeluarkan supaya rekabentuk mengikut koda-koda dan standard piawaian yang diiktiraf antarabangsa.

    Jenis-jenis Permohonan

    Terdapat beberapa keadaan, jenis mesin angkat serta tempoh sah yang diberikan kelulusan rekabentuk iaitu :-

    1. Bagi mesin angkat yang akan dibina mengikut kehendak pengguna (customize) seperti Kren Laluan Atas (Overhead Travelling Crane), Monorail Crane, Portal Crane, Jib Crane, Kren Kontena (Container Crane/Quay Crane), Gondola, Scissors Lift, Goodshoist dan lain-lain yang sama dengan maksudnya, tempoh sah kelulusan rekabentuk untuk pembinaan adalah selama 2 tahun sahaja. Kelulusan diberikan berdasarkan unit mesin angkat berkenaan. Bagi mesin angkat buatan tempatan, syarikat pembuat tersebut hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Firma Yang Kompeten – (Syarikat Pembuat Struktur Mesin Angkat / Perancah).
    2. Bagi mesin angkat jenis Kren Bergerak (Mobile Crane), Kren Berantai (Crawler Crane) Truck Mounted Crane, Piling Crane, Boring Rig, Derric Crane, Wharf Crane, Auger Crane, Railway Crane dan yang sama dalam kategorinya, kelulusan rekabentuk diberikan berdasarkan kepada model kren berkenaan. Sekiranya model berkenaan belum mendapat kelulusan rekabentuk, pihak yang ingin menggunakan model berkenaan perlulah mendapatkan kelulusan rekabentuk terlebih dahulu daripada Ibu pejabat JKKP.
    3. Bagi pembinaan mesin angkat secara banyak (mass production) jenis seperti Aerial Platform, Post Lift dan yang sama dalam kategorinya, kelulusan diberikan berdasarkan kepada model mesin angkat dan syarikat pemohon.
    4. Bagi mesin angkat Kren Menara, Mesin angkat Barang-barang dan Penumpang (Builder Hoist) dan SkiplMaterial Hoist kelulusan diberikan berdasarkan bilangan unit yang dimohon sahaja dan nombor siri yang dikeluarkan oleh pembuat mesin angkat tersebut. Kelulusan rekabentuk jenis ini diberikan untuk mesin angkat baru sahaja.


    Syarat khas untuk membuat pemasangan jentera

    Kelulusan kebenaran mengimport dari pihak MITI diperlukan dan mana-mana syarikat di dalam negara atau luar negara yang ingin membuat pemasangan jentera mesin angkat hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Firma Yang Kompeten – (Syarikat Pemasang, Penyelenggara & Perombak Kren Menara / Mesin Angkat Penumpang / Mesin Angkat Barang / Gondola / Mast Climbing Working Platform / Kren Kontena).

    Prosedur Permohonan

    Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online). Sila muat turun panduan permohonan

    GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT

    LAMPIRAN 1 - PANDUAN PENGGUNA UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - Bagi mesin angkat yang belum mendapat kelulusan rekabentuk

    LAMPIRAN 2 - PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - ((RE-APPROVAL - KELULUSAN SEMULA) – TAMBAHAN UNIT) UNTUK TOWER CRANE DAN PASSENGER HOIST SAHAJA - Bagi mesin angkat yang telah mendapat kelulusan rekabentuk dan ingin menambah unit mesin angkat (Kren Menara atau Passenger Hoist Sahaja)

    LAMPIRAN 3 - PANDUAN UNTUK PENGESAHAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - (CONFIRMATION – (PENGESAHAN) UNTUK KREN BERGERAK SEPERTI MOBILE CRANE, CRAWLER CRANE, BORING RIG, PILING MACHINE, MOBILE ELEVATING WORK PLATFORM (SKYLIFT), TRUCK MOUNTED CRANE SAHAJA - Bagi mendapatkan pengesahan samada model telah diluluskan (untuk kren bergerak sahaja) Contoh: Mobile crane, crawler crane, truck mounted crane, Boring Rig, Piling Machine, Mobile Elevating Work Platform (sky lift)

    LAMPIRAN 4 - PANDUAN UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT (AMUSEMENT PARK RIDES – KATEGORI I) - Bagi mesin angkat Amusement Park Rides – Kategori I yang belum mendapat kelulusan rekabentuk


    Pengecualian
       
    Bagi mesin angkat jenis Monorail Crane, sekiranya galang (girder) yang menggunakan I-Beam & H-Beam Standard Properties seperti dalam kod rekabentuk, dimana Beban Kerja Selamat ( SWL ) yang sama atau kurang dari 4 tan tidak memerlukan kelulusan rekabentuk dari Ibu Pejabat tetapi masih perlu didaftarkan dengan JKKP Negeri.

    Syarikat pembuat berdaftar atau pemilik dikehendaki berhubung terus dengan pejabat negeri JKKP berkenaan dengan mengemukakan maklumat berkaitan, lukisan asas serta perkiraan struktur yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah sebelum apa-apa pemeriksaan dan ujian dikendalikan.

    Bagi mesin angkat Tail-Lift / Dock Leveller dikecualikan dari memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat ( CF ) tetapi masih memerlukan kelulusan rekabentuk daripada JKKP Ibu Pejabat.

    Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

    Unit Mesin Angkat,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
    Aras 3, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 W. P. Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5342
    Faks : 03 – 8889 2349


  • PERMOHONAN KEBENARAN MEMASANG (PTI) / MENGENDALI (PTO) TALIAN PAIP DAN SIMPANAN PUKAL PETROLEUM SERTA KELULUSAN PERALATAN PETROLEUM

    Pendahuluan
          
    Pada Oktober 1992 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diberi tanggungjawab mentadbir Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan peraturan-peraturan berkaitan dibawahnya. Akta ini mengawal selia keselamatan industri petroleum yang merangkumi keselamatan aspek pengangkutan, penstoran, pengendalian dan penggunaan peralatan/perkakasan bahan-bahan petroleum. Bagi memastikan kelicinan penguatkuasaan Akta ini, KPDNHEP telah memberi tanggungjawab kepada JKKP untuk melaksanakan salah satu Peraturan di bawah Akta ini iaitu Peraturan-peraturan Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan)(Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985. 

    Tujuan
          
    Panduan ini bertujuan menerangkan kepada pemohon mengenai prosedur permohonan kebenaran memasang (PTI) / mengendali (PTO) talian paip dan simpanan pukal serta kelulusan peralatan petroleum. Permohonan dibahagikan kepada empat kategori;
          i.  Kebenaran memasang (PTI) talian paip petroleum
          ii. Kebenaran mengendali (PTO) talian paip petroleum
          iii. Kebenaran memasang (PTI) simpanan pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan sistem talian paip fuel gas ke alat pembakar (appliances)
          iv. Kelulusan peralatan petroleum

    Tafsiran
        
    i.     Petroleum
                
    Apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semulajadinya dan casing head petroleum spirit termasuk batu syel bitumen dan lain-lain mendapan yang berlapis yang darinya minyak boleh diperolehi, termasuk keluaran-keluaran petroleum.
         
    ii. Keluaran-keluaran Petroleum
               
    Semua bahan yang diperolehi daripada petroleum iaitu:
               
    • Metana, etana, propana, butana atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih gas di atas sama ada dalam bentuk gas atau cecair (Cth:gas asli dan LPG)         
    • Gasolin
    • Nafta
    • Reformat
    • Kerosin
    • Diesel
    • Minyak Bahan Api (Fuel Gas)
    • Minyak Bes
    • Minyak Pelincir
    • Asfalt / Bitumen
    • Gris dan Lilin    

     iii.     Talian Paip Petroleum
                   
    Talian Paip Petroleum adalah merupakan semua bahagian kemudahan-kemudahan fizikal yang melaluinya bahan petroleum digerakkan dalam pengangkutan termasuk paip, injap dan lain-lain perkakas yang dipasangkan kepada paip, pam, unit pemampat, meter, pengatur dan pasangan-pasangan berangka.
          
    iv.     Simpanan Pukal
                
    Sistem penyimpanan gas petroleum cecair (LPG/GPC) dari tangki atau selinder (melebihi dua selinder industri 50 kg).
         
    v.         Peralatan Petroleum
               
    Peralatan Petroleum adalah semua bahagian kemudahan fizikal yang dipasang kepada talian paip petroleum iaitu seperti injap (valve), meter, pengatur (regulator) dan seumpamanya.


    Skop Pemakaian Peraturan-Peraturan Petroleum (Pengangkutan Melalui Talian Paip) 1985

    i.     Kebenaran Memasang (PTI) dan Mengendali (PTO) Talian Paip Petroleum

    Permohonan PTI dan PTO hendaklah diperolehi bagi:

    a) Talian paip yang mengangkut petroleum cecair di antara kemudahan-kemudahan pengeluaran, ladang-ladang tangki, loji memproses gas asli, kilang-kilang penapis, stesen-stesen servis, terminal-terminal (laut, rel dan trak) dan tempat-tempat penghantaran dan penerimaan lain.

    b) Talian paip yang mengangkut gas asli daripada saluran keluar alat pisah atau perangkap di telaga-telaga minyak hingga ke saluran keluar pasangan set meter pengguna termasuklah loji memproses gas, stesen menyukat dan mengatur. (Pemasangan talian paip selepas stesen pintu kota sehingga ke sebelum stesen memeter dan mengatur di kilang adalah tertakluk di bawah Akta Bekalan Gas 1993).

    Semua rekabentuk, pembinaan, pemasangan, pengujian dan aspek keselamatan pengendalian dan penyenggaraan talian paip yang mengangkut gas asli hendaklah mematuhi Kod Piawaian ASME B 31.8, manakala bagi talian paip yang mengangkut petroleum cecair ialah Kod Piawaian ASME B 31.4 . Lihat Rajah 1.

    ii.     Kebenaran Memasang (PTI) Simpanan Pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan Sistem Talian Paip Fuel Gas Ke Alat Pembakar (appliances)


    Semua bahan yang diperolehi daripada petroleum iaitu:

    a. Pemasangan Dua Selinder GPC atau lebih di permis kilang. Lihat Rajah 2.   
    b. Pemasangan Dua Selinder GPC sistem keluaran cecair di mana-mana premis.            
    c. Pemasangan Tangki Pukal GPC (200kg, 2.5 kL, 10 kL, 60 kL dan sebagainya) di mana-mana premis. Lihat Rajah 3
    d. Pemasangan talian paip gas (fuel gas) di premis kilang. Lihat Rajah 4.
    e. Pemasangan talian paip gas (fuel gas) di Loji Kuasa (Power Plant) dan Loji Petrokimia. Lihat Rajah 1.

    Semua rekabentuk, pemasangan, pengujian dan aspek keselamatan pengendalian bagi pemasangan sistem a,b, c dan d di atas hendaklah mematuhi kod rekabentuk MS 830 dan MS 930.

    Manakala bagi pemasangan sistem e, kod rekabentuk yang di gunapakai adalah ASME B 31.1 (Pemasangan talian paip gas di Loji Kuasa) dan ASME B 31.3 (Pemasangan talian paip di Loji Petrokhemical Plant).

    iii.     Kelulusan Peralatan Petroleum

    Permohonan kelulusan penggunaan peralatan petroleum hendaklah diperolehi bagi kesemua jenis valve (ct; ‘ball valve’, check valve’, ‘gate valve’, meter, alat atur (regulator), monolitic joints dan sebagainya.

    Permohonan

    Permohonan kebenaran memasang (PTI) / mengendali (PTO) talian paip dan simpanan pukal serta kelulusan peralatan petroleum hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi beserta lampiran senarai semak dokumen-dokumen sokongan dan dialamatkan kepada:

    Ketua Pengarah
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Jika permohonan melalui tangan, sila kemukakan permohonan di Kaunter Perkhidmatan di Aras 3, seperti alamat di atas.

    Berikut adalah senarai borang dan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan untuk permohonan:

    1. Kebenaran memasang (PTI) talian paip petroleum (TPSP 1)
    2. Kebenaran mengendali (PTO) talian paip petroleum (TPSP 2)
    3. Kebenaran memasang (PTI) simpanan pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan talian paip fuel gas (TPSP 3)
    4. Kelulusan peralatan petroleum (TPSP 4)


    Piagam Pelanggan

    Permohonan yang dikemukakan beserta dokumen yang lengkap akan diproses dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

    Carta Aliran Proses Permohonan

    Carta Alir Proses Permohonandl unguvm

    Maklumat-Maklumat Yang Berkaitan

    JKKP BP1 – Pengesahan Kimpalan Talian Paip
    TPSP 2a – Akuan Pengesahan Menurut Peraturan 6(2)(a) dari kontraktor
    TPSP 2b – Akuan Pengesahan Menurut Peraturan 6(2)(2) dari pemunya
    DS-02-007 – Borang Pemeriksaan dan Ujian Hidrostatik Talian Paip Petroleum
    Rekod Pemeriksaan Pemasangan dan Ujian Kebocoran Sistem Gas Petroleum Cecair
    Rekod Pemeriksaan Pemasangan dan Ujian Kebosoran Sistem Paip Gas Asli dari Stesen Memeter ke Alat Pembakar

     

     

  • Pengenalan Kepada Pengandung Tekanan Tak Berapi

    Dibawah Akta Kilang dan Jentera, 1967, setiap pengandung tekanan tak berapi yang hendak digunakan perlulah mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah sebelum dibenarkan untuk beroperasi. Bagi tujuan tersebut, pengandung tekanan tak berapi tersebut perlulah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibupejabat sebelum ia dibina, dipasang, atau digunakan.

    Permohonan bagi kelulusan rekabentuk bolehlah dibuat oleh syarikat pembuat, pemasang, pembekal atau pemilik pengandung tekanan tak berapi berkenaan. Bagi pembuat pengandung tekanan tak berapi tempatan, syarikat tersebut perlulah berdaftar sebagai pembuat dengan Jabatan.

    Berikut adalah beberapa contoh pengandung tekanan tak berapi yang perlu mendapat kelulusan rekabentuk:
    • Bekas udara
    • Penyucihama
    • Tangki simpanan LPG
    • Penukar haba
    • Pengandung tekanan di loji petro kimia, dsb.

    Maklumat-maklumat yang perlu dikemukakan untuk kelulusan rekabentuk pengandung tekanan tak berapi:

    pdf  Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Impot, IDxDP lebih 3000psig-in)

    pdf  Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Impot, IDxDP sama atau kurang 3000psig-in)

    pdf  Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Tempatan)

    pdf  Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Terpakai)

    pdf  Contoh bagi Pelan Rekabentuk


    Sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Pegawai Bertugas.

    Unit Pengandung Tekanan Tak Berapi,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
    Aras 3, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Tel: 603-8886 5342
    Fax: 603-8889 2349

  • Pengenalan Dandang Stim dan Bejana Tekanan Berapi

    Setiap dandang stim dan bejana tekanan berapi yang dipasang dan digunakan di negara ini hendaklah memiliki sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah. Untuk tujuan tersebut, dandang stim dan bejana tekanan berapi hendaklah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ibu Pejabat sebelum dibina, dipasang atau digunakan.

    Takrif “dandang stim” dan “bejana tekanan berapi” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, Seksyen 3:

    "“dandang stim” " ertinya apa-apa bejana tertutup yang bagi apa-apa maksud stim dijanakan di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera, dan termasuk mana-mana penjimat yang digunakan untuk memanaskan air yang disalurkan kepada bejana itu, dan mana-mana pemanas lampau yang digunakan untuk memanaskan stim, dan mana-mana paip dan pepasangan yang bersambung dengannya.

    "bejana tekanan berapi" ertinya suatu bejana tertutup di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera yang tertakluk kepada pembakaran terus, tetapi tidak termasuk dandang stim.


    Berikut adalah beberapa contoh dandang stim dan bejana tekanan berapi yang perlu didaftarkan:

     1.     Alat Penyucihama
     2.     Dandang Stim Elektrik
     3.     Dandang Stim Tiub Air
     4.     Dandang Stim Tiub Api
     5.     Heat Recovery Steam Generator (HRSG)
     6.     Dandang Air Panas
     7.     Thermal Oil Heater

    Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kelulusan rekabentuk dandang stim:

    Permohonan Kelulusan Rekabentuk dan Ubah Suai Dandang Stim / Bejana Tekanan Berapi
     
    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Head of the Steam Boiler Unit,

     
    Ketua Unit Dandang Stim,
    Unit Dandang Stim,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Aras 3, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Tel: +603-88865353

    Fax: +603-88892349
  • Tujuan

    Prosedur ini bertujuan menerangkan permohonan untuk menjalankan ujian hidrostatik atau kendalian yang disaksikan oleh Pegawai JKKP.

    Prosedur
    1. Dandang stim atau pengandung tekanan yang akan diuji telah mendapat kelulusan rekabentuk (jentera baru) atau kelulusan membaikpulih (jentera berdaftar).   
    2. Kemukakan surat permohonan untuk menjalankan ujian ke atas jentera kepada Pejabat JKKP negeri di mana ujian akan dilakukan.
    3. Hubungi Pejabat JKKP untuk menetapkan tarikh ujian tidak lewat satu minggu dari tarikh ujian.
    4. Kemukakan maklumat jentera seperti salinan surat kelulusan, laporan data pembuat, rekod pengimpal dan sebagainya yang berkaitan kepada Pegawai JKKP sebelum ujian dilakukan.
    Carta Alir

    Dapatkan surat kelulusan:

    i.     Rekabentuk, atau
    ii. Kelulusan Baik Pulih

    arrow 130

    Hantar surat permohonan kepada Pejabat JKKP

    arrow 130

    Hubungi Pejabat JKKP untuk penetapan tarikh ujian

    arrow 130

    Kemukakan maklumat berkaitan kepada Pegawai JKKP

Cetak Emel