Kes Kemalangan Maut

Tarikh Tajuk Kes Lokasi Ringkasan Kes Fokus Penyiasatan
2021-02-24 Pekerja mati lemas Pelombongan, Selangor Seorang pekerja mati lemas di dalam sebuah tasik lombong setelah bot gentian kaca yang dinaiki dimasuki air dan tenggelam. 1. Tiada pendaftaran tempat kerja.
2. Tiada maklumat berkaitan kapal korek dikemukakan.
3. Tiada latihan keselamatan diberi kepada pekerja berkaitan aktiviti menggunakan bot di kawasan berair di lombong tersebut.
4. Kapal korek dalam pemasangan akhir/finishing (kapal baru)
5. Syarikat tidak mempunyai HIRARC dan SOP berkaitan aktiviti menggunakan bot di kawasan berair di lombong tersebut.
2021-02-20 Pemandu lori maut dilanggar kenderaan pikap Pembinaan, Sarawak Seorang pemandu lori maut setelah tersepit dilanggar kenderaan pikap yang mengundur semasa mangsa bergerak ke belakang lori untuk membersihkan sisa-sisa premix di belakang lori. 1. Tiada saksi yang menyaksi kejadian yang berlaku.
2. Masih dalam siasatan
2021-02-18 Pekerja maut terjatuh dari lori Pembinaan, Perak Seorang pekerja maut setelah terjatuh daripada sebuah lori semasa mangsa sedang menaiki tangga untuk melihat kualiti konkrit di dalam lori konkrit tersebut. 1. Tiada saksi yang menyaksi kejadian yang berlaku.
2. Kemungkinan mangsa tergelincir atau hilang keseimbangan ketika menaiki tangga lori tersebut.
2021-02-16 Maut terkena renjatan elektrik Perkhidmatan Perniagaan, Sarawak Seorang pemandu lori maut setelah terkena renjatan elektrik yang menyambar pada boom kren berdekatan dengan talian kabel elektrik 33kV semasa mangsa sedang mengendalikan kren untuk mengangkat barang. 1. Pihak syarikat tiada pengetahuan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
2. Pihak syarikat tiada pengetahuan berkenaan HIRARC, SOP dan keperluan latihan kepada pekerja.
3. Jarak selamat pengendalian adalah 15 kaki untuk talian 33kV (Maklumat dari SEB)
2021-02-13 Pekerja maut tersepit mesin conveyor Pengilangan, Perak Seorang pekerja warga asing maut setelah tersepit di antara 2 mesin conveyor yang tiba-tiba bergerak semasa mangsa sedang membersihkan bahagian dalam conveyor tersebut. 1. Tiada tanda amaran/ tagging/ LOTO dipamerkan dan diamalkan pekerja.
2. SOP pembersihan di dalam conveyor yang kurang lengkap.
3. Tiada latihan kepada pekerja berkenaan LOTO bagi pekerja mengendalikan atau membersihkan mesin.
2021-02-08 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Perkhidmatan Perniagaan, Selangor Seorang pekerja terbunuh setelah terjatuh dari tingkat 3 sebuah kondominium semasa mangsa sedang menjalankan kerja rombakan unit set penghawa dingin lama. 1. Mangsa tidak memakai 'safety harness' semasa membuat kerja di luar balkoni yang tinggi dengan tepian terbuka.
2021-02-05 Pekerja maut terkena hentaman penutup paip Perkhidmatan Perniagaan, Negeri Sembilan Seorang pekerja maut setelah terkena hentaman penutup paip yang bertekanan tinggi di bahagian kepala semasa mangsa melakukan operasi Pigging Back Operation. 1. Terdapat kelengkapan yang tidak dikalibrasi menyebabkan pintu bagi paip telah dibuka walaupun masih dalam bertekanan tinggi.
2. Gagal memastikan meter gauge dan alat peranti keselamatan dalam keadaan baik untuk selamat digunakan.
2021-02-04 Pekerja maut dihempap struktur cantilever beam Pembinaan, Selangor Seorang pekerja sub-kontraktor warga asing maut setelah dihempap struktur cantiler beam yang terjatuh semasa mangsa sedang melakukan kerja pembersihan. 1. Pemeriksaan dapati formwork bagi struktur di bahagian tersebut telah dibuka dan hanya terdapat beberapa penyangga yang masih menahan struktur cantilever beam tersebut.
2. Siasatan awal dapati penyangga tidak mencukupi dan tiada kawalan bagi kerja-kerja di bawah struktur cantilever beam.
2021-02-03 Orang awam maut terlanggar lori melintas Pembinaan, Selangor Mangsa iaitu orang awam maut setelah melanggar bahagian tayar belakang lori yang sedang melalui kawasan lintasan berjaga di laluan orang awam. 1. Majikan gagal membuat kawalan terhadap kawasan aktiviti laluan kerja di kawasan laluan oeang awam.
2. Kawasan kejadian telah disediakan seorang 'flagmen' bagi mengawal lalu lintas, semakan SOP dapati kontraktor perlu menyediakan 2 orang 'flagmen' terlatih bagi aktiviti lintasan lori di laluan jalan awam.
2021-02-03 Pekerja maut terjatuh ke dalam conveyor Pengilangan, Sarawak Seorang pekerja maut setelah terjatuh dan tersepit ke dalam conveyor yang bergerak semasa mangsa selesai menjalankan kerja pembersihan di Mixing Conveyor 1. Majikan gagal mengadakan platform kerja yang selamat untuk pekerja sehingga menyebabkan kemalangan.
2021-01-30 Pekerja maut dilanggar kren bergerak Pembinaan, Pahang Sebuah kren bergerak dalam keadaan mengundur telah terlanggar sebuah kereta yang sedang parking. Kemalangan menyebabkan kereta mengalami kerosakan dan pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan dan meninggal ditempat kejadian. 1) Tiada kawalan trafik bagi kerja-kerja di tapak pembinaan.
2) Gagal mengadakan penyenggaraan bagi kren bergerak.
3) Majikan gagal mengadakan prosedur kerja selamat bagi pengendalian kren bergerak.
4) Majikan gagal menyediakan kawasan khusus bagi tempat parking kenderaan dan jentera.
5) Kawalan HIRARC tidak dilaksanakan sepenuhnya bagi kerja-kerja melibatkan pengendalian kren bergerak.
2021-01-27 Pekerja maut tersepit lif Pembinaan,Sarawak Seorang pekerja sub-kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja Installation & commissioning lif maut setelah mangsa tersepit di antara car top dan landing door di aras G sebuah apartment 1. Permohonan untuk pemasangan jentera lif baharu tersebut masih belum dibuat melalui mykkp disebabkan commissioning works masih belum lengkap.
2. Mangsa bekerja secara berseorangan di tempat kejadian.
3. Masih dalam siasatan.
2021-01-23 Pekerja terbunuh digilis jentera Pengkuarian, Sarawak Seorang pekerja maut setelah dipercayai digilis jentera jenis Skid Steer Loader semasa mangsa mengendalikan jentera tersebut untuk meratakan tanah. 1. Tiada saksi mata. Saksi pertama yang menjumpai mangsa ialah anak mangsa.
2. Tiada kerosakan fizikal (luaran) pada jentera semasa siasatan dijalankan.
3. Kemungkinan mangsa jatuh darir depan jentera lalu tergilis oleh jentera.
2021-01-19 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pembinaan, Kuala Lumpur Seorang pekerja sub-kontraktor warga asing maut setelah terjatuh dari tingkat 23 ke tingkat 16 semasa mangsa ingin ke rumah kongsi untuk mengambil air. 1. Mangsa terpijak sekeping papan yang dipasang dalam keadaan tidak kukuh ketika melalui kawasan laluan yang dibenarkan.
2. Pemasangan papan untuk laluan pekerja tidak diperiksa.
3. Mangsa telah dibekalkan safety harness.
2021-01-19 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pembinaan, Kuala Lumpur Seorang pekerja warga asing maut setelah terjatuh ke tingkat 8 semasa menjalankan kerja pembersihan. 1. Mangsa tidak diketahui secara terperinci jatuh dari tingkat berapa kerana tiada saksi yang melihat mangsa ketika menjalankan kerja housekeeping.
2. Semasa siasatan, dapati tiada kerja-kerja melibatkan "opening edge" kecuali di tingkat 22. Mangsa hanya diarah melakukan kerja housekeeping di tingkat 13 hingga 16 sahaja.
3. Kes masih di peringkat siasatan pihak PDRM. Sekiranya kes diklasifikasikan sebagai bukan kes jenayah, siasatan lanjut akan dijalankan.
2021-01-15 Pekerja maut dihimpit kerangka besi Pembinaan, Selangor Seorang pekerja sebagai site engineer maut setelah dihimpit struktur besi yang tumbang semasa mangsa menjalankan pemeriksaan pada struktur kerangka besi bumbung tersebut. 1. Tempat kejadian kemalangan adalah ruang simpanan kerangka besi bumbung yang telah dihadang dengan barricade tape dan tidak dibenarkan dimasuk oleh majikan.
2021-01-06 Pekerja maut dihentam struktur H-Beam Pembinaan, Pulau Pinang Seorang buruh binaan warga asing maut setelah dihentam struktur H-Beam akibat daripada aktiviti memotong spot weld pada struktur tersebut. 1. Majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja membuka (dismantle) bracing pada H-Beam.
2021-01-04 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Perkhidmatan Perniagaan, Sarawak Seorang pekerja maut setelah terjatuh daripada suatu palet yang diangkat oleh forklift pada ketinggian lebih kurang 14 kaki semasa mangsa cuba untuk membaiki clamp pada rainwater down pipe (RWDP) 1. Forklift telah digunakan untuk mengangkat pekerja bagi tujuan kerja pembaikan clamp pada Rainwater down pipe (RWDP) di tempat tinggi.
2. Menurut saksi, semasa kejadian mangsa belum sempat sangkut hook safety harness pada forklift (fork backrest)
2020-12-19 Pekerja maut dihempap kren bergerak Pengilangan, Pulau Pinang Seorang pekerja warga asing maut dihempap bahagian kren bergerak yang patah semasa mangsa cuba memeriksa jentera tersebut yang sedang mengangkat barang. Bahagian turn-table kren bergerak terangkat sebelum patah dan menghempap mangsa.
2020-12-18 Seorang yang bekerja sendiri ditemui mati lemas Pertanian, Kedah Seorang yang berkerja sendiri ditemui mati lemas dalam keadaan tertiarap di dalam sawah padi. 1. Mangsa bekerja berseorangan dan tidak mematuhi Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Pertanian, Tajuk 2 Bahan Kimia Ladang - Semburan Racun Perosak.
2. Mangsa tidak memakai sebarang peralatan pelindung diri (PPE).
2020-12-17 Orang awam maut dihempap konkrit Pembinaan, Melaka Seorang orang awam maut dihempap konkrit yang runtuh akibat pelanggaran panel shearwall. 1. Mangsa adalah seorang rakan kepada pekerja di tapak pembinaan tersebut.
2020-12-12 Pekerja maut tertimbus tanah runtuh Pembinaan, Pahang Seorang pekerja warga asing maut setelah tertimbus tanah yang runtuh semasa mangsa sedang melakukan pemantauan kerja-kerja kimpalan di dalam paip. 1. Mangsa tidak mempunyai latihan dan tiada kad hijau dari pada CIDB.
2. Tiada pemantauan.
3. Jentera compacter tidak sepatutnya membuat kerja-memampat tanah bagi mengelakan gegaran dan berlakunya kejadian tanah runtuh.
4. Tiada SOP dan HIRARC bagi kerja-kerja berkaitan.
2020-12-06 Pekerja ladang maut terkena bilah sabit Pertanian, Sabah Seorang pekerja ladang warga asing maut setelah terjatuh dan terkena bilah sabit yang dipikulnya setelah terbabit kemalangan motorsikal. 1. Mengarahkan pihak majikan untuk melaporkan kejadian kemalangan melalui sistem MyKKP (JKKP6).
2020-12-05 Pekerja maut akibat letupan tayar Pertanian, Sabah Seorang pekerja ladang maut setelah tayar Farm Tractor yang sedang dipam meletup. 1. Air receiver yang digunakan tiada mempunyai CF dan rekod pendaftaran JKKP.
2. Majikan gagal membuat langkah kawalan di bengkel bagi memastikan tiada mana-mana selain pekerja memasuki kawasan bengkel semasa atau selepas waktu bekerja.
3. Majikan gagal mengadakan sistem penyimpanan kunci jentera ladang bagi memastikan jentera ladang tidak digunakan selepas waktu kerja.
4. Majikan gagal mengadakan kawasan letak jentera khusus untuk jentera ladang berhampiran kawasan perumahan yang mungkin mewujudkan risiko kepada penghuni rumah pekerja.
2020-12-05 Pekerja maut akibat letupan tangki petrol Pengilangan, Perak Seorang pekerja warga asing maut akibat letupan tangki petrol semasa mangsa melakukan kerja-kerja pemotongan paip. Mangsa mengalami second degree 80% burn. 1. Terdapat kesan pemotongan pada suction pipe (tangki A) bagi tujuan hendak memasukkan foot valve.
2. Terdapat 2300 liter petrol 95 di dalam Tangki B setelah diukur menggunakan dip stick. Kemungkinan terdapat baki 300 liter di dalam Tangki A semasa hari kejadian.
2020-12-04 Pekerja maut dilanggar jentera piling Pembinaan, Pulau Pinang Seorang pekerja sub-kontrakor warga asing maut setelah dilanggar jentera pilling yang berada luar kawalan akibat opertor jentera yang pengsan. 1. Dipercayai operator jentera pilling pengsan semasa mengendalikan jentera tersebut.
2. Jentera telah berpusing beberapa kali sebelum melanggar mangsa yang sedang bekerja.
2020-11-27 Pemandu lori maut kemalangan jalan raya Pengilangan, Johor Seorang pemandu lori maut setelah terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan pulang selepas membuat penghantaran barang. 1. Kemalangan adalah kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan.
2. Sisatan dijalankan menggunakan kaedah norma baharu melalui panggilan telefon kepada majikan bagi mendapatkan maklumat kejadian.
3. Masih dalam siasatan.
2020-11-21 Pekerja maut tersepit mesin Pengilangan, Perak Seorang pekerja maut setelah kepala mangsa tersepit pada mesin yang bergerak secara automatik. 1. Majikan gagal menyediakan SOP dan HIRARC bagi semua aktiviti di bahagian bahagian tempat kerja berkaitan.,
2. Majikan gagal mengadakan pengadang di bahagian bawah mesin.
3. Tiada tanda amaran larangan untuk pekerja masuk ke bahagian bawah mesin.
2020-11-17 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pertanian, Terengganu Seorang tukang kayu maut setelah terjatuh dari bumbung atap setinggi 4 meter semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja membaiki atap. 1. Majikan gagal mengadakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja di tempat tinggi.
2. Majikan diarahkan untuk meaporkan kemalangan JKKP 6 melalui MyKKP.
2020-11-13 Pekerja maut terkena mesin pencanai tangan Pengilangan, Johor Seorang pekerja warga asing maut setelah terkena serpihan cakera pemotong yang pecah semasa mangsa sedang memotong besi. 1. Mesin pencanai tangan telah dibuka pelindung.
2. Penggunaan cakera pemotong yang salah pada mesin pencanai.
3. Tiada pemantauan ke atas pekerja selepas arahan diberikan.
2020-11-13 Pekerja maut dihempap jentera Pembinaan, Perak Seorang pemandu 'low loader' maut setelah dihempap oleh 'mechanical ramps low loader' semasa mangsa sedang mengalihkan jentera jengkaut. 1. Terdapat kecacatan pada silinder hidraulik mechanical ramps tersebut.
2. Kedua dua silinder tidak diikat pada slotnya, dalam keadaan bebas.
3. Silinder A (kiri) didapati diikat dengan dawai halus pada bahagian mechanical ramps dalam keadaan dimana rod seal telah rosak.
4. Rod Silinder B (kanan) didapati bengkok.
5. Terdapat kesan minyak hidraulik pada kawasan silinder hidraulik.
2020-11-10 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pembinaan, Pulau Pinang Seorang pekerja sub-kontraktor warga asing maut setelah terjatuh dari tingkat 6 semasa mangsa sedang menjalankan aktiviti 'formwork'. 1. Mangsa memakai 'safety harness' tetapi tidak mencangkuk 'line yard' pada tempat sepatutnya.
2020-11-04 Pemandu lori maut terjatuh lori Pembinaan, Perak Seorang pemandu lori maut setelah terjatuh dari lorinya semasa mangsa sedang berada di atas lori dan tersandung ketika kerja-kerja menurunkan tiang-tiang konkrit. 1. Permukaan lantai lori tempat mangsa berdiri tidak rata akibat daripada susunan tiang piling.
2. Perilaku tindakan tak selamat/keadaan tak selamat mangsa di atas lori.
3. Tapak projek perlu didaftar dengan segera.
4. Perlu melantik Site Sefety Supervisor sekiranya tapak projek masih berjalan.
2020-11-03 Pekerja maut terhimpit lori Pembinaan, Pulau Pinang Seorang pemandu lori maut setelah dihimpit sebuah lori yang sedang mengundurkan lori ketika mangsa sedang membetulkan penutup kanvas di bahagian belakang lorinya. 1. Notis larangan kepada kontraktor utama bagi kerja-kerja membuang batu konkrit dan besi (site clearing).
2020-10-24 Pekerja maut tersepit Pengilangan, Perak Seorang pekerja maut setelah tersepit di antara dua objek yang sedang dikendalikan untuk tujuan mengangkat barangan. 1. Majikan gagal mengadakan sistem kawalan dari pengeluaran batu bata yang basah ke bahagian Drying Kiln.
2. Majikan dikehendaki mengemaskini HIRARC dan SOP bagi aktiviti kerja di bahagian pengeluaran.
3. Majikan juga perlu mengadakan HIRARC dan SOP bagi kerja-kerja penyelenggaraan kereta tanur sekiranya berlaku kerosakkan pada roller kereta tanur.
4. Majikan perlu menyediakan rekod latihan yang telah diberikan kepada pekerja.
2020-10-22 Pekerja maut terjatuh traktor Pertanian, Johor Seorang pemandu traktor maut setelah terjatuh dari traktor yang dipandunya semasa mangsa hendak mengambil sisa lebihan baja untuk disimpan di dalam stor. 1. Majikan gagal menyediakan sistem kerja selamat untuk aktiviti menggunakan traktor trailer sehingga menyebabkan kemalangan maut.
2020-10-21 Pekerja maut dihempap bahan binaan Pembinaan, Sabah Seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah dihempap bahan binaan yang terjatuh dari tingkat 16 semasa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan, membuang sampah binaan di dalam lift pit. 1. Lift pit telah digunakan untuk membuang sampah.
2. Majikan gagal menyediakan SOP bagi kerja-kerja pembersihan terutama membuang sampah binaan.
3. Majikan gagal mengadang atau menutup pintu lift pit tingkat 16 bagi mengelakkan sampah atau bahan binaan dari terjatuh.
4. Majikan gagal membuat penilaian HIRARC menggunakan lift pit sebagai saluran sementara untuk membuang sampah.
2020-10-05 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pengilangan, Perak 2 orang pekerja sub-kontraktor warga asing maut setelah terjatuh dari struktur perancah pada ketinggian 38.4 meter. 1. Kedua-dua mangsa memakai safety harness, tetapi tidak mencangkuk hook lanyard pada mana-mana anchorage point (tiada tempat mencangkuk diatas platform kerana tertutup dengan metal deck, tiada lifeline & tiada retractable lanyard disediakan)
2. Majikan gagal mengadakan sistem kerja rombakan perancah di kawasan kejadian.
2020-09-21 Pekerja maut di loji rawatan air kumbahan Pengilangan, Perak Seorang pekerja maut setelah terjatuh ke dalam tangki enapcemar semasa melakukan kerja pengosongan enapcemar di dalam tangki enapcemar. 1. Majikan gagal mengadakan sistem kerja dan loji yang selamat bagi kerja-kerja di tangki enapcemar.
2020-09-05 Kadi mati lemas Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun, Johor Seorang kadi daerah maut setelah disyaki lemas semasa menjalani latihan menyelam untuk memperbaharui lesen menyelam bagi tugasan melupuskan abu helaian Al Quran yang telah dibakar. Masih dalam siasatan JKKP Johor
2020-09-02 Mekanik maut dihempap jentera 'roller compactor' Pembinaan, Johor Seorang mekanik maut setelah dihempap jentera 'roller compactor' yang jatuh berhampiran cerun semasa mangsa memeriksa jentera tersebut. 1. Tiada kesan gelongsoran tanah pada cerun berhampiran kawasan jentera diletakkan.
2. Tiada prosedur berkaitan aktiviti baik pulih jentera yang rosak semasa sedang digunakan di tapak pembinaan ini.
3. Aktiviti pembaikan roller compactor tersebut tidak dilakukan di tempat yang disediakan.
4. Tiada pemantauan terhadap aktiviti kerja pembaikan tersebut.
2020-08-31 Pekerja kelemasan di ruang terkurung Perkhidmatan Perniagaan, Sarawak Seorang pekerja sub-kontraktor sebagai 'Work Leader' ditemui pengsan di dalam tangki bagi menjalankan kerja-kerja pencucian dan disahkan meninggal dunia di hospital. 1. Kegagalan pihak kontraktor dalam penyeliaan dan permohonan 'permit to work' bagi aktiviti kerja di ruang terkurung.
2. Kegagalan pihak kontraktor memaklumkan pihak majikan utama bagi menjalankan aktiviti kerja di ruang terkurung.
2020-08-25 Pekerja maut ditimpa bongkah batu Pengilangan, Johor Seorang pekerja maut ditimpa 'big slap stone' apabila mangsa sedang membuka tali pengikat dan pembalut plastik pada 'a-frame' kayu yang memegang 'Big Slab Natural' dan 'Artificial Stone'. 1. Semasa kerja dilakukan terdapat 2 lagi rakan mangsa bekerja bersama-sama mangsa.
2. Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa telah berdiri di bahagian tengah A-Frame dari awal bukaan tali pengikat dan wrapping sehingga kejadian berlaku.
3. Mangsa maut serta-merta di tempat kejadian.
2020-08-25 Pekerja maut terjatuh dari treler lori sawit Pertanian, Johor Seorang pemandu lori sawit maut setelah terjatuh dari traler penuh muatan buah sawit ke tanah setinggi 4 meter 1. Permukaan ruang kerja yang tidak rata.
2. Mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan.
3. Ruang kerja adalah tempat tinggi dan tiada sebarang agen penahan yang kukuh untuk menahan mangsa daripada jatuh.
2020-08-25 Pekerja maut tersepit jentera Pengilangan, Johor Seorang pekerja warga asing maut setelah tersepit pada jentera 'ficep drilling and sawing' semasa mangsa sedang menukar mata gerudi mesin tersebut. 1. Tiada HIRARC bagi aktiviti kerja berkaitan.
2. Majikan gagal adakah SOP aktiviti kerja berkaitan.
3. Majikan gagal menyediakan rekod penyelenggaran bagi peranti keselamatan jentera.
2020-08-23 Pekerja maut terkena renjatan elektrik Restoran, Pulau Pinang Seorang pekerja warga asing maut setelah terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan penghawa dingin. 1. Kejadian tersebut berlaku di sebuah cafe yang masih tidak beroperasi berikut larangan di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
2. Majikan hanya membuat penyelenggaraan rutin terhadap 2 unit sistem penghawa dingin.
3. Pada hari kejadian mangsa dipercayai sedang membuka kotak panel litar elektrik di bahagian compressor penghawa dingin di bahagian luar bangunan dan terkena renjatan elektrik.
2020-08-22 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pembinaan, Pulau Pinang Seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh dari tingkat 5 semasa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan paip. 1. Majikan gagal memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan setakat yang praktik bagi aktiviti pemasangan paip Sistem Roof Rainwater Drainage sehingga menyebabkan kemalangan maut.
2. Majikan kegagalan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan setakat yang praktik bagi lubang terbuka tidak ditutup dengan selamat.
2020-08-22 Pekerja maut terjatuh dari treler trektor sawit Pertanian, Sarawak Seorang pekerja warga asing maut setelah terjatuh dari treler trektor yang dinaikinya lalu bergolek ke bawah treler yang sedang bergerak. 1. Majikan mempunyai prosedur kerja selamat (Pemanduan kenderaan - Traktor) yang melarang membawa penumpang tetapi gagal dipatuhi.
2. Jalan ladang tidak disenggara dan berlubang.
3. Traktor tidak disenggara dengan baik.
2020-08-21 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Pertanian, Perak Seorang pekerja warga asing maut setelah terjatuh dari atap berketinggian 9 kaki semasa mangsa hendak meneruskan aktiviti membuka atap di rumah lama yang tidak berpenghuni. 1. Terdapat penaksiran risiko (HIRARC) untuk Working At Height. Tiada penaksiran risiko dibuat khusus bagi proses meroboh rumah termasuk di dalamnya aktiviti membuka atap. Majikan perlu kaji semula HIRARC bagi bekerja di tempat tinggi.
2. Majikan perlu kaji semula SOP bagi bekerja di tempat tinggi.
3. Mangsa memakai safety helmet tetapi tidak memakai safety harness pada ketika kejadian.
4. 'Life line' belum dipasang lagi kerana 'life line' dan 'safety harness' sedang dibawa oleh majikannya ke tempat kejadian.
5. Terdapat PTW untuk kerja berkaitan.
6. Latihan ?dismantle of roof and timber? telah diberikan oleh kepada mangsa.
2020-08-16 Pemandu maut lori balak terbabas dan terbalik. Perhutanan, Perak Sorang pemandu lori balak maut setelah lori yang dibawanya terbabas dan terbalik semasa meneruni suatu curam. 1. Laluan jalan lokasi kejadian yang curam (condong ~10?-20?)
2. Susunan balak yang tidak sama saiz dan berat, boleh menyebabkan lori tidak stabil dan mudah terbalik apabila melalui bahagian tepi jalan yang tidak rata/ternaik (kesan tayar menunjukkan lori terbabas/melalui bahagian tepi kiri jalan yang mana tanahnya ternaik tinggi)
2020-08-09 2 pekerja maut terkena renjatan eletrik Pembinaan, Johor Dua orang pekerja sub-kontraktor maut setelah terkena renjatan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah. Masih dalam siasatan bersama Suruhanjaya Tenaga dan Bahagian Kejuruteraan Forensik JKKP Putrajaya.
2020-07-28 Seorang pekerja binaan maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Terengganu Seorang pekerja binaan persendirian warga asing maut setelah terjatuh semasa sedang melakukan kerja-kerja tampalan di atas 'single frame staging'. Masih dalam siasatan.
2020-07-25 Seorang penghantar makanan maut setelah terlanggar sebatang pokok. Restoran, Kuala Lumpur Mangsa adalah seorang pekerja kontrak sebagai penghantar makanan ditemui tidak sedar diri oleh orang awam sebelum meninggal dunia. Mangsa disyaki terlanggar sebatang pokok. 1. Mangsa telah bekerja lebih masa pada hari kejadian.
2. Terdapat rakaman CCTV menunjukkan keseluruhan kejadian.
3. Tiada latihan bagi cara penunggangan berhemah diadakan untuk setiap rider.
4. Motor yang digunakan untuk penghantaran adalah disediakan oleh pihak majikan. Terdapat pemeriksaan secara visual pada setiap motor setiap kali sebelum dan selepas penghantaran dibuat. Senarai semak disediakan untuk aktiviti tersebut.
5. Tiada prosedur kerja selamat mahupun penaksiran risiko disediakan untuk aktiviti kerja penghantaran pesanan makanan khususnya dibuat di organisasi ini.
2020-07-18 Pemandu traktor ladang maut akibat jatuh dari traktor yang hilang kawalan. Pertanian, Sabah Seorang pemandu traktor warga asing maut setelah terjatuh daripada traktor yang dipandunya dan terbabas melanggar sebatang pokok kelapa sawit. 1. Majikan gagal memastikan tali keledar di traktor ladang dipasang dan diselenggara.
2. Majikan gagal memastikan setakat yang praktik keselamatan laluan kenderaan di kawasan kejadian.
3. Majikan gagal mengadakan langkah kawalan setakat yang praktik untuk larangan membawa penumpang bagi traktor ladang dan treler.
2020-07-14 Pekerja mati tertimbus runtuhan tanah Tapak bina, Sarawak Mangsa seorang pekerja subkontraktor warga asing bekerja sebagai pengimpal maut setelah tertimbus runtuhan tanah semasa mangsa menjalankan kerja-kerja mengimpal paip pada kedalaman korekan lebih 2 meter. 1. Majikan gagal membina penghadang sementara untuk mengelakan tanah runtuh/kegagalan tanah.
2. Majikan gagal membuat penyeliaan untuk semasa kerja - kerja pemasangan paip.
3. Majikan gagal mengadakan Prosedur Kerja Selamat untuk kerja- kerja memasang paip.
4. Majikan gagal mengadakan analisis risiko/HIRARC untuk kerja - kerja memasang paip
5. Majikan diarahkan membuat siasatan dalaman dan mengadakan semua dokumen yang diperlukan serta hadir ke pejabat untuk tujuan rakaman percakapan dan siasatan lanjut.
2020-07-12 Pekerja maut terkena kejutan elektrik Kilang, Johor Mangsa seorang pekerja subkontraktor bagi kerja-kerja pencucian lantai ditemui mati tertiarap disyaki terkena kejutan elektrik dari mesin 'waterjet'. 1. Kawasan tempat kerja basah dan air bertakung.
2. Keadaan fizikal waterjet adalah baik. Tiada sebarang kesan koyakan pada kabel kuasa. Terdapat satu lubang dibawah waterjet.
3. Majikan gagal mengenalpasti fius mana yang telah trip semasa kejadian. Pihak electrician syarikat gagal menjelaskan kepada pegawai penyiasat keadaan DB box.
5. Saksi menggantikan rakan yang lain untuk membuat kerja pembersihan ini. Saksi tidak mahir mengenai SOP pembersihan dan hanya mengharapkan mangsa menunjuk ajar.
6. Kasut safety shoes mangsa basah dengan air. Kasut juga merekah dan basah dibahagian dalam.
2020-07-09 Pekerja maut dihempap boom jentera 'Fabrication Yarder' Perhutanan, Sabah Seorang pekerja sebagai operator jentera 'Fabrication Yarder' maut setelah dihempap oleh bahagian boom jentera tersebut semasa sedang menjalankan pemeriksaan rutin harian. 1. Terdapat 3 unit jentera 'Fabrication Yarder' yang digunakan di kawasan kejadian untuk menarik dan mengumpul pokok kayu yang telah ditebang.
2. Jentera ini direka dan dihasilkan oleh pihak majikan.
3. SOP dan HIRARC jentera tidak lengkap.
4. Senarai semak pemeriksaan jentera tidak lengkap.
2020-07-09 Pekerja maut dihempap boom jentera 'Fabrication Yarder' Perhutanan, Sabah Seorang pekerja sebagai operator jentera 'Fabrication Yarder' maut setelah dihempap oleh bahagian boom jentera tersebut semasa sedang menjalankan pemeriksaan rutin harian. 1. Terdapat 3 unit jentera 'Fabrication Yarder' yang digunakan di kawasan kejadian untuk menarik dan mengumpul pokok kayu yang telah ditebang.
2. Jentera ini direka dan dihasilkan oleh pihak majikan.
3. SOP dan HIRARC jentera tidak lengkap.
4. Senarai semak pemeriksaan jentera tidak lengkap.
2020-07-08 Pemandu lori maut kemalangan jalan raya Tapak Bina, Sarawak Seorang pemandu lori tangki ditemui mati setelah lori yang dipandunya disyaki hilang kawalan dan terbabas jatuh ke dalam kawasan pembentung. 1. Majikan ada mengadakan Traffic Management Plan (TMP) dan melantik TMO.
2. Signage yang dinyatakan dalam TMP ada di pasang oleh pihak kontraktor.
3. Pihak kontraktor telah menambah baik tahap keselamatan dengan memasang delineator string bagi menggantikan blinker yg sering kali mengalami vandalisme.
4. Keadaan permukaan jalan adalah sedikit curam dan berselekoh serta cuaca gelap dan hujan renyai berkemungkinan penyebab kenderaan hilang kawalan.
2020-07-08 Pekerja maut tersepit, jentolak terbalik ke dalam 'loading ramp' Kilang, Sabah Mangsa seorang pemandu jentolak, pekerja warga asing maut tersepit setelah jentolak yang dikendalikan dipercayai terbalik semasa melakukan kerja-kerja menolak buah sawit ke loading ramp. 1. Keadaan tebing jalan menurun dari tempat loading ramp yang tidak mempunyai pengadang yang bersesuaian bagi menghalang kenderaan dari jatuh ke bawah .
2. SOP dan HIRARC bagi kerja yang menggunakan jentera jentolak tidak lengkap.
3. Rekod penyelenggaraan tidak lengkap dan tidak mempunyai senarai semak yang khusus bagi jentera jentolak.
4. Terdapat sebuah lagi jentera jentolak yang tidak diselenggara dengan baik iaitu brek yang tidak berfungsi.
2020-07-06 Pekerja maut tersepit tangki air Pertanian, Sarawak Seorang pekerja maut setelah tersepit pada tangki air yang tumbang akibat tanah mendap. * Dalam siasatan JKKP Sarawak, Cawangan Miri
2020-07-02 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi. Kilang, Johor Seorang pekerja subkontraktor baik pulih maut setelah terjatuh dari bumbung setinggi 30 kaki semasa melalui kawasan bumbung kerja. 1. Mangsa tidak memakai abah-abah semasa kejadian.
2. Majikan dikehendaki mengadakan siasatan lengkap berkenaan kejadian tersebut.
3. Majikan gagal mengadakan SOP, HIRARC dan latihan berkenaan kerja tempat tinggi.
2020-06-28 Pekerja maut tertimbus runtuhan 'iron sled' Tapak bina, Pahang Seorang pemandu lori maut setelah tertimbus runtuhan 'iron sled' semasa mengikat kanvas bagi menutup timbunan 'iron sled' di dalam muatan lori. 1. Terdapat timbunan iron sled dan tiada pencahayaan di kawasan tersebut semasa aktiviti kerja di jalankan di waktu awal pagi.
2. Tiada HIRARC & SOP bagi kedua-dua majikan utama dan langsung bagi aktiviti kerja 'loading/unloading iron sled'.
3. Penyeliaan dan pemantauan bagi aktiviti kerja 'loading/unloading iron sled' hendaklah dijalankan oleh majikan utama dan juga kontraktor.
4. Laporan siasatan dalaman kemalangan hendaklah dijalankan segera bagi majikan utama dan langsung.
5. Tanda amaran bagi melarang pekerja untuk turun dari jentera semasa aktiviti kerja dijalankan hendaklah di buat di kawasan tersebut (jika praktik), dan jika perlu untuk turun dari jentera, radius kerja selamat hendaklah di adakan.
2020-06-18 Pekerja maut tersepit, traktor hilang kawalan Pertanian, Pahang Seorang pemandu traktor warga asing maut setelah traktor yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke cerun setinggi 5 meter. 1. Majikan perlu kaji semula HIRARC bagi bekerja di tempat tinggi.
2. Majikan perlu mengadakan pengadang pada lereng bukit.
3. Majikan gagal mengadakan latihan bekerja di tempat tinggi.
4. Majikan hendaklah sediakan satu siasatan lengkap dan pelan tindakan pembaikan terhadap kemalangan maut.
2020-05-30 Pekerja maut tersangkut di lift shaft Perkhidmatan Perniagaan, Johor Mangsa seorang pekerja warga asing bekerja sebagai pemasang lift maut akibat tersangkut di bracket counter weight semasa cuba menurunkan guide rail yang tersangkut. 1. Majikan gagal memastikan aktiviti kerja dijalankan dengan selamat. 2. Majikan gagal menyediakan laporan siasatan dalaman bagi kes maut. 3. Gagal memastikan persekitaran laluan ke motor room dalam keadaan bersih dan teratur (housekeeping).
2020-05-30 Pekerja maut tersepit boom eskavator Pertanian, Pahang Pekerja seorang warga asing maut setelah kepala mangsa tersepit pada boom eskavator yang sedang dikendalinya. 1. Pekerja tiada sebarang kotrak perkhidmatan atau apa-apa bukti diambil khidmat oleh majikan.
2. Tiada sebarang rekod latihan, SOP dan HIRARC bagi mangsa dan kerja yang dijalankan.
3. Keadaan kabin eskalator adalah tidak selamat kerana tiada penutup atau penghadang keselamatan.
4. Majikan gagal melaporkan kemalangan kepada JKKP.
2020-05-28 Maut terkena renjatan elektrik Kilang Sawit, Johor Seorang pekerja maut setelah terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja kimpalan paip hydrocyclone. 1. Majikan gagal mengadakan pengenalpastian hazard elektrik pada HIRARC sediada. 2. Majikan gagal mengadakan siasatan dalaman bagi kes maut. 3. Majikan gagal mengadakan rekod penyelenggaran bagi set kimpalan. 4. Majikan gagal mengadakan latihan PTW yang berkesan.
2020-05-22 Maut dihimpit lori Kilang, Johor Seorang pemandu lori maut setelah dihimpit lori yang ingin di letak rapat dengan lori yang lain bagi tujuan penyimpanan. 1. Kilang tidak pernah dilawati pihak JKKP 2. Kilang tidak berdaftar dengan JKKP
2020-05-21 Pekerja maut tercampak dari tempat tinggi Tapak Bina, Johor Seorang pekerja warga asing maut setelah tercampak dari tempat kerja berketinggian 12 kaki akibat daripada sambaran petir. 1. Penambaikkan HIRARC bagi bekerja di tempat tinggi. 2. Majikan gagal mengadakan Prosedur Kerja Selamat. 3. Majikan gagal mengadakan latihan bekerja di tempat tinggi. 4. Majikan gagal mengadakan laluan ke tingkat atas bangunan secara selamat dan kukuh.
2020-05-09 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Pulau Pinang Seorang perkerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh dari bumbung berketinggian 30 meter semasa menjalankan kerja menurun bumbung dan penebat sebuah kilang terbengkalai. 1. Mangsa telah dibekalkan safety hardness dan diberikan maklumat berkenaan PPE. 2. Majikan utama telah menyediakan laluan di kawasan bumbung menggunakan jentera aerial platform. 3. Majikan utama tidak menyediakan 'life-line' di kawasan bumbung semasa kerja dijalankan. 4. Majikan tiada menyediakan rekod latihan khusus untuk semua pekerja yang bekerja di tempat tinggi.
2020-05-07 Maut terjatuh traktor Pertanian, Johor Seorang pekerja am warga asing maut setelah terjatuh daripada sebuah traktor bertreler yang bergerak semasa proses pengumpulan buah sawit. 1. Majikan gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja memandu traktor dan memungut FFB secara manual bersama loader. 2. Majikan gagal mengemaskini Prosedur Kerja Selamat bagi aktiviti kerja memandu traktor dan memungut FFB secara manual bersama loader.
2020-04-09 Maut terkena renjatan elektrik Pengangkutan, Pulau Pinang Seorang pekerja maut setelah terkena renjatan elektrik semasa mangsa menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan menggunakan mesin kimpalan pada bahagian 'side loader' lori treler. 1. Tiada tanda amaran pemakaian PPE di tempat kerja. 2. Majikan gagal mengadakan Prosedur Kerja Selamat bagi kerja-kerja kimpalan. 3. Terdapat 4 unit bekas udara tiada sijil berperakuan kelayakan (CF)
2020-02-28 Maut tersepit jentera 'good hoist, Pembuatan, Pulau Pinang Seorang pekerja operator pembungkusan maut setelah tersepit pada mesin angkat 'good hoist'. 1. Majikan telah membenarkan jentera 'good hoist' digunakan oleh pekerja mengangkat barang walaupun masih dalam proses kelulusan JKKP. 2. Keadaan jentera 'good hoist' tidak dapat dipastikan status integriti jentera kerana masih terdapat kerja-kerja berkaitan perlu dijalankan. 3. Majikan telah gagal membuat kawalan setakat yang praktik kepada pekerjanya larangan penggunaan jentera 'good hoist'.
2020-02-22 Pekerja Maut kelemasan Perkhidmatan Perniagaan, Cyberjaya Dua (2) orang pekerja sub-kontraktor warga asing maut disyaki lemas akibat kandungan nitrogen yang berlebihan semasa melakukan kerja-kerja pemotongan paip di valve chamber. 1. Pihak kontraktor dan majikan gagal mematuhi kehendak-kehendak mengikut Tataamalan Industri Bekerja Selamat di Ruang Terkurung, 2010.
2020-02-20 Maut dihempap panel retaining wall Tapak bina, Selangor Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah dihempap panel 'retaining wall' semasa melakukan kerja-kerja realignment panel tersebut. 1. HIRARC berkaitan aktiviti pemasangan RE Wall perlu disemak semula. 2. Pihak majikan perlu menjalankan siasatan dalaman bagi mengelakkan kemalangan sama berulang kembali.
2020-02-20 Maut diserang Tebuan Tapak bina, Johor Seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah diserang tebuan semasa mangsa menjalankan kerja-kerja pemasangan culvert di lokasi kejadian. 1. Majikan gagal mengadakan HIRARC bagi kerja-kerja pemasangan culvert dan aktiviti kerja lain yang berkaitan.
2020-02-19 Maut akibat letupan Perikanan, Terengganu Mangsa yang bekerja sendiri maut setelah tong sangkar terapung yang mengandungi udara termampat meletup dan mengakibatkan kecederaan dalaman pada mangsa. 1. Mangsa bekerja sendiri dan tiada pekerja. 2. Mangsa menggunakan kawasan awam untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.
2020-02-15 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pahang Mangsa seorang pekerja pendawaian elekrik maut setelah terjatuh pada ketinggian 2 meter semasa membuat pemasangan 'conduit pipe'. 1. Kegagalan majikan mengadakan Prosedur Kerja Selamat bagi aktiviti kerja pendawaian elektrik dan memasang 'conduit pipe'.
2. Kegagal majikan melantik penyelia keselamatan tapak bina (SSS)
2020-02-12 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Perkhidmatan Perniagaan, Perak Mangsa seorang pekerja sub-kontrakor bagi menjalankan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan lampu maut setelah terjatuh dari ketinggian 3.7 meter semasa kerja pemasangan perancah. 1. JKKP 6 telah dilaporkan ke Jabatan sebagai HUK.
2. Kemalangan maut dilaporkan ke Jabatan pada 20.02.2020.
3. Tiada penyeliaan oleh pihak 'Owner' berkaitan pemasangan perancah oleh mangsa.
4. Kegagalan 'owner' mengadakan Sistem Kerja Selamat yang lengkap bagi aktiviti pemasangan perancah.
2020-02-10 Seorang tukang masak meninggal dunia akibat sambaran api semasa menutup api dapur. Restoran, Sarawak Mangsa seorang tukang masak meninggal dunia pada 04.01.2020 setelah melecur 21% akibat terkena sambaran api semasa cubaan mangsa menutup api dapur gas yang terbuka. 1. JKKP Sarawak mendapat aduan kemalangan maut pada 10.02.2020.
2. Kejadian kemalangan berlaku pada 26.12.2019 dan mangsa meninggal dunia pada 04.01.2020.
3. Majikan gagal melaporkan kemalangan maut kepada JKKP.
4. Tiada dokumen berkaitan KKP di tempat kerja, tiada SOP untuk kerja-kerja di dapur.
2020-02-04 Pekerja mati terjatuh trailer. Pertanian, Sabah Mangsa seorang pekerja asing maut setelah terjatuh dari trailer yang dinaikinya dan digilis tayar trailer semasa dalam perjalanan balik ke rumah. 1. Majikan ladang membenarkan penggunaan treler bagi pekerja ladang pergi dan balik ke ladang.
2. Tiada penilaian risiko (HIRARC) bagi aktiviti pekerja menumpang trailer pergi dan balik ke tempat kerja.
3. Tempat kejadian didapati sedikit bercerun menurun dan tiada berbonggol atau tidak rata.
2020-02-01 Pekerja maut di dalam mesin pembancuh konkrit. Kilang, Johor Mangsa seorang pekerja asing maut setelah terjatuh ke dalam mesin pembancuh konkrit semasa menjalankan tugas pembersihan. 1. Majikan gagal mengadakan SOP bagi kerja mencuci sisa konkrit.
2. Majikan gagal mengadakan HIRARC bagi kerja mencuci sisa konkrit.
3. Majikan gagal mengadakan SOP bagi kerja membancuh simen.
4. Majikan gagal mengadakan HIRARC bagi kerja mencuci sisa konkrit.
5. Majikan perlu menambahbaik jawatankuasa KKP di tempat kerja.
2020-01-26 Maut terjatuh dari tong lori dan tercucuk besi loading spike tandan Ladang Sawit, Sabah Mangsa seorang pemandu traktor maut setelah terjatuh daripada tong lori berisi buah sawit dan tercucuk besi 'loading spike' tandan. i. Sistem kerja selamat perlu dikaji semula bagi kerja-kerja loading/unloading buah di bin.
ii. Perlu diadakan tempat letak khas lorry bin.
2020-01-23 Maut dihempap besi acuan konkrit Kilang, Johor Seorang pekerja warga asing mati dihempap besi acuan konkrit 'precast' ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan acuan untuk kerja konkrit seterusnya. i. Kilang tidak berdaftar dengan JKKP.
ii. Tiada sistem KKP di dalam kilang.
iii. Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja berkaitan.
iv. Tiada penilaian risiko (HIRARC) bagi kerja-kerja berkaitan.
v. Terdapat 18 kren gantry yang tidak berdaftar dengan JKKP.
vi. Keadaan kebersihan di kilang adalah tidak memuaskan.
vii. Laluan keluar masuk ke tempat kerja terhalang.
2020-01-21 Maut dihempap pokok tumbang Pembalakan, Sarawak Seorang pekerja pembalakan sebagai 'hookmen' maut setelah pokok yang hendak diikat tiba-tiba tumbang menimpa belakang mangsa. i. Gagal mengadakan sistem kerja selamat untuk kerja-kerja menarik pokok balak.
ii. Gagal mengadakan penilaian risiko (HIRARC) untuk kerja-kerja menarik pokok balak.
2020-01-19 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Johor Seorang pekerja mati terjatuh dari tempat tinggi ketika kerja-kerja buka bumbung. i. Mangsa disyaki gagal menambat body harness pada life-line yang disediakan.
ii. Tempat kerja telah diarahkan untuk memberhentikan semua aktiviti kerja berkaitan.
2020-01-18 Seorang pekerja mati dihimpit oleh traktor di dalam kawasan ladang Ladang Sawit, Johor Seorang pekerja ladang warga asing maut setelah dihimpit traktor yang menggelongsor akibat kegagalan kenderaan menaiki jalan berbukit. i. Gagal mengemukakan rekod penyelenggaraan traktor.
ii. Gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi penggunaan traktor.
iii. Gagal mematuhi penilaian risiko (HIRARC) bagi pemanduan traktor.
iv. Gagal mengemaskini prosedur kerja selamat penggunaan traktor.
2020-01-13 Maut akibat letupan bahan kimia Kilang, Melaka Seorang pekerja maut setelah tong mengandungi cecair thinner meletup dan terbakar akibat percikan api hasil kerja mencanai bagi pembersihan jeriji. i. Gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja mencanai dan pembersihan besi.
ii. Gagal mengadakan penilaian risiko (HIRARC) untuk aktiviti kerja mencanai dan pembersihan besi.
iii. Gagal mendaftar tempat kerja sebagai kilang.
2020-01-12 Maut akibat letupan tiub tayar Kuari, Terengganu Seorang pemandu lori maut setelah tayar lori yang sedang dipam meletup dan mengakibatkan mangsa terpelanting. i. Gagal mengemukakan penilaian risiko (HIRARC) bagi aktiviti penyenggaraan tayar kenderaan.
ii. Gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti penyengaaraan tayar kenderaan.
2020-01-11 Pekerja Maut terjatuh dari tempat tinggi Gudang, Pulau Pinang Seorang pekerja warga asing maut setelah terjatuh daripada bumbung pada ketinggian 30 meter semasa membuat kerja-kerja pembinaan menaik taraf bangunan. i. Tiada penggunaan 'life-line' yang dipasang bagi tujuan penggunaan 'safety harness'.
ii. Gagal mengadakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi kerja di tempat tinggi.
iii. Gagal mengemukakan sistem penaksiran risiko (HIRARC) bagi kerja pembinaan menaik taraf bangunan.
2020-01-10 Pekerja Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Selangor Seorang pengurus syarikat pembinaan maut setelah tergelincir jatuh dari ketinggian 3.9 meter semasa membuat pemeriksaan kerja-kerja pemasangan formwork. i. Tangga alumminium pada perancah yang digunakan untuk ke tingkat 1 telah rosak (bengkok) menyebabkan tangga tersebut tidak stabil dan bergoyang.
ii. Perancah yang dipasang sebagai laluan masuk ke tingkat 1 tidak dipasang oleh pengendali perancah yang kompeten.
iii. Perancah yang dipasang tidak disenggara dengan baik.
iv. Majikan gagal menyediakan penaksiran risiko (HIRARC) berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan perancah.
v. Tapak bina gagal melantik Safety site supervisor sepenuh masa.
2020-01-03 Pekerja mati di loji rawatan kumbahan Loji Rawatan Kumbahan, Selangor Seorang pekerja am maut setelah hilang kawalan dan rebah semasa cuba menyelamat rakan kerja yang di dalam loji rawatan kumbahan. i. Gagal mematuhi prosedur kerja selamat bagi kerja di ruang terkurung.
ii. Gagal melantik orang yang kompeten bagi kerja ruang terkurung khususnya 'entry supervisor'.
iii. Gagal mengadakan pelan kecemasan terhadap kerja yang dijalankan bagi ruang terkurung.
iv. Gagal memastikan permit untuk bekerja (PTW) yang dikeluarkan sama seperti yang telah diwujudkan dalam prosedur kerja selamat (SOP).
v. Gagal mengemukakan sistem penaksiran risiko (HIRARC) serta langkah kawalan terhadap kerja ruang terkurung.
2020-01-02 Pekerja mati dihempap acuan konkrit Kilang, Johor Seorang pekerja yang sedang melakukan kerja kimplan maut dihempap panel acuan konkrit yang terjatuh semasa kerja mengangkat menggunakan Overhead Trevelling Crane (OTC) i. Tiada sebarang penyangga diletakkan pada acuan konkrit untuk menggelakkan ianya daripada jatuh.
ii. Prosedur kerja selamat bagi kerja mengangkat menggunakan kren tidak dipatuhi sepenuhnya.
2019-11-20 Pekerja mati lemas Padang Golf, Johor Seorang pegawai keselamatan dan kesihatan mati lemas di kawasan 'sand discharge' semasa membuat persediaan 'walkabout'. 1. Masih dalam siasatan pihak JKKP
2019-11-09 Pekerja kontraktor maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Seorang pekerja kontraktor maut setelah terjatuh dari ketinggian 9 meter semasa menjalankan kerja-kerja merombak 'cross beam soffit'. 1. Majikan gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi memastikan pekerja bekerja dengan selamat di tempat tinggi.
2. Kegagalan pihak kontraktor mengadakan latihan secukupnya bagi semua pekerjanya bekerja di tempat tinggi.
2019-11-08 Pekerja maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Sarawak Dua orang pekerja maut setelah terjatuh dan terhempap 'bucket' yang mengangkat mangsa menggunakan forklift bagi tujuan membersihkan bumbung. 1. Pihak Majikan telah menyalahgunakan forklift untuk mengangkat orang.
2. Majikan telah gagal mengemukakan dokumen prosedur kerja selamat bagi proses mencuci bumbung bangunan.
3. Majikan gagal mengemukakan dokumen penaksiran risiko bagi proses mencuci bumbung bangunan.
2019-11-06 Pekerja maut dihempap tangki air Ladang, Kelantan Seorang pekerja penyembur racun maut setelah dihempap tangki air yang jatuh daripada traktor yang tergelicir semasa menuruni bukit. 1. Siasatan memfokuskan kepada prosedur kerja selamat operasi traktor di lereng bukit
2019-11-04 Pekerja maut terjerut baju-t Bengkel Kenderaan, Johor Seorang mekanik maut setelah baju-t yang digunakan untuk menutupi muka dan kepala terbelit pada long shaft kenderaan yang masih bergerak dan menyebabkan leher mangsa terjerut dan maut semasa sedang membaiki kenderaan tersebut. 1. Gagal memastikan keselamatan pekerja yang sedang bekerja.
2. Gagal melaporkan kemalangan maut.
3. Gagal menjalankan siasatan kemalangan.
4. Premis digunakan sebagai kediaman pekerja.
5. Gagal mendaftarkan tempat kerja.
2019-10-31 Pekerja maut dihempap plat keluli Kilang, Pahang Seorang pemandu forklift maut setelah dihempap steel plate seberat 2 tan yang sedang diangkat menggunakan 'overhead travelling crane'. 1. Majikan telah gagal memastikan pemeriksaan ke atas 'webbing sling' sebelum kerja mengangkat.
2. majikan telah gagal menyelia dan menyediakan tempat selamat bagi kerja mengangkat dan tiada kawalan terhadap kemasukan pekrja dalam zon mengangkat.
2019-10-31 Pekerja maut dihempap forklift Kilang, Selangor Seorang pekerja am maut setelah forklift dipandunya terbalik dan menghempap mangsa. 1. Mangsa tidak kompeten bagi pemanduan dan pengendalian forklift dan tidak pernah menghadiri sebarang latihan berkaitan.
2. Majikan gagal mewujudkan kawalan pengendalian forklift di dalam kawasan kilang.
2019-10-25 Maut di loji rawatan kumbahan Logi Rawatan Kumbahan, Johor Seorang pekerja am maut setelah terperangkap dalam manhole akibat arus air yang deras akibat daripada usaha mangsa yang menolak sampah yang tersumbat di manhole tersebut. 1. Masih dalam siasatan pihak JKKP
2019-10-23 Pekerja maut terjatuh dan tersepit di bawah 'scrapper conveyor' Kilang Sawit, Johor Seorang pekerja maut setelah terjatuh dan tersepit di bawah 'scrapper conveyor' setelah mangsa selesai membersih dan menjolok fiber yang tersangkut pada 'ribbon conveyor'. 1. Mangsa didapati melakukan kerja pembersihan 'ribbon conveyor' yang tersumbat dalam keadaan 'sprocket conveyor sedang beroperasi tanpa permit kerja yang sah.
2. Scrapper conveyor beroperasi tanpa penutup di sepanjang conveyor tersebut dan menyebabkan mangsa bekerja dalam keadaan yang berisiko tinggi.
3. Tiada prosedur kerja selamat yang praktik untuk kerja-kerja pembersihan conveyor tersebut.
4. Tiada penyeliaan terhadap pematuhan prosedur LOTO yang ditetapkan.
5. Capaian butang henti kecemasan terlalu jauh dari kedudukan kemalangan iaitu di dalam bilik panel operasi.
2019-10-22 Pekerja maut tersepit tangan pada mesin 'roller wind-up' Kilang, Perak Seorang pekerja pengendali mesin maut setelah tangan kiri tersepit antara lapisan fabrik liner dengan mesin 'roller wind-up' semasa mengendalikan mesin tersebut. 1. Mangsa baru 2 minggu ditukarkan ke bahagian tersebut.
2. Prosedur kerja selamat yang dipraktikkan di bahagian 'wind-up roller machine' tidak dinyatakan secara lengkap.
3. Penutup pada bahagian 'foot pedal' untuk mengoperasikan 'roller machine' telah patah.
2019-10-18 Pekerja maut dikisar mesin 'ribbon blender' Kilang, Johor Seorang pekerja maut setelah dikisar mesin 'ribbon blender' semasa bertugas mengambil sampel. 1. Pihak kilang gagal mengenalpasti punca kemalangan.
2. Mengarahkan pihak kilang menjalankan siasatan dalaman.
3. Mengarahkan pihak kilang memeriksa suis pengesan dan menyerahkan laporan.
2019-10-18 Pemandu lori maut dihempap paip besi Kilang, Selangor Seorang pemandu lori maut setelah dihempap paip besi semasa proses pemunggahan barang oleh sebuah jentera forklift. 1. Pemandu forklift tiada latihan kompentensi sebagai pemandu forklift yang kompeten.
2. Majikan tiada prosedur kerja selamat bagi kerja pengendalian forklift.
2019-10-10 Maut dilanggar Jentolak Kilang Sawit, Perak Seorang pembeli sisa buangan maut setelah dilanggar jentolak yang dipandu mengundur di dalam kawasan kilang. 1. Jentera jentolak tidak dipasang perkakas keselamatan yang lengkap seperti hon, cermin pandang belakang dan sisi, penggera undur dan lampu belakang.
2. Gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi pengurusan trafik dan taklimat keselamatan kepada pihak luar.
2019-10-04 Pekerja maut dihempap 'roller machine' Kilang, Melaka Seorang pekerja mekanik mesin maut setelah dihempap roller machine yang terbalik dan jatuh ke atas jalan semasa dalam proses pemindahan roll machine menggunakan lori. 1. Majikan telah gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja pemindahan roll machine menggunakan lori.
2019-09-26 Pekerja maut ditimpa buah sawit Ladang, Sarawak Seorang pekerja ladang maut setelah ditimpa buah sawit semasa sedang menuai buah. 1. Majikan telah mengadakan mesyuarat keselamatan dan kesihatan setelah kemalangan berlaku pada 7.11.2019
2019-07-01 Maut dihempap batu Kuari, Perak Mangsa seorang pemandu excavator maut setelah dihempap batu yang runtuh semasa membuat kerja 'loading stone' ke lori. Gagal mengadakan HIRARC & SOP bagi kerja pemantauan bagi kerja stone clearing, breaking dan loading.
2019-06-27 Maut dilanggar kenderaan awam Jalanraya, Pahang Seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah dilanggar kenderaan 4x4 yang melanggar trafik semasa mangsa membuat kerja-kerja pemecahan tar jalan bagi pemasangan kabel fiber-optik. i. Tiada penyelian dilakukan terhadap sistem kawalan trafik daripada pihak majikan utama dan kontraktor.
ii. Kajian semula SOP bagi kerja-kerja kawasan trafik yang dibuat.
iii. Kerja yang dijalankan tiada penyeliaan dan bukan mengikut waktu yang ditetapkan melalui work permit.
2019-06-27 Maut dihempap kayu Kilang, Johor Seorang pekerja am tapak bina maut setelah terkena bongkah kayu yang dibuang pada ketinggian 4 meter semasa mangsa sedang rehat di kawasan yang tidak sepatutnya. i. Majikan dan pekerja gagal mematuhi SOP dan HIRARC kerja.
ii. Tiada penyelian semasa kerja-kerja sedang dijalankan.
Iii. Mangsa berehat dikawasan yang tidak sepatutnya.
2019-06-26 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Pulau Pinang Seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh di ketinggian 4.5 meter semasa memasang Industrial cable trunking. i. Majikan gagal memastikan tempat kerja selamat sehingga menyebabkan menyebabkan kemalangan kepada mangsa.
ii. Majikan gagal mengadakan HIRARC bagi kerja-kerja pemasangan trunking cable.
2019-06-25 Maut ditimpa runtuhan tembok Hotel, Pulau Pinang Empat (4) orang pekerja sebuah hotel maut setelah ditimpa runtuhan tembok semasa sedang membuat pembaikkan tembok penahan tersebut. i. Majikan gagal memastikan tempat kerja selamat sehingga menyebabkan menyebabkan kemalangan kepada semua mangsa. ii. Pemilik hotel mengambil inisiatif sendiri untuk membaiki tembok penahan.
2019-06-25 Maut dihempap boom jengkaut Sawah Padi, Perak Seorang pemandu jengkaut maut setelah kepala mangsa terkena impak boom jengkaut. i. Mangsa pemandu jengkaut yang bekerja sendiri dengan mengambil upah membersihkan kawasan sawah.
ii. Mangsa bekerja sendiri tanpa pengawasan semasa kejadian.
2019-06-19 Maut terlanggar objek di atas laluan jalan Lapangan Terbang, Pulau Pinang Seorang pekerja Aviation Security maut setelah motor yang ditunggangnya terlanggar objek (tayar dolly) yang berada di laluan kerja. i. Tiada papan tanda amaran keselamatan had laju di laluan kerja.
ii. Majikan gagal memastikan setakat yang praktik untuk mengadakan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan yang baik dan selamat.
2019-06-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja kontraktor maut setelah terjatuh daripada bumbung yang pecah setinggi 4 meter semasa membuat kerja tinjauan dan pengukuran bagi pembaikkan dan penukaran chimney. Majikan gagal mengadakan SOP bagi kerja pembaikan dan penukaran chimney di tempat tinggi.
2019-06-13 Maut dihimpit mesin die cast. Kilang, Pulau Pinang Seorang mesin operator maut setelah dihimpit oleh mold die yang sedang beroperasi semasa mangsa cuba mengambil acuan yang terjatuh di dalam mesin die cast. Mesin die cast yang digunakan telah dilakukan proses pengubahsuaian daripada jenis automatik kepada semi-auto oleh majikan kerana terdapat beberapa peralatan pada mesin telah rosak.
2019-05-08 Maut terkena mesin conveyor Kilang, Pulau Pinang Mangsa seorang operator kilang maut disyaki terkena chain bar support yang tertanggal di mesin conveyor. Majikan gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi pengendalian di Cooling Conveyor Line.
2019-05-05 Maut dihempap palet kurma Kilang, Pulau Pinang Dua orang operator kilang maut setelah dihempap pallet kurma semasa memindahkan barangan di bilik Cool Room. i. Gagal menyediakan SOP bagi kerja-kerja mengangkat pallet di dalam Cool Room
. ii. SOP housekeeping kawasan kejadian perlu diwujudkan kerana terdapat struktur pallet yang telah bengkok.
2019-02-15 Maut dihempap struktur steel truss Tapak bina, Pulau Pinang Tiga pekerja binaan maut setelah dihempap steel truss yang runtuh akibat daripada pelanggaran mobile aerial platform i. Gagal mengajikan Penyelia Keselamatan Tapak (SSS) ii. Tapak bina masih belum berdaftar dengan JKKP iii.
2019-02-08 Maut terjatuh dari lori Jalanraya, Pahang Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh daripada lori yang dilanggar ke atas jalan semasa sedang melakukan kerja-kerja penyiraman air pada permukaan jalan sebelum penurapan premix tar. *tiada maklumat
2019-02-02 Maut dihempap jentera di tapak pelupusan barang lusuh Kilang Pelupusan Barang Lusuh, Kuala Lumpur Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah dihempap jentera berat semasa sedang membuat kerja-kerja pemotongan bahagian pada jentera tersebut yang hendak dilupuskan. *tiada maklumat
2019-02-02 Maut Dihempap Panel Konkrit Tapak bina, Selangor Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah dihempap panel konkrit yang terjatuh semasa mangsa melakukan kerj-kerja membuka `diagonal prop wall precast concrete` (WPC). i. Tiada SOP untuk kerja-kerja membuka `diagonal prop`. ii. Tiada PIC untuk penyeliaan dan semakan kerja-kerja WPC. iii. Tiada PE calculation bagi sokongan syor untuk `weight and design` bagi `WPC base`
2019-02-02 Maut akibat letupan tiub tayar traktor Ladang Kelapa Sawit, Sabah Mangsa seorang pekerja am, bekerja sebagai pemandu traktor maut setelah tiub tayar yang sedang dipam meletup dan mengakibatkan mangsa mengelami kecederaan serius di bahagian kepala. i. SOP kerja berkaitan sepatut dilakukan oleh pekerja bengkel sahaja.
2019-01-25 Pekerja kilang maut ditimpa tembok dinding konkrit Kilang Kayu, Kedah Mangsa seorang pekerja am maut dihempap sebuah tembok konkrit yang terjatuh semasa mangsa sedang menolak tutup pintu pagar besi di dalam kawasan kilang. i. Gagal menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan bagi memastikan binaan dinding konkrit di dalam keadaan selamat dan kukuh. Ii. Gagal menyediakan SOP dan HIRARC bagi aktiviti membuka dan menutup pintu pagar besi.
2019-01-22 Maut terlanggar lori hantu Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja tapak bina maut setelah motor yang ditunggangnya melanggar sebuah lori hantu yang sedang berhenti di tepi jalan berdekatan dalam kawasan tapak bina i. Gagal mengadakan langkah kawalan kenderaan keluar masuk ke dalam premis. ii. Gagal melantik Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)
2019-01-21 Maut tersepit di dalam conveyor Kilang Sawit, Sabah Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut tersepit di dalam fibre shell incline conveyor semasa sedang membuat kerja-kerja kimpalan di bahagian airlock. i. Gagal menyediakan PTW bagi kerja berkaitan. ii. Gagal mengadakan penghadang untuk menutup semua bahagain conveyor
2019-01-20 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja am maut setelah terjatuh dari tingkat 28 semasa membuat kerja-kerja memperkemaskan bahagian dinding dalaman i. Gagal mengadakan langkah kawalan pekerja keluar masuk ke premis ii. Gagal mengadakan penyelian yang mencukupi terhadap kerja-kerja yang dijalankan iii. Gagal memastikan jentera (gendola) diselia penggunaannya dengan cara selamat..
2019-01-18 Maut terkena renjatan elektrik Perladangan, Sabah Mangsa seorang pekerja am maut akibat terkena renjatan elektrik semasa membuat kerja kemasan kabel pengecas alat timbangan i. Gagal menubuhkan Jawatankuasa KKP di tempat kerja ii. Gagal mengadakan latihan KKP berkaitan SOP kerja berkaitan
2019-01-13 Maut tejatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Melaka Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh dari tingkat 19 semasa memasang `cantilever` untuk dijadikan `platform` i. Gagal menyediakan SOP bagi kerja pemasangan working platform ii. Gagal menyediakan `lifeline` untuk disangkut bagi mengelak jatuh.
2019-01-08 Maut tejatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pahang Mangsa seorang pengurus projek maut setelah terjatuh daripada struktur beam yang tergelincir pada ketinggian 10 meter. i. SOP kerja berkaitan tiada. ii. Tiada sistem ;permit to work` untuk bekerja di tempat tinggi. iii. Pemakaian PPE; safety harness yang tidak selamat, tidak dicangkuk pada mana-mana tempat yang selamat.
2019-01-07 Maut tersepit di bawah runtuhan dinding konkrit Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja maut setelah dihempap dan tersepit di bawah runtuhan dinding konkrit sebuah kediaman yang dirobohkan. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati struktur yang dirobohkan berukuran 2.5 x 2.3 x 0.15 m dengan berat dianggarkan 1500 kg.
2019-01-02 Maut ditimpa traktor kubota Ladang Kelapa Sawit, Kelantan Mangsa seorang pemandu traktor kubota maut setelah ditimpa traktor yang menggelungsur jatuh ke dalam curam berkedalaman melebihi 30 kaki i. Permukaan cerun yang tinggi melebihi 10 darjah. ii. SOP untuk pemanduan traktor selepas hujan/jalan licin tidak dijelaskan.
2018-12-29 Maut akibat renjatan elektrik Ladang Kelapa Sawit, Sarawak Mangsa seorang pekerja ladang maut setelah terkena renjatan elektrik oleh `high tension lines` semasa membuat kerja-kerja penuaian buah sawit *tiada maklumat
2018-12-28 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sarawak Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor bagi kerja memasang plaster dinding maut setelah terjatuh dari tingkat 11. *tiada maklumat
2018-12-27 Maut di dalam ruang terkurung Kilang, Johor 2 orang pekerja maut setelah lemas di dalam tangki loji rawatan air semasa melakukan kerja pembersihan. i. Gagal mengamalkan tataamalan selamat (ICOP) bekerja di ruang terkurung. ii. Gagal mengadakan HIRARC bagi kerja pencucian tangki loji rawatan air. iii. Gagal mengadakan prosedur memasuki ruang terkurung
2018-12-24 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Perak Mangsa seorang pekerja tapak bina maut setelah terjatuh dari tingkat 35 ketika sedang bekerja di dalam `lift shaft` i. Penghadang yang digunakan tidak diadang dengan sempurna dan mudah terbuka. ii. Tiada SOP bagi kerja pemasangan `wall plug` dan `wall bracket` iii. Tiada penyeliaan dan pengawasan oleh pihak kontraktor utama kerana tiada supervisor. iv. Gagal mengadakan penyenggaraan terhadap perancah yang digunakan.
2018-12-21 Maut tersangkut mesin `conveyer` Kilang, Perak Mangsa seorang pekerja am maut setelah tersangkut pada mesin `conveyer`. Mangsa disyaki memanjat dinding `conveyer` dan tergelicir jatuh ke dalam bahagian `conveyer` Majikan gagal mengadakan SOP bagi kerja-kerja kemasukan atau penyenggaraan di dalam `conveyer`
2018-12-21 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Perak Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh pada ketinggian 7 meter semasa membuat kerja-kerja penggantian atap bumbung. i. Majikan gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja berkaitan ii. Tiada SOP bekerja tempat tinggi iii. Tiada penyeliaan dan pengawasan dari pihak majikan iv. Tiada latihan bagi kerja di tempat tinggi
2018-12-20 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja buruh binaan maut selepas 17 hari menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail. Mangsa disyaki terjatuh dari tingkat 1 di sebuah tapak pembinaan. Majikan gagal melaporkan kemalangan kepada JKKP.
2018-12-16 Maut akibat renjatan elektrik Kilang, Sarawak Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut terkena renjatan elektrik semasa sedang mencuci kasut di Washing Bay menggunakan `water jet` i. Pihak OM Material (Sarawak) SB telah menggangu tempat kejadian dengan mengalihkan kotak fius dan semua wayar elektrik yang ada.
2018-12-11 6 pekerja maut dalam kebakaran Stor, Perak 6 pekerja maut dalam kejadian kebakaran tempat penyimpanan barang Tempat kerja didapati menyimpan barang-barang bagi urusan majlis di tingkat bawah dan menyimpan bahan letupan dan bunga api bagi tujuan majlis di tingkat atas.
2018-12-10 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja sub-kontrak maut setelah jatuh bersama jentera `forklift` dari ketinggian 40 kaki Forklif digunakan beberapa kali pada hari kejadian bagi memunggah barang dengan mudah menggunakan platform sebagai lifting equipment.
2018-11-21 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Selangor Mangsa seorang `helper` di tapak bina maut terjatuh dari tempat tinggi setinggi 15 meter semasa membuat kerja-kerja mengikat rebar besi kepada sling kren i. SWP yang gagal dipatuhi. ii. Kegagalan HIRARC sediada untuk risiko pekerja atas lori untuk aktiviti mangangkat beban
2018-11-19 Maut ditimpa objek Kilang, Johor Mangsa seorang `Assistant Production Manager` maut dihempap `mezzanine floor` yang dibebani pallet barang yang berlebihan *tiada maklumat
2018-10-29 Maut ditimpa objek Tapak bina, Johor Mangsa seorang buruh binaan maut dihempap struktur rusuk T yang runtuh semasa mangsa sedang membuat pengukuran di bawah rusuk tersebut. *tiada maklumat
2018-10-22 Maut dihempap objek Loji Kumbahan, Sarawak Mangsa seorang orang awam maut setelah dihempap paip pembentung yang diletakkan di tepi jalan, dipercayai paip pembentung telah bergolek ke arah mangsa i. Tiada kawalan terhadap bahan binaan yang diletak di tempat kejadian.
2018-10-21 Maut dihempap objek Tapak bina, Selangor Mangsa seorang operator kren manara maut setelah dihempap 'brick wall' ketika mangsa dalam perjalanan ke 'resting area' tingkat 7. i. Hasil kerja 'brick wall' belum siap dipasang sepenuhnya kerana belum ada 'stiffner atau support untuk menyokong 'brick wall' tersebut.
2018-10-19 Maut terkena renjatan elektrik Jeti, Sarawak Mangsa seorang kelasi kapal tongkang pasir maut dan jatuh ke dalam sungai setelah terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja menyedut air keluar daripada tongkang menggunakan 'electric water pump' ketika berlabuh di Jeti. i. Kapal tongkang pasir telah tiada di jeti, dipercayai telah keluar menjalankan kerja pengorekan pasir. ii. Peralatan 'electric water pump' dan penyambungan elektrik adalah di atas kapal.
2018-10-11 Maut dihempap jentera jentolak Ladang, Selangor Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh dan dihempap oleh ,bucket' jentera jentolak. i. Kerusi jentolak tidak dilengkapi tali pinggang keselamatan ii. Tiada HIRARC dan SOP berkenaan operasi pengendalian jentolak di kawasan ladang oleh pihak kontraktor
2018-10-09 Maut kemalangan jalan raya Syarikat Pembersihan, Kedah Mangsa seorang krew kutipan sampah maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah lori yang dinaikinya melanggar belakang lori tipper tanah yang diletakkan di tepi jalan Lori yang dinaiki mangsa telah melanggar lori tipper tanah yang diletak di tepi jalan yang mengakibatkan mangsa maut dan 3 rakan mangsa yang lain cedera
2018-10-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Melaka Mangsa seorang pekerja sub kontraktor maut setelah terjatuh pada ketinggian 8 meter ke dalam lubang pembentungan. i. Tiada SOP bagi kerj-kerja pembinaan pembentungan ii. Tiada SOP bagi kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku kecemasan dalam lubang pembentungan iii. Tiada latihan pada pekerja bagi kerja-kerja berkaitan iv. Mesin angkat tiada CF yang sah
2018-10-08 Maut dihempap objek Syarikat Pengangkutan, Selangor Mangsa seorang pemandu lori syarikat pengangkutan maut setelah dihempap kontena yang terjatuh semasa proses pemindahan kontena i. Safety pin (twist lock kontena) yang berfungsi untuk mengikat kontena daripada bergerak tidak dipasangkan dengan secara sempurna. ii. Permukaan jalan tidak rata dan tinggi sebelah boleh menyebabkan kontena menggelongsor iii. Gagal membuktikan rekod latihan bagi pemandu iv. Gagal melaporkan kemalangan kepada pihak Jabatan
2018-10-05 Maut tersepit bahagian bracket conveyor Ladang sawit, Johor Mangsa seorang pekerja ladang maut tersepit bracket conveyor semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan conveyor i. Tiada SOP bagi kerja penyenggaraan conveyor ii. Tiada HIRARC kerja berkaitan iii. Gagal mengadakan latihan, arahan dan maklumat iv. Gagal mengadakan tempat kerja yang selamat
2018-10-05 Maut dihentam objek terbang Kilang, Selangor Mangsa seorang pekerja kilang maut setelah dihentam pintu autoclave yang tebuka dan terbang ke arah mangsa *tiada maklumat
2018-10-04 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Selangor Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor maut setelah terjatuh dari tingkat 9 semasa membuat kerja-kerja pemasangan aluminium formwork i. Tiada pagar pada tepian terbuka ii. Pemakaian PPE full body harness yang tidak betul iii. Kerja-kerja pemasangan pelantar kerja dan cara pemindahan komponen kerja tidak mengikut method statement
2018-09-23 Maut tersepit jentera goods hoist Restoran, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja penghantar ayam maut setelah tersepit di antara bahagian atas sangkar dan dinding luar lubang shaf jentera goods hoist i. Menyita jentera goods hoist dan mengeluarkan notis JKJ 110
2018-09-18 Maut terhimpit traktor Ladang, Perak Mangsa seorang pekerja am berkerja sebagai pemandu traktor pemotong rumput maut terhimpit di dalam traktor setelah traktor tersebut terbalik di dalam parit berkedalaman 10 kaki i. HIRARC perlu semakan semula ii. SOP perlu semakan semula
2018-09-18 Maut dihempap jentera eskavator Tapak bina, Sarawak Mangsa seorang pemandu jentera jengkaut maut dihempap jentera eskavator setelah jentera tersebut yang dipandu mangsa hilang kawalan keseimbangan dan terbalik menuruni cerun i. tiada pendaftaran tempat kerja (kerja tapak bina) ii. Gagal mengemukakan rekod SOP bagi aktiviti berkaitan iii. Gagal mengemukakan rekod latihan iv. Gagal mengemukakan rekod PPE
2018-09-06 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja tapak bina maut setelah terjatuh dari tingkat 6 semasa cuba menuruni tangga sementara platform perancah. i. Akses laluan kepada platform tangga sementara tidak selamat. ii. Tepian terbuka yang tiada pengadang yang selamat
2018-09-02 Maut terkena mata mesin Rotary Kilang Kayu, Kedah Mangsa seorang operator mesin maut setelah tergelicir dan terjatuh ke bahagian bawah mesin semasa sedang membuat kerja-kerja pembersihan di bahagian atas mesin Rotary. i. Tiada HIRARC bagi aktiviti berkaitan ii. Tiad SOP bagi kerja berkaitan iii. Gagal menyediakan latihan bagi aktiviti berkaitan iv. Gagal melaporkan serta-merta kemalangan maut v. Gagal mengambil kerja OYK bertindak sebagai SHO
2018-09-01 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang Sawit, Pahang Mangsa maut setelah terjatuh ke bawah pada ketinggian 12 meter semasa membuat kerja-kerja membaiki atap . i. Mangsa tidak memakai abah-abah dan 'lifeline'. ii. Tiada penyeliaan oleh majikan utama dan kontraktor
2018-08-28 Maut tersepit antara lori dan pokok sawit Ladang Sawit, Sarawak Mangsa seorang pekerja buruh ladang (spray) maut akibat tersepit antara lori dan pokok sawit setelah mangsa yang menumpang lori tersebut hilang kawalan dan terbalik semasa menuruni bukit. i. Tiada rekod latihan pekerja bagi pemanduan traktor. ii. Tiada tanda amaran bagi jalan-jalan berbahaya dikawasan ladang.
2018-08-26 Maut dihempap timbunan kayu Kilang, Kedah Mangsa seorang pekerja am maut setelah dihempap kayu bundle dan mengalami pendarahan teruk di kepala. i. Tiada HIRARC bagi aktiviti berkaitan ii. Tiada SOP bagi kerja berkaitan
2018-08-24 Maut akibat hentaman objek Tapak bina, Selangor Mangsa seorang pekerja subkontrak maut akibat hentaman objek paip yang pecah semasa membuat kerja-kerja pengujian tekanan air pada paip bawah tanah. i. Kemalangan tidak dilaporkan kepada JKKP ii. Tiada dokumen KKP bagi aktiviti yang dijalankan. iv. Tiada SHO dan SSS dilantik bagi projek berkos RM 42 juta
2018-08-24 Maut terjatuh ke dalam longkang Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja buruh tapak bina maut setelah terjatuh ke dalam longkang setinggi kira-kira 1.5 meter. i. Majikan tidak melaporkan kejadian kemalangan maut ke JKKP
2018-08-20 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa maut setelah terjatuh dari 'cage platform' semasa membuat kerja 'jacking cage platform' dari tingkat 15 ke tingkat 17. Mangsa dipercayai telah terjatuh dari 'cage platform' di tingkat 17 ke tingkat 9. i. Tiada SOP bagi kerja-kerja pemasangan 'Cage Platform' ii. Terdapat aktiviti melibatkan tepian terbuka yang tidak dihadang.
2018-08-19 Maut akibat terperangkap dalam objek berputar Kuari, Sarawak Mangsa seorang pekerja kuari maut setelah tangan sebelah kiri terputus akibat ditarik masuk ke dalam jentera yang berputar (nip point conveyor) semasa cuba membuang batu yang tersangkut menggunakan 'scoop shovel'. i. Tiada SOP bagi aktiviti penyelenggaraan jentera 'conveyor'. ii. Tiada rekod latihan pekerja. iii. Tiada rekod HIRARC
2018-08-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sarawak Mangsa seorang pekerja am binaan maut setelah terjatuh semasa membuat kerja-kerja pemasangan bumbung atap
2018-08-11 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pahang Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah terjatuh dari aras 39 ke aras 3 semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di atas cantilever platform yang tiba-tiba runtuh. i. Terdapat tepian terbuka yang tidak di adang. Ii. Centilever platform yang tidak selamat.
2018-07-20 Maut dihempap batu bata Tapak bina, Melaka Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah dihempap batu bata i. Tiada SOP bagi kerja-kerja lifting ii. Tiada SOP bagi kerja-kerja di tempat tinggi
2018-07-17 Maut dibawah runtuhan dinding konkrit Kilang, Kedah Mangsa seorang pekerja am maut akibat dihempap dinding kilang yang runtuh Prosedur kerja tidak selamat
2018-07-16 Maut akibat terlanggar objek tumbang Tapak bina, Johor Mangsa merupakan orang awam maut setelah terjatuh dari motorsikal akibat terkena tiang telekom yang tumbang berhampiran tempat kerja baik pulih longkang.
2018-07-16 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Melaka Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah terjatuh dari tingkat 7 semasa membawa turun perancah. i. Tiada latihan bekerja tempat tinggi (rekod) ii. Tiada penggunaan PPE
2018-07-13 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Selangor Mangsa seorang penyelia pengeluaran maut setelah terjatuh dari bumbung pada ketinggian 9.4 meter i. Mangsa disyaki menggunakan perancah yang tidak selamat untuk naik ke bumbung
2018-07-07 Maut terlanggar lori tanah Tapak bina, Sarawak Mangsa merupakan orang awam maut setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan pelanggaran antara lori tanah tapak bina dan kenderaan awam. i. Disyaki kenderaan awam dipandu laju dan tidak sempat membrek setelah lori tanah keluar melintasi jalan.
2018-06-30 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja binan maut setelah terjatuh dari platform perancah pada ketinggian 7.2 meter Tiada pengadang rel yang selamat pada perancah
2018-06-19 Maut ditimpa ketulan bata Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah ditimpa satu ketulan bata dari tingkat 18 semasa melakukan kerja-kerja pembersihan
2018-06-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Universiti, Kedah Mangsa seorang pekerja kontrak bagi menjalankan kerja-kerja kawalan makhluk perosak maut setelah terjatuh dari tingkat 4 i. Tiada prosedur kerja selamat. ii. Tiada HIRARC. ii. Tiada pemakaian PPE oleh mangsa
2018-06-08 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sabah Mangsa seorang pekerja subkontrak bagi kerja pemasangan panel formwork maut setelah terjatuh dari ketinggian lebih kurang 22 meter i. Pelantar kerja tidak sesuai. ii. Tiada penggunaan PPE. iii. Pemasangan perancah tidak mengikut spesifikasi Jurutera Professional.
2018-06-08 Maut tersepit dalam kenderaan Ladang, Sabah Mangsa seorang pemandu lori maut akibat tersepit di dalam kabin lori akibat daripada lori yang dibawanya hilang kawalan dan memasuki ke dalam anak sungai Laluan jalan yang kurang memuaskan
2018-06-07 Maut akibat letupan Tapak bina, Pahang Mangsa seorang pekerja am maut akibat letupan semasa membuka kunci kabinet dan terpelanting sejauh 35 kaki i. Tiada SOP ii. Tiada HIRARC
2018-04-28 Maut akibat letupan dan terbakar Kilang, Johor Mangsa seorang pekerja kontrak elektrikal maut semasa membuat kerja pemeriksaan panel elektrik di Lower Voltage (LV) Room. Mangsa maut akibat letupan dan telah terbakar di bilik LV tersebut. Mangsa disahan meninggl dunia pada 30 Jun 2018 Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat
2018-04-20 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Johor Semasa kejadian, mangsa seorang pekerja am sedang melalui bumbung plastik PVC. Mangsa terjatuh apabila kayu penyokong bumbung patah pada ketinggian 10 meter i. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja di tempat tinggi. ii. Tiada HIRARCdi tempat kerja iii. Tiada SHO dan SHC
2018-04-01 Maut dilanggar lori Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja am maut dirempuh dan digilis sebuah lori membawa muatan batu 'crusher run' i. Tiada SOP ii. Gagal menyediakan tempat kerja yang selamat pada pekerjanya
2018-03-30 Maut digilis jentera telescopic boom lift Tapak bina, Johor Semasa kejadian, mangsa seorang pekerja binaan sedang tidur di hadapan pintu masuk premis yang masih dalam pembinaan, mangsa maut setelah digilis jentera telescopic boom lift yang memasuki premis bagi tujuan memasang saluran pencegah kebakaran
2018-01-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah terjatuh dari tingkat 3 dan dihempap oleh konkrit dan perancah Tiada prosedur kerja selamat dan Method statement bagi berkaitan penyeliaan pembinaan dan kestabilan penyangga
2017-12-14 Maut terjatuh ke dalam laut dan lemas Pelabuhan, Pulau Pinang Mangsa seorang supervisor disyaki telah terjatuh ke laut dalam dan lemas i. Tiada penyeliaan oleh majikan ii. Tiada pengadang di kawasan kerja iii. Permit kerja tidak ditandatangani oleh 'Approving Authority' pada tarikh kejadian. iv. Pekerja tidak memakai 'Safety jacket' dan 'full body hardness' untuk aktiviti kerja tersebut
2017-12-06 Maut di dalam lubang lif Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa seorang pekerja subkontraktor ditemui mati di dalam lubang lif Tiada pengadang bagi tepian lantai terbuka
2017-09-11 Maut dilanggar shovel Kilang, Pulau Pinang Mangsa seorang pemandu lori maut dilanggar oleh shovel semasa menuju ke pondok pengawal untuk mengambil job sheet. Mangsa meninggal di hospital
2017-08-11 Maut ditimpa kren terbalik Tapak bina, Sarawak Sebuah kren bergerak telah terbalik lalu menghempap 2 orang pekerja. Ketika kejadian, kren tersebut sedang melakukan kerja mengangkat sebelum terbalik akibat hilang keseimbangan Tiada operasi kerja selamat semasa kerja mengangkat menggunakan kren
2017-07-11 Maut dihempap hook block Tapak bina, Johor Mangsa seorang pekerja binaan maut setelah ditimpa hook blok kren menara. Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja housekeeping
2017-07-08 Maut tersepit Tapak bina, Sarawak Mangsa tersepit antara slab dan dinding konkrit akibat dari tanah runtuh dan menimpa slab Tiada Prosedur Operasi Selamat
2017-07-04 Maut tersepit Goods Hoist Kedai aksesori, Kedah Mangsa seorang pekerja kedai ditemui maut selepas tersepit pada Goods Hoist semasa memindahkan barang
2017-05-24 Maut digilirs lori Tapak bina, Sarawak Mangsa melompat keluar dari lori yang gagal dikawal lalu terjunam. Mangsa digilis oleh tayar lori tersebut. Pemandu tidak terlatih
2017-05-02 Maut dihempap tangki minyak Gudang, Sarawak Mangsa seorang penyelia maut ditimpa tangki minyak yang diangkat menggunakan forklift
2017-05-02 Maut terkena renjatan elektrik Bengkel kereta, Sarawak Mangsa seorang mekanik terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki wayar plug 3 pin
2017-04-04 Maut ditimpa kayu balak Log pond, Sarawak Mangsa ditimpa kayu balak yang terlucut dari ikatan. Kayu balak tersebut diikat sebelum dipindah ke kapal menggunakan kren Tiada Prosedur Operasi Selamat
2017-03-28 Maut tersepit conveyor Kilang, Sarawak mangsa tersepit semasa sedang membersihkan conveyor Jentera tiada pengadang
2017-03-24 Maut tersepit jentera Kilang, Selangor Mangsa pada ketika kejadian sedang membuat pembaikan pada jentera yang tidak berfungsi. Secara tiba-tiba, jentera tersebut bergerak lalu menghimpit kepala mangsa. Mangsa meninggal di tempat kejadian. Bekalan kuasa mesin tersebut tidak diputuskan terlebih dahulu sebelum lakukan kerja pembaikan
2017-03-23 Maut dihempap balak Kilang, Terengganu Mangsa seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak yang menggelungsur turun dari lori ketika mangsa membuka rantai besi pengikat
2017-03-22 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Seorang tukang kayu terjatuh dari tingkat 4 semasa sedang membuka formwork Tidak memakai Safety Harness semasa bekerja di tempat tinggi
2017-03-11 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa maut terjatuh dari tempat tinggi setelah terkena bucket berisi pasir yang diangkat menggunakan kren Persekitaran tempat kerja tidak selamat
2017-02-22 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Sarawak Mangsa terjatuh setelah hilang kesimbangan badan semasa kerja-kerja pemasangan formwork di tingkat 7 1) tepian terbuka tidak diadang 2) gagal sediakan akses /working platform untuk pekerja
2017-02-15 Maut dilanggar forklift Tempat simpanan gas, Sarawak Mangsa merupakan pelanggan maut dilanggar oleh forklift. Mangsa pada ketika kejadian sedang menunggu silinder gas untuk dipindahkan ke atas lori mangsa 1) tiada laluan khas untuk forklift 2) Gagal dari aspek pemantauan ke atas pelanggan luar yang datang ke tempat kerja
2017-02-13 Maut lemas Tapak bina, Sarawak Mangsa merupakan pekerja binaan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Tiada pemantauan dari majikan
2017-02-10 Maut dihempap forklift Kilang, Sarawak Forklift yang dipandu mangsa terbalik semasa sedang membuat pusingan U. Forklift tersebut telah menghempap mangsa 1) Jentera tidak selamat untuk dikendalikan 2) Tiada latihan diberikan kepada pemandu
2017-02-10 Maut dihempap sawn timber Pelabuhan, Sarawak Mangsa ditugaskan untuk memindahkan kargo sawn timber ke dalam kapal. Mangsa telah dihempap oleh sawn timber yang terbalik
2017-02-03 Maut terhidu gas beracun Jeti, Sarawak Mangsa maut terhidu gas beracun semasa mengepam air dalam perut tongkang Tiada Prosedur Operasi Selamat
2017-01-11 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa seorang pekerja binaan jatuh dari ketinggian 15 meter ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan parapet wall 1) Safety harness tidak dicangkuk di life line 2) tiada pengadang di tepian terbuka
2016-10-29 Maut terkena renjatan elektrik Kilang, Sarawak Mangsa maut terkena renjatan elektrik semasa membuang tumbuhan menjalar pada "stay wire". Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-10-15 Maut dihempap hook block dan beban Tapak Bina, Kuala Lumpur Mangsa maut akibat dihempap dengan sebuah hook block kren menara "wire rope" putus
2016-09-16 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina , P.Pinang Mangsa jatuh semasa berjalan di wooden planks menuju ke perancah bersebelahan Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-08-02 Maut terkena renjatan elektrik Tiang Elektrik Pole 8, Simpang Issu Bangat, Sarawak Mangsa maut terkena renjatan elektrik semasa mengikat yellow phase conductor. Tiada komunikasi
2016-07-21 Maut terhimpit kontena Pelabuhan, Pulau Pinang Seorang pemandu treler maut dihimpit kontena sepanjang 40 kaki semasa cuba membuat pusingan-U
2016-07-21 Maut terhimpit kontena Pelabuhan, Pulau Pinang Seorang pemandu treler maut dihimpit kontena sepanjang 40 kaki semasa cuba membuat pusingan-U
2016-07-17 Maut dihempap pagar Sekolah, Sarawak Mangsa maut ditimpa pagar semasa mangsa cuba menutup pintu pagar yang tersekat
2016-07-17 Maut dihempap pagar Sekolah, Sarawak Mangsa maut ditimpa pagar semasa mangsa cuba menutup pintu pagar yang tersekat
2016-07-02 Maut dihempap lori Kem balak, Sarawak Mangsa yang membawa lori maut akibat lori yang dibawa terjatuh ke dalam gaung Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-07-02 Maut dihempap lori Kem balak, Sarawak Mangsa yang membawa lori maut akibat lori yang dibawa terjatuh ke dalam gaung Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-06-29 Maut terkena renjatan elektrik Tapak Bina, Sarawak Mangsa pada ketika kejadian sedang mendirikan tiang telefon menggunakan 'lorry loader'. Mangsa terkena renjatan elektrik kerana boom lorry loader terkena wayar hidup Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-06-29 Maut terkena renjatan elektrik Tapak Bina, Sarawak Mangsa pada ketika kejadian sedang mendirikan tiang telefon menggunakan 'lorry loader'. Mangsa terkena renjatan elektrik kerana boom lorry loader terkena wayar hidup Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-06-24 Lemas terjatuh dalam lubang Tapak bina, Pahang 2 mangsa maut akibat lemas semasa bermain-main di tapak bina. Mangsa terjatuh ke dalam lubang Gagal menyediakan tanda amaran
2016-06-24 Lemas terjatuh dalam lubang Tapak bina, Pahang 2 mangsa maut akibat lemas semasa bermain-main di tapak bina. Mangsa terjatuh ke dalam lubang Gagal menyediakan tanda amaran
2016-06-10 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh dari tingkat 11 semasa sedang memasang ducting aircond Tidak memakai Safety Harness semasa bekerja di tempat tinggi
2016-05-27 Maut terkena renjatan elektrik Tapak Bina, Sarawak Mangsa terkena renjatan elektrik akibat tersentuh lori mixer yang tersangkut pada talian elektrik
2016-05-27 Maut tertimbus tanah Tapak Bina, Sarawak Mangsa tertimbus selepas tanah runtuh semasa sedang memasang papan formwork pada dinding parit 1) Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja dalam trench
2) Gagal dalam menyediakan HIRARC
2016-05-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa terjatuh dari ketinggian 33 kaki. Ketika kejadian mangsa sedang bekerja di atas mobile scaffold Tidak memakai PPE
2016-05-14 Maut dihempap forklift Pelabuhan, Johor Mangsa maut dihempap forklift yang terbalik semasa sedang memandu keluar forklift dari trak. Tayar belakang forklift tergelincir dari ramp menyebabkan ia terbalik. Mangsa melompat keluar namun forklift tersebut jatuh menimpa mangsa
2016-05-13 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Melaka Mangsa terjatuh dari ketinggian 40 kaki semasa sedang melakukan kerja-kerja membaikpulih bumbung kilang Tidak menggunakan safety belt
2016-04-24 Maut dihempap guni berisi beras Kilang, Pulau Pinang Mangsa ditimpa guni yang mengandungi beras semasa sedang melakukan kerja menampal guni yang bocor Tiada pemantauan dari penyelia
2016-04-23 Maut dilanggar forklift Kilang, Sarawak Mangsa dilanggar oleh forklift semasa sedang berjalan di kawasan kilang Tiada laluan khas untuk pejalan kaki
2016-04-11 Maut tersepit roller conveyor Kilang, Melaka Mangsa tersepit pada roller conveyor Jentera tiada pengadang
2016-03-29 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa maut setelah terjatuh dari tingkat 20. Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik
2016-03-28 Maut terhidu gas beracun Jeti, Sabah Mangsa maut selepas terhidu gas H2S semasa memindahkan kotak yang mengandungi ikan Gagal menggunakan peralatan keselamatan yang sesuai seperti SCBA
2016-03-25 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pahang Mangsa terjatuh dari tingkat 12 ke tingkat 6 semasa menjalankan kerja-kerja 'plastering' 1) Tiada prosedur operasi selamat
2) Tiada pemantauan dari majikan
3) Gagal menyediakan tali nyawa untuk kerja-kerja di tempat tinggi
2016-03-18 Maut digilis traktor Perladangan, Pahang Semasa kejadian, traktor yang membawa trailer muatan buah sawit diletakkan diatas jalan yang berbukit. Secara tiba-tiba traktor tersebut bergerak dan melanggar mangsa Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-03-14 Maut dilanggar shovel Kilang, Kedah Mangsa maut dilanggar shovel semasa menjalankan kerja-kerja mengasingkan buah kelapa sawit
2016-03-14 Maut dihempap boom kerin Bengkel, Pulau Pinang Mangsa maut dihempap komponen boom kerin semasa menjalankan kerja-kerja baik pulih kerin Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-03-10 Maut di hempap jentera berat Litar Ujian, Pahang Mangsa merupakan jurulatih kursus pemanduan maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama pelatih terbalik semasa mendaki bukit Tiada Prosedur Operasi Selamat
2016-03-05 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Johor Seorang pekerja maut terjatuh dari tingkat 6 semasa menjalankan kerja-kerja mengikat kabel di tepian lantai bangunan Tepian terbuka tidak ditutup
2016-02-29 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Johor Mangsa merupakan orang awam dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih kurang 5 meter semasa berada di tapak bina Kelemahan dalam aspek pengurusan di tapak bina khususnya aspek keluar masuk ke tempat kerja
2016-02-22 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Johor Mangsa terjatuh melalui tepian terbuka pada ketinggian lebih kurang 20 meter Tepian terbuka tidak diadang
2016-01-26 Maut terjatuh dari tempat tinggi Rumah persendirian, Sarawak Mangsa pada masa kejadian sedang menjalankan kerja-kerja mengukur atap. Mangsa terjatuh kebawah dari ketinggian 11 kaki setelah memijak atap Mangsa tidak memakai sebarang peralatan PPE
2016-01-11 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Sarawak Mangsa sedang bekerja diatas bumbung zink yang berada pada ketinggian 7.7 meter. Mangsa terjatuh setelah bumbung yang dipijak pecah. Mangsa meninggal dunia di hospital Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja di tempat tinggi
2016-01-11 Maut tertimbus Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa bekerja sebagai detector untuk mengesan sebarang utiliti, kabel elektrik atau bahan berbahaya di dalam tanah. Ketika kejadian, mangsa berada di dalam lubang bagi mengesan objek di dalam tanah. Secara tiba-tiba tanah runtuh dan menimpa mangsa ke paras dada
2016-01-06 Maut digilis shovel Pelabuhan, Pahang Kejadian berlaku ketika mangsa sebagai stevedore berjalan menuju ke shovel yang sedang bekerja. Pemandu shovel tidak menyedari kejadiran mangsa dan terus melanggar dan menggilis mangsa Kaedah komunikasi yang tidak berkesan antara stevedore dan pemandu
2016-01-02 Maut akibat lemas Tempat peranginan, Sarawak Mangsa lemas semasa mandi di kolam tanpa ditemani oleh ibu bapa
2015-12-18 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa jatuh semasa melalui bukaan antara papan-papan kayu yang disusun. Mangsa terjatuh dari tingkat 6 ke tingkat 1 1) Penyeliaan yang kurang daripada pihak majikan
2) Lantai terbuka
2015-12-17 Maut di hempap Forklift Tapak kuari, Sabah Semasa mangsa memandu forklift menuruni bukit dan secara tiba-tiba forklift tergelincir dan terbalik. Mangsa tersepit dibawah forklift Permukaan jalan yang licin
2015-12-16 Maut ditimpa kayu balak Kem balak, Sarawak Mangsa yang bekerja sebagai penebang maut ditimpa pokok balak semasa menjalankan aktiviti menebang pokok
2015-12-10 Maut terkena renjatan elektrik Tapak bina, Sarawak Mangsa terkena renjatan elektrik semasa membaiki soket tanpa mematikan set jana kuasa Perlakuan tidak selamat
2015-11-28 Maut akibat lemas Tapak bina, Sabah Mangsa dipercayai lemas dalam takungan air yang meningkat secara mendadak semasa sedang membaiki paip air yang bocor
2015-11-28 Maut dihimpit kontena Gudang, Johor Mangsa, seorang pengawal keselamatan terhimpit antara 2 kontena semasa pemandu lori sedang melakukan kerja-kerja penyambungan antara Prime Mover dengan lori kontena
2015-11-20 Maut terjunam ke dalam gaung Kem Balak, Sarawak Mangsa yang merupakan pemandu trak tejatuh ke dalam gaung semasa melalui jalan berbukit Permukaan jalan yang licin
2015-11-15 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pahang Mangsa terjatuh pada ketinggian 19 meter setelah dihentam oleh paip yang tercabut semasa melakukan kerja-kerja pembersihan Tiada prosedur kerja selamat
2015-11-07 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa tergelincir dan terjatuh pada ketinggian 7 meter semasa sedang melakukan kerja. Mangsa telah ditugaskan untuk mencuci tingkap diluar bangunan. Terdapat kesan putus pada lanyards yang digunakan oleh mangsa
2015-10-31 Maut dilanggar traktor Kilang, Sarawak Mangsa dilanggar oleh traktor semasa berjalan menuju ke stesen dandang. Hujan turun dengan lebat semasa kejadian Persekitaran kerja tidak selamat
2015-10-26 Maut dihempap bucket kren menara Tapak Bina, WPKL Kejadian berlaku ketika proses mengangkat bucket berisi pasir seberat 1.2 tan. Mangsa ketika kejadian berada dibawah radius operasi mengangkat. Secara tiba-tiba bucket diangkat jatuh kebawah Kegagalan pada sistem hoisting
2015-10-25 Maut dihempap lori Perladangan, Pahang Mangsa seorang pemandu lori membawa buah sawit menuju ke kilang melalui jalan berbukit. Lori yang dinaiki terbalik dan jatuh ke bawah tebing akibat tayar belakang lori termasuk ke dalam lubang yang terhasil akibat hakisan tanah Majikan gagal menyediakan laluan selamat di tempat kerja
2015-10-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa terjatuh semasa sedang bekerja mencuci dinding plaster seorang diri di tingkat 14 1)Tiada penyeliaan oleh penyelia
2)Tidak memakai abah-abah keselamatan
2015-10-16 Maut digilis conveyor Kilang, Sarawak Kejadian berlaku ketika mangsa bersama rakan sedang membuat penyelenggaraan kobocoran paip hydraulic press. Rakan mangsa terus menghidupkan mesin tanpa mengetahui mangsa masih berada didalam mesin mengakibatkan mangsa ditarik dan digilis oleh conveyor 1)Tiada penyeliaan daripada penyelia
2)Tiada sistem lock out tag out (LOTO)
3)Prosedur Operasi Selamat tidak dipatuhi
2015-10-16 Maut dilanggar forklift Gudang, Sarawak Mangsa memberhentikan forklift untuk membuka pagar gudang. Tiba-tiba, forklit bergerak ke hadapan dan batang fork forklift telah menghimpit betis kaki kanan mangsa Majikan gagal menyediakan latihan pada pemandu forklift
2015-10-15 Maut dilanggar lori Bahu jalan, Pahang 2 pekerja maut dilanggar lori semasa sedang melakukan kerja-kerja bagi mengenalpasti kerosakan pada fibre optic cable Tiada papan tanda keselamatan dan kon diletakkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan
2015-10-10 Maut terhimpit kabin Lombong Biji Besi, Pahang Kemalangan berlaku semasa mangsa memandu shovel menuruni bukit. Kenderaan tersebut tidak dapat dikawal menyebabkan ia jatuh di tepi tebing pada ketinggian lebih kurang 15 kaki dan mangsa terhimpit dalam kabin pemandu
2015-10-07 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sarawak Mangsa bertugas sebagai Signalman. Mangsa terjatuh semasa sedang bekerja. Ketika kejadian, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut
2015-10-03 Maut dihempap boom kerin Tapak bina, Pulau Pinang Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja mengangkat. Secara tiba-tiba boom kerin jatuh dan menghempap kabin operator kerin Swing lock pin telah tertanggal menyebabkan boom kerin jatuh
2015-10-01 Maut dihempap Support Formwork Tapak bina, WPKL Kemalangan berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja merombak support formwork Tidak mengikut prosedur kerja selamat
2015-09-30 Maut tersepit antara dua jentera Kawasan penyimpanan sementara, Sarawak Mangsa tersepit antara forklift dan lorry loader semasa cuba mengalihkan forklift menggunakan lori tersebut
2015-09-28 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sarawak Mangsa dijumpai ditingkat 15 diatas car top passenger hoist yang tidak digunakan. Kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkat 20. Mangsa bukan pekerja tapak pembinaan tersebut
2015-09-21 Maut sabit terkena leher Perladangan, Johor Mangsa maut terkena sabit yang diletakkan pada bahunya
2015-09-19 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh pada ketinggian 64 meter. Mangsa dalam perjalanan turun ke tingkat bawah menerusi jalan singkat iaitu dengan menggunakan perancah tanpa melalui tangga yang disediakan. Perlakuan tidak selamat
2015-09-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa sedang melakukan kerja-kerja memasang plywood di tingkat 2 sebelum terjatuh dari ketinggian lebih kurang 6 meter. 1) Persekitaran kerja yang tidak selamat
2) PPE yang dibekalkan tidak mencukupi
2015-09-07 Maut dihempap bata binaan Sekolah, Kelantan Mangsa seorang pelajar sekolah maut dihempap dinding yang masih dalam pembinaan
2015-09-03 Maut akibat tersepit traktor Ladang kelapa sawit, Sarawak Mangsa terjatuh bersama traktor semasa melalui jalan yang curam
2015-08-26 Maut jatuh ke dalam lubang Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa maut setelah terjatuh ke dalam lubang yang dikorek
2015-08-18 Maut tersepit jengkaut Tapak bina, Pahang Mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan tebing sungai. Tebing yang menempatkan jengkaut dikawal mangsa tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa bersama jengkaut terbalik ke dalam sungai. Mangsa tersepit didalam kabin 1)Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja pengorekan tebing sungai
2)Tiada pengawasan daripada penyelia
2015-08-16 Maut tersepit jentolak Hutan Simpan, Pahang Mangsa merupakan pemandu jentolak menarik kayu balak menggunakan winch ditepi lereng bukit. Tiba-tiba enjin jentera tersebut mati dan jentolak menggelunsur secara mengiring dan terus terbalik ke bawah menyebabkan mangsa tersepit
2015-08-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Selangor Mangsa terjatuh semasa melakukan kerja-kerja membuka kren menara
2015-08-10 Maut dihempap counterweight passenger hoist Tapak Bina, WPKL Kemalangan berlaku semasa mangsa sedang menyelenggara Passenger Hoist. Tiba-tiba jentera tersebut beroperasi tanpa disedari mangsa menyebabkan counterweight seberat 3 tan menghempap bahagian belakang mangsa
2015-08-08 Maut tertimbus Tapak bina, Pulau Pinang Tiga pekerja maut akibat tertimbus batu bata dan konkrit semasa melakukan kerja-kerja mengikat batu bata. Kemalangan berlaku akibat pusaran angin yang amat kuat menyebabkan runtuhan kepada batu bata yang belum siap disimen Faktor persekitaran iaitu pusaran angin
2015-07-29 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Sarawak Semasa kejadian mangsa bekerja atas "loading platform" di tingkat 9. Mangsa sedang membuka sling wire pada bucket yang berisi pasir. Secara tiba-tiba loading platform patah dan mengakibatkan mangsa jatuh kebawah 1)Mangsa tidak memakai aba-abah keselamatan
2)Beban yang ditampung melebihi jumlah beban kerja selamat bagi loading platform
2015-07-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Kemalangan berlaku semasa mangsa sedang menampal bahagian bocor diatas bumbung. Mangsa tergelincir dan jatuh kebawah dalam ketinggian lebih kurang 45 kaki Mangsa tidak memakai abah-abah keselamatan
2015-07-07 Maut tertimbus tanah Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa sedang menjalankan kimpalan pada collar paip , tiba-tiba timbunan tanah dibelakang mangsa telah terjatuh dan mengakibatkan mangsa tertimbus Prosedur kerja tidak selamat
2015-07-03 Maut dihempap objek Tapak Bina, WPKL Mangsa seorang pekerja sedang berjalan di kawasan kerja dimana secara tiba-tiba sebatang besi "Hollow Pipe" dipercayai jatuh dari tingkat atas dan telah mengenai kepala mangsa Topi keselamatan mangsa pecah
2015-07-03 Maut dihempap formwork Tapak Bina, WPKL Kemalangan berlaku semasa kerja-kerja konkrit sedang dijalankan, dengan tiba-tiba formwork telah runtuh menghempap mangsa Prosedur kerja tidak selamat
2015-06-26 Terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh kebawah setelah bekas konkrit yang diangkat oleh kren menara jatuh menimpa struktur perancah tempat mangsa bekerja Jentera gagal berfungsi dengan baik
2015-06-23 Maut terkena renjatan elektrik Limbungan kapal, Sarawak Mangsa maut terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja penyambungan wayar 1)Kotak suis elektrik tidak diselenggara dengan baik
2)Tiada pemantauan oleh majikan
2015-06-23 Maut tersepit mesin pengasingan sampah Tapak Pelupusan Sampah, Pahang Mangsa memasuki mesin untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Rakan mangsa tidak menyedari mangsa berada dalam mesin tersebut terus menghidupkan mesin tersebut Tiada prosedur kerja selamat
2015-06-22 Maut dihempap lantai konkrit Tapak bina, Melaka Mangsa yang maut seramai 3 orang semasa kerja-kerja merombak perancah, lantai (slab) berkenaan telah runtuh dan menghempap semua mangsa.
2015-06-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh ketika menjalankan kerja membina staircase formwork 1)Tiada prosedur kerja selamat untuk bekerja di tempat tinggi
2)Tiada penyeliaan
3)PPE yang tidak sesuai
2015-06-16 Maut terkena serpihan besi Kilang, Pulau Pinang Serpihan besi telah mengenai badan semasa mangsa sedang menjalankan kerja 'punching' ke atas produk logam 1) Tiada prosedur kerja selamat
2) Mesin tidak diadang/dipagar
2015-06-16 Maut ditimpa kayu balak Hutan Simpan, Negeri Sembilan Mangsa yang bekerja sebagai penebang maut ditimpa pokok balak semasa menjalankan aktiviti menebang pokok
2015-06-12 Maut akibat hentaman bar besi Pusat pelupusan, Pulau Pinang Excavator yang bergerak secara mengundur telah menindih hujung bar besi menyebabkan bar besi terjongket dan menghentam badan mangsa. Mangsa ketika kejadian berada di kawasan operasi excavator tersebut Prosedur Kerja tidak selamat
2015-06-09 Maut terjatuh curam bersama excavator Perhutanan, Sarawak Mangsa terjatuh ke bawah semasa sedang mengoperasikan excavator berdekatan dengan kawasan curam Kawasan lokasi yang licin
2015-06-02 Maut dibaham harimau Zoo, Melaka Mangsa yang merupakan seorang penjaga kandang ditemui mati semasa melakukan kerja-kerja pembersihan dan memberi makan kepada harimau. Mangsa dijumpai terbaring bersebelahan seekor harimau Prosedur kerja selamat yang tidak jelas
2015-05-28 Maut terkena objek yang terpelanting Kilang, Johor Seorang pekerja ditemui maut akibat terkena serpihan besi yang terpelanting semasa sedang mengendalikan mesin pengisar 1) prosedur kerja tidak selamat
2) mesin tidak diadang/dipagar
2015-05-24 Maut ditimpa runtuhan 'platform staging (falsework)' Tapak bina, Kuala Lumpur Seorang pekerja maut ditimpa runtuhan falsework semasa kerja-kerja membuka falsework dijalankan Prosedur kerja tidak selamat
2015-05-22 Maut digilis jentera ladang Perladangan, Sabah Mangsa digilis jentera ladang semasa cuba memanjat jentera ladang yang secara tiba-tiba bergerak menuruni curam Kenderaan tidak berada dalam keadaan baik
2015-05-20 Maut terjatuh dari lori Kilang, Sarawak Mangsa terjatuh dari lori yang mengundur Prosedur kerja tidak selamat
2015-05-14 Maut tertimpa objek Tapak bina, Johor Mangsa maut setelah terkena batu yang jatuh Persekitaran kerja tidak kemas dan selamat
2015-05-13 Maut tertusuk besi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa terjatuh semasa menuruni tangga dan tercucuk besi Prosedur kerja tidak selamat
2015-05-10 Maut tersepit dalam kabin lori Gudang, Kedah Mangsa yang merupakan pemandu lori maut tersepit dalam kabin lori setelah dihempap oleh kontena
2015-03-23 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, WP Putrajaya 4 orang pekerja maut apabila passenger hoist yang dinaiki terhempas dari tingkat 10 ke ground floor
2015-03-04 Maut terhimpit objek Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa dilanggar oleh kren bergerak yang berundur kebelakang. Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terhimpit antara kren dan culvert konkrit. Mangsa sedang melakukan rondaan ketika kejadian Kegagalan mematuhi prosedur kerja selamat
2015-02-27 Maut ditimpa reinforcement bar Tapak bina, Kuala Lumpur Kemalangan berlaku ketika mangsa bersama 2 rakan sedang menjalankan kerja-kerja mengikat reinforcement bar. Secara tiba-tiba, beberapa batang reinformecement bar tersebut telah jatuh dan menimpa mangsa Kegagalan mengikut SOP yang telah ditetapkan
2015-02-26 Maut akibat lemas Tapak bina , Pahang Mangsa lemas ketika sedang berenang menyeberangi tasik sambil membawa tali yang digunakan untuk menarik kabel bagi pemasangan kabel menara 1) Tiada prosedur kerja selamat
2) Tidak memakai PPE (jaket keselamatan)
2015-02-23 Maut terbakar Pencawang Elektrik, Kuala Lumpur Kemalangan terjadi ketika kerja penukaran alatsuis di pencawang. Setelah kerja penukaran alatsuis selesai, ketika mangsa hendak melakukan kerja rac in/out alatsuis, berlaku satu percikan arka yang sangat kuat dan menyebabkan 2 pekerja cedera dan 1 maut Litar pintas
2015-02-17 Maut terjatuh dari lori Ladang, Sarawak Ketika kejadian mangsa duduk diatas bucket belakang lori yang sedang bergerak. Pemandu lori terlanggar lubang dan menyebabkan mangsa terjatuh ke bawah Kelakuan tidak selamat
2015-02-16 Maut ditimpa struktur besi Tapak bina, Pulau Pinang Struktur besi yang diangkat lebih kurang 10 kaki terlucut dan menimpa mangsa Prosedur kerja tidak selamat
2015-02-12 Maut dihempap kontena Perhentian bas, Pulau Pinang Mangsa yang merupakan orang awam telah dihempap oleh kontena yang terbalik semasa sedang menunggu di perhentian bas kerja-kerja pemunggahan barang dilakukan di laluan awam
2015-02-08 Maut dihempap gegelung besi Di atas kapal, Pulau Pinang Mangsa dihempap gegelung besi semasa melakukan kerja-kerja mengikat
2015-02-03 Maut dihempap lori kompaktor Jalan Utama, Pahang Kemalangan berlaku akibat perlanggaran antara sebuah kereta dan lori kompaktor menyebabkan lori terbalik dan menghempap mangsa
2015-01-30 Maut akibat kemalangan forklift Stor Penyimpanan, Pulau Pinang Mangsa dikatakan memandu forklift. Ketika kejadian tiada saksi yang melihat. Mangsa ditemui sudah tertiarap dan forklift yang terbalik
2014-12-30 Maut akibat terhimpit jentera Pusat simpanan sekerap, Pulau Pinang Kemalangan berlaku semasa mangsa ditugaskan untuk memeriksa dan menyelenggara jentera magnet excavator. Semasa kerja penyelenggaraan dilakukan, mangsa membuat jump start pada grappler excavator untuk menghidupkan enjin magnet excavator. Tiba-tiba jentera tersebut berpusing menyebabkan mangsa terhimpit di antara kedua-dua jentera tersebut
2014-12-24 Maut akibat tertimbus Tapak bina, Selangor Kemalangan berlaku semasa kerja-kerja konkrit lantai dimana falsework digunakan sebagai penyokong. Tiba-tiba lantai bahagian yang sedang dikonkrit runtuh dan mengakibatkan 2 orang pekerja tertimbus Kemalangan yang berlaku berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh kegagalan struktur
2014-12-22 Maut akibat dihempap pintu gerbang Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa bersama 4 orang pekerja sedang memasang kepingan kayu pada struktur pintu gerbang bangunan pejabat jualan. Semasa kepingan kayu terakhir dipasang, tiba-tiba struktur pintu gerbang mula senget dan runtuh lalu menghempap mangsa
2014-12-20 Maut akibat runtuhan tebing Lombong, Pahang Semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja melombong, berlaku beberapa siri runtuhan menyebabkan mangsa terperangkap. Mangsa ditemui telah meninggal dunia
2014-12-20 Maut akibat digilis oleh lori Pelabuhan, Pahang Kemalangan yang melibatkan seorang pekerja mati digilis oleh lori semasa sedang menunggang motorsikal
2014-12-18 Maut akibat letupan dandang Kilang, Sabah 3 orang pekerja maut kesan daripada dandang yang meletup
2014-12-09 Maut terjatuh dari bumbung Tapak bina, Johor Mangsa bersama 2 orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja penukaran atap yang usang. Semasa mangsa berada di atas bumbung tersebut, mangsa telah memijak salah satu dari atap tersebut tanpa sempat memakai tali pinggang keselamatan. Mangsa telah terjatuh pada ketinggian 10 meter
2014-12-06 Maut terkena renjatan elektrik Tapak bina, Johor Mangsa maut terkena renjatan elektrik. Mangsa dipercayai sedang melakukan kerja-kerja kimpalan dalam ruang terkurung Tiada prosedur kerja selamat
2014-12-01 Maut dihempap beam Tapak bina, Kuala Lumpur Semasa kejadian, 3 orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja memasang batu-bata dimana secara tiba-tiba ?slab? struktur binaan telah runtuh. Mangsa telah ditimpa ?beam? dan disahkan meninggal oleh pihak ambulans Kegagalan struktur menampung beban berlebihan
2014-11-25 Maut akibat ditindih objek Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa bersama dua rakan sekerja sedang melakukan kerja-kerja mengikat Steel Reinforcement Cage yang diletakkan diatas ?Rang? yang disediakan untuk kerja-kerja mengikat. Mangsa memanjat untuk mengikat dibahagian atas. Ketika mangsa hendak turun tiba-tiba Steel Reinforcement Cage itu bergolek menyebabkan mangsa terjatuh dan seterusnya telah menindih mangsa
  1. Tiada prosedur kerja selamat
  2. Gagal menyediakan pentaksiran risiko untuk aktiviti yang dilakukan.
2014-11-22 Maut disebabkan letupan lombong arang batu Lombong Arang Batu, Sarawak Seramai tiga orang pekerja maut kesan daripada letupan lombong arang batu
2014-11-19 Maut digilis jentera Compaction Roller Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa maut setelah digilis oleh jentera yang bergerak sendiri setelah dihidupkan. Mangsa yang cuba menghentikan jentera tersebut digilis setelah terjatuh
2014-11-19 Maut akibat dihempap objek Tapak bina, Johor Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan kotak acuan (Tunnel Form). Mangsa telah tergelincir dan menyebabkan Tunnel Form tersebut menghempap mangsa Tiada operasi kerja selamat
2014-11-18 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh dari atas bumbung ketika kerja-kerja memasang bumbung sedang dijalankan Tiada operasi kerja selamat
2014-11-17 Maut akibat terjatuh Tapak bina, Sabah Mangsa terjatuh dari atas menara pencawang semasa menjalankan kerja-kerja menarik kabel
  1. Kegagalan untuk mematuhi operasi kerja selamat
  2. Sistem komunikasi tidak berjalan dengan baik.
2014-11-17 Maut akibat terkena simbahan air panas Kilang, Johor Mangsa terkena simbahan air panas yang tersembur keluar semasa membuka clutch door pencuci hama
2014-11-14 Maut terjatuh tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa bersama rakan sedang menjalankan kerja-kerja membuka Shear Wall didalam Lif Shaft dan secara secara tiba-tiba pelantar kerja telah roboh dan jatuh ke tingkat kebawah pada ketinggian lebih kurang 78 meter Pelantar kerja tidak disokong dengan kemas dan kuat
2014-11-12 Maut terkena panahan kilat Sekolah, Johor Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipanah petir semasa sedang berjalan menuju ke pintu pagar sekolah
2014-11-08 Maut terjatuh tempat tinggi Tapak bina, Johor Kemalangan tersebut melibatkan seorang orang awam yang datang ke tapak bina tersebut untuk mencari kerja. Mangsa dijumpai terbaring oleh pekerja tapak bina tersebut. Mangsa dipercayai terjatuh dari tangga tersebut Tangga tidak dipasang susur tangan bagi mencegah orang terjatuh
2014-11-06 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa menjalankan kerja-kerja membuka aluminium formwork yang dipasang pada lubang saluran mechanical & engineering di tingkat 13. Mangsa telah terjatuh melalui lubang pada ketinggian 32 meter Abah-abah keselamatan tidak dicangkuk pada tempat disediakan
2014-11-05 Maut terkena panahan kilat Tapak bina, Johor Mangsa seorang flagman dipanah kilat semasa sedang menjalankan kerja-kerja mengawal lalulintas. Tempat kerja mangsa adalah sebuah kawasan tanah lapang Tiada lightning arrester di kawasan lapang tersebut
2014-11-02 Maut digilis Forklift Bilik sejuk, Selangor Kejadian berlaku didalam bilik sejuk semasa mangsa mengalihkan kotak yang berisi lobak. Mangsa dilanggar dan digilis oleh forklift yang sedang mengundur Kurang penyeliaan
2014-11-01 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan acuan konkrit dibahagian tepian terbuka bangunan. Mangsa dipercayai telah memijak ruang kosong dan menyebabkannya terjatuh ke bawah pada ketinggian 4.7 meter Mangsa tidak memakai abah-abah semasa bekerja di tempat tinggi kerja-kerja pemasangan acuan konkrit dijalankan
2014-10-31 Maut akibat terbakar Kilang Sawit, Johor Mangsa yang ditugaskan untuk menjalankan kerja menukar batu bata di dalam dapur dandang 'furnace'. Mangsa ditimpa batu bata runtuh dan mengakibatkan abu panas mengenai anggota badan mangsa
  1. Tiada prosedur kerja selamat
  2. Kurang pemantauan dari pihak majikan
  3. Gagal mengadakan pentaksiran risiko atas kerja-kerja pembaikan
2014-10-24 Maut akibat dihempap pallet Kilang, Johor Ketika kejadian, kerja-kerja pemindahan produk akhir iaitu tubing wrapping plastic dari stor ke dalam kontena dengan menggunakan forklift. Mangsa dikatakan berada di sisi forklift. Pada ketika itu dikatakan tubing wrapping plastic yang berada diatas pallet telah tergelincir lalu menghempap mangsa Tiada prosedur kerja selamat
2014-10-17 Maut tersepit jengkaut Kuari, Perlis Mangsa seorang pemandu jentera jengkaut pemecah batu yang sedang melakukan kerja-kerja memecah batu diatas bukit kuari dengan ketinggian lebih kurang 20 meter. Kemalangan berlaku ketika mangsa sedang mengundurkan jentera jengkaut tersebut selepas selesai menjalankan kerja-kerja. Mangsa yang jatuh bersama-sama jentera tersebut tersepit di tempat duduk pemandu
  1. Tiada prosedur kerja selamat
  2. Tiada pemantauan dari pihak majikan
2014-10-16 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa ditemui terbaring selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja-kerja menanggalkan acuan (form work)
  1. Tidak memakai abah-abah keselamatan
  2. Tiada penyeliaan oleh pihak majikan
2014-10-08 Maut akibat jatuh dari tempat tinggi Kilang Sawit, Johor Mangsa ditugaskan untuk membaiki kotak gear yang rosak di Incline Conveyor. Mangsa terjatuh akibat memijak lantai pelantar kerja reput Kegagalan dalam mentaksirkan risiko laluan keluar masuk ke tempat kerja (pelantar kerja)
2014-10-07 Maut akibat digilis lori Perladangan, Kedah Mangsa merupakan seorang pemandu maut apabila digilis oleh lorinya. Pada masa kejadian, mangsa memberhentikan kenderaan tersebut di jalan yang curam bagi membuka rantai pada lori
2014-10-02 Maut akibat dihempap pokok Kawasan pembalakan, Sarawak Mangsa dan rakannya ditugaskan untuk menebang pokok. Mangsa memotong sebatang kayu dan kayu tersebut tumbang pada pokok yang lain dan menyebabkan pokok tersebut tumbang lalu menghempap kepala mangsa
2014-09-29 Maut akibat dihempap boom kerin bergerak Tapak bina, Pahang Ketika kejadian, sebuah kren bergerak sedang melakukan kerja-kerja mengangkat satu ?bundle? perancah. Disebabkan beban yang berlebihan, kren tersebut telah terbalik dan menghempap mangsa yang berada dalam radius kerja
  1. Gagal mematuhi prosedur kerja selamat
  2. Kegagalan operator kren dalam memahami carta beban
  3. Kren mengangkat beban yang berlebihan
  4. Kegagalan majikan dalam memastikan kawasan tersebut selamat ketika kerja-kerja mengangkat dijalankan
2014-09-23 Maut akibat dihempap pokok Kawasan pembalakan, Sarawak Mangsa dan rakannya ditugaskan untuk menebang pokok. Mangsa memotong sebatang kayu dan kayu tersebut tumbang pada pokok yang lain dan menyebabkan pokok tersebut tumbang lalu menghempap kepala mangsa
2014-09-20 Maut akibat terjatuh ke dalam gaung Kawasan pembalakan, Sarawak Mangsa seorang pemandu lori dijumpai maut akibat terjatuh ke dalam gaung
2014-09-15 Maut akibat dihempap kerin bergerak Tapak bina, Selangor Mangsa sedang mengangkat seikat besi 'reinforced bar' untuk dialihkan dan dihimpun pada satu tempat diantara dua blok bangunan. Semasa sedang mengangkat beban, kerin hilang keseimbangan lalu tumbang dan menghempap mangsa Gagal dalam mematuhi prosedur standard penggunaan mesin angkat
2014-09-13 Maut akibat terdedah kepada bahan kimia berbahaya Tapak bina, Johor Mangsa pengsan setelah keluar dari kabin semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan alat penghawa dingin dalam kabin tersebut Terdapat tumpahan bahan kimia didalam kabin
2014-09-13 Maut akibat ditimpa batu-bata Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa ditimpa oleh batu-bata yang jatuh dari lifting tray. Ketika kejadian, lifting tray yang bermuatan batu-bata sedang diangkat dengan menggunakan kren menara
2014-09-13 Maut akibat ditimpa pallet Tapak bina, Johor Mangsa bersama rakannya sedang memindahkan kaca pintu dari lori ke dalam kilang yang masih dalam pembinaan. Semasa sedang melakukan kerja, tiba-tiba pallet yang mengandungi kaca jatuh dari lori dan menimpa mangsa
2014-09-11 Maut akibat tersepit mesin Kilang, Selangor Mangsa tersepit diantara 2 lengan mesin semasa melakukan kerja-kerja penandaan nama pada produk Tidak mengikut prosedur kerja selamat dalam pengendalian mesin
2014-09-09 Maut akibat dihempap forklift Tapak bina, Pulau Pinang Forklift yang dipandu hilang keseimbangan menyebabkan ia terbalik dan menghempap mangsa
2014-09-08 Maut akibat jatuh dari ketinggian 10 meter Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa menjalankan kerja-kerja menampal simen dengan berdiri di atas papan plywood. Secara tiba-tiba papan tersebut patah dan menyebabkan masa mangsa jatuh ke bawah
2014-09-02 Maut akibat jatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Kejadian berlaku semasa mangsa sedang menjalankan kerja-kerja mengikat dan plaster batu bata. Secara tiba-tiba mangsa tergelincir dan terus jatuh ke bawah
  1. Tiada mengikut prosedur kerja selamat
  2. Tidak memakai PPE
2014-08-19 Maut akibat ditimpa objek dan terjatuh ke bawah Kilang, Pulau Pinang Mangsa terjatuh ke bawah setelah ditimpa oleh 'lifting lug' pada yang patah. Kejadian berlaku ketika membuat persediaan bagi kerja-kerja mengangkat menggunakan Overhead Travelling Crane ( OTC)
2014-08-18 Maut akibat dihempap pallet kayu Kilang, Sarawak Mangsa yang berumur 8 tahun maut dihempap 'pallet' kayu semasa cuba memanjat ?pallet? tersebut Persekitaran tempat kerja yang tidak kemas
2014-08-18 Maut akibat dihempap struktur konkrit Tapak bina, Selangor Tiga orang mangsa yang melakukan kerja-kerja pemasangan struktur konkrit telah terjatuh dan dihempap oleh struktur tersebut
  1. Tidak mengikut prosedur kerja selamat
  2. Kurang penyeliaan dari pihak majikan
2014-08-15 Maut akibat terkena renjatan elektrik Perladangan, Sabah Mangsa maut semasa menjalankan kerja-kerja memotong buah kelapa sawit
  1. Galah aluminium terkena talian elektrik
  2. Gagal membuat penilaian risiko
2014-08-13 Maut dilanggar kenderaan Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa yang bekerja sebagai flagman telah dilanggar kereta semasa sedang bertugas Pemandu kenderaan tersebut dipercayai mabuk
2014-08-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang, Selangor Berlaku letupan pada bahagian atas tangki 'short fiber storage' akibat dari proses kimpalan. Letupan menyebabkan pekerja tercampak dan terjatuh dari ketinggian 8.5 meter
  1. Kehadiran gas-gas yang mudah terbakar
  2. Gagal mematuhi SOP iaitu mendapatkan permit kerja ruang terkurung
2014-08-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Sabah Mangsa yang berada pada tingkat 16 dipercayai tergelincir dan terjatuh dalam lubang lift
  1. Tidak dipasang 'life line' dipasang untuk menyangkut abah-abah keselamatan
  2. Keadaan tempat kerja yang berselerak
2014-08-02 Maut terkena renjatan elektrik Kebun Persendirian, Johor Mangsa sedang melakukan kerja-kerja mengait buah kelapa sawit. Mangsa terkena renjatan elektrik disebabkan galah aluminium tersangkut pada transformer
2014-07-26 Maut akibat dihempap Mechanical Buffalo @ badang Ladang, Johor Ketika kejadian mangsa membawa badang penuh dengan muatan buah segar kelapa sawit. Badang yang dipandu mangsa menuruni jalan yang curam (15 darjah) telah terbalik dan menghempap mangsa
2014-07-23 Maut akibat terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kedah Mangsa terjatuh dari tingkat 2 selepas dilanggar oleh hook dan blok kesan daripada fly jib kren bergerak yang patah
  1. Kren bergerak tidak diselenggara dengan baik
  2. Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja mengangkat
2014-07-23 Kemalangan Maut Dihempap Concrete Bold Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa dihempap dinding konkrit (concrete bold) semasa sedang melakukan kerja hacking pada dinding itu
  1. Tidak melakukan penaksiran risiko untuk kerja-kerja hacking
  2. Tiada penyeliaan dari pihak majikan.
2014-07-21 Maut akibat disengat tebuan Perladangan, Johor Pekerja ladang telah disengat tebuan semasa sedang bekerja
2014-07-21 Maut tersepit Lif Barang Pasar Mini, Perak Kepala mangsa tersepit antara Frame Cage dan Landing Door Rekabentuk lif tidak memenuhi standard keselamatan minimum
2014-07-18 Maut dihempap struktur jentera ?Hammer Machine Tractor? Tapak bina, Perak Mangsa dihempap struktur jentera semasa kerja-kerja membuka struktur atas jentera ?Hammer Machine Tractor yang diubahsuai
  1. Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja menanggalkan struktur jentera
  2. Kurang penyeliaan
2014-07-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Loji Jana Kuasa, Johor Mangsa dipercayai terjatuh semasa cuba akses ke tempat lebih tinggi dengan memanjat perancah Tiada prosedur kerja selamat
2014-07-13 Maut dihempap traktor Perladangan, Johor Kejadian berlaku ketika mangsa melanggar benteng tanah menyebabkan traktor yang dipandu terbalik dan menghempap mangsa
2014-07-11 Maut akibat digilis lori Ladang, Sarawak Mangsa yang merupakan seorang pemandu telah meninggal dunia akibat digilis oleh lori. Ketika kejadian, lori yang dipandu mangsa sedang menuruni bukit dan lori tersebut mengalami kerosakan brek. Keadaan itu menyebabkan mangsa melompat keluar dan digilis oleh lori tersebut
2014-07-10 Maut akibat digilis oleh treler Ladang, Johor Mangsa yang berdiri diatas drawbar treler yang ditarik oleh traktor. Dia dipercayai terjatuh dan digilis oleh tayar treler Kelakuan tidak selamat
2014-07-07 Maut akibat dihempap jengkaut Tapak bina, Kedah Mangsa dihempap jengkaut semasa kerja-kerja mengangkat bongkah longkang Tiada prosedur kerja selamat
2014-07-04 Maut akibat terjatuh kedalam tangki Tapak bina, Sarawak 2 orang mangsa telah terjatuh ke dalam tangki yang dipenuhi air semasa sedang melakukan kerja-kerja pemasangan dan kimpalan titian paip Lantai terbuka
2014-07-03 Maut akibat lemas Hotel, Sabah Seorang kanak-kanak yang tidak diawasi oleh penjaganya ditemui lemas di dasar kolam
  1. Kecuaian
  2. Tiadalife guard ditempat kejadian
2014-07-03 Maut dihempap Steamroller Tapak bina, Perak Mangsa sedang melakukan kerja-kerja memampat jalan menggunakan jentera ?steamroller?. Steamroller yang dipandu mangsa terbabas ke dalam tali air dan menghempap mangsa Tiada prosedur operasi selamat
2014-07-03 Maut dihempap trak Ladang, Sabah Ketika kejadian trak yang digunakan untuk mengangkut mangsa sedang menaiki jalan berbukit. Trak itu hilang kawalan lalu terbalik. Mangsa yang berada di belakang trak tercampak dan dihempap trak tersebut
  1. Trak tidak diselenggara dengan baik
  2. Trak yang digunakan tidak sesuai digunakan untuk mengangkut pekerja
2014-06-27 Tiga maut akibat ditimpa tembok konkrit Tapak bina, Johor 3 pekerja maut ditimpa runtuhan konkrit semasa melakukan kerja-kerja pengorekan parit Tiada prosedur kerja selamat
2014-06-26 Maut akibat dihempap forklift Kilang beras, Perak Forklift yang dipandu mangsa terbalik dan menghempap mangsa semasa melakukan kerja-kerja mengangkat dan menyusun jumbo bag -Tiada prosedur kerja selamat -Pemandu tidak pernah menjalani latihan khusus untuk pemanduan forklift
2014-06-26 Maut akibat tertimbus Tapak bina, Johor Mangsa telah tertimbus oleh tanah dan ditimpa runtuhan dinding bata semasa melakukan kerja-kerja pengorekan parit Tiada prosedur kerja selamat
2014-06-24 Maut akibat terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa telah ditugaskan untuk menyapu sampah di setiap tingkat. Mangsa dipercayai telah terjatuh dari tempat tinggi dan ditemui dalam keadaan meniarap di balkoni tingkat 4 Tiada prosedur kerja selamat
2014-06-22 Maut akibat ditimpa jengkaut Ladang, Pahang Mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan jengkaut. Jengkaut diangkat menggunakan jack. Keadaan jengkaut yang tidak stabil menyebabkan ia tumbang dan menimpa mangsa Kedudukan jengkaut yang tidak stabil menyebabkan jengkaut itu tumbang
2014-06-14 Maut akibat lemas Ladang Ternakan Itik, Perak Mangsa merupakan pemandu traktor telah terjatuh kedalam tasik bersama-sama dengan traktor semasa menjalankan kerja-kerja meratakan tanah Gagal menjalankan penaksiran risiko
2014-06-09 Maut akibat ditimpa pokok Pembalakan, Sabah Mangsa ditimpa pokok semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan hutan Pengetahuan majikan tentang KKP berada pada paras minima
2014-06-06 Maut terjatuh dari bumbung Tapak bina, Kedah Semasa kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja memasang kekuda bumbung bersama rakannya. Mangsa telah terjatuh dari bumbung pada ketinggian lebih kurang 18 kaki dari paras tanah -Tiada prosedur kerja selamat -Tiada penyeliaan daripada majikan
2014-06-02 Maut akibat terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa sedang melakukan kerja-kerja menaik taraf grill di balkoni tingkat 4. Mangsa telah jatuh bersama dengan besi grill yang hendak di kimpal -Mangsa tidak memakai abah-abah keselamatan -Tiada prosedur kerja selamat
2014-05-28 Maut terdedah racun serangga Ladang, Perak Mangsa terkena keracunan racun serangga selepas selesai melakukan aktiviti menggunakan racun serangga jenis Organophosphorus Tiada penyeliaan sepenuhnya bagi memastikan pekerja membersihkan diri selepas melakukan aktiviti berkaitan penggunaan bahan kimia berbahaya
2014-05-28 Maut akibat lemas Dermaga, Perak Kenderaan yang dibawa mangsa terbabas dan terjunam ke dalam laut ketika cuba membuat pusingan U. Pemandu yang tidak kompeten
2014-05-26 Maut terkena renjatan elektrik Pusat membeli belah, Kuala Lumpur Mangsa terkena renjatan elektrik semasa kerja-kerja penyelenggaraan menara penyejuk (cooling tower) Keadaan tempat kerja yang tidak selamat
2014-05-25 Maut dilanggar shovel Kilang, Johor Mangsa dilanggar oleh shovel yang sedang mengundur 1)Pemandu tidak mempunyai rekod latihan mengendalikan jentera 2)Jentera tidak dilengkapi dengan bunyi amaran semasa mengundur
2014-05-22 Maut akibat dihempap forklift Kilang, Kuala Lumpur Mangsa dipercayai gagal mengawal forklift menyebabkan ia terbalik dan menghempap mangsa Mangsa bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengendalikan forklift
2014-05-19 Maut akibat terjatuh dari tempat tinggi Perumahan awam, Kuala Lumpur Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun ditemui mati. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 15 Mangsa telah memasuki kawasan kejadian tanpa kebenaran dan terdapat unsur kecuaian di pihak konktraktor serta pihak berkuasa untuk memastikan pengadang pada bumbung ditutup semula
2014-05-19 Maut terjatuh daripada tingkat 6 Tapak bina, Johor Mangsa sedang melakukan kerja-kerja menampal konkrit yang berlubang. Mangsa bekerja diatas perancah yang mempunyai tepian terbuka -Tidak memakai abah-abah keselamatan -Pagar/penghadang tidak dipasang pada scaffold
2014-05-16 Maut terkena renjatan elektrik Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa terkena renjatan elektrik semasa sedang menjalankan kerja-kerja ujian keatas litar elektrik
2014-05-05 Maut akibat terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh lebih kurang 9 meter selepas dilanggar oleh selonggok batang besi tiub yang diangkat menggunakan kren -Tiada prosedur kerja selamat
-Kegagalan signalman memainkan peranan
2014-05-05 Maut akibat dipanah petir Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa dipanah petir semasa melakukan kerja-kerja penuangan konkrit Mangsa bekerja di kawasan terbuka dan tiada pengesan kilat di tempat kejadian
2014-05-04 Maut akibat tertimbus runtuhan konkrit Tapak bina, Johor Mangsa ditimpa oleh penyangga kotak acuan semasa melakukan kerja-kerja konkrit lantai Pihak majikan gagal mengadakan PE Design bagi support structure lantai
2014-04-22 Maut akibat jatuh dari tempat tinggi Tapak Bina, Johor Mangsa seorang pekerja am terjatuh ke bawah dari tingkat 26 semasa sedang melakukan kerja-kerja pemasangan jubin lantai Kurang penyeliaan
2014-04-21 Maut akibat dihempap kayu getah dari atas lori Kilang, Perak Seorang pemandu lori maut ditimpa kayu dari sebuah lori semasa cuba untuk membuka ikatan pada lori Susunan ketinggian kayu melebihi daripada bar (penahan) pada lori
2014-04-17 Maut akibat tersepit diantara dua trak bata Pada masa kejadian, mangsa telah memasuki celah antara dua trak bata yang sedang ditolak oleh penolak hidraulik menyebabkan mangsa tersepit.
2014-04-17 Maut dihempap lori Ladang, Johor Mangsa merupakan seorang pemandu lori membawa lori menaiki bukit. Lori terbabit telah melanggar tebing dan terbalik lalu menghempap kepala mangsa
2014-04-13 Maut akibat dihempap gelung konkrit Gudang, Perak Mangsa berusia 10 tahun bermain-main dengan gelung konkrit berkenaan dengan cara menggulingkannya sementara mangsa duduk didalamnya. Gelung konkrit tergelincir dan jatuh bersama-sama mangsa lalu menghempap kepala mangsa. Gudang berkenaan tidak mempunyai pagar/penghadang bagi mengelakkan orang awam daripada memasuki kawasan permis
2014-04-11 Maut akibat lemas Tapak bina, Perak Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja meratakan tanah menggunakan jentolak. Mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh kedalam lombong bersama-sama dengan jentolak. Hujan yang turun sejak beberapa hari sebelum hari kejadian mungkin menyebabkan struktur tanah lombong menjadi lemah
2014-04-08 Maut akibat dihempap pintu gerbang konkrit Tapak bina, Pahang Sebuah lori 'mixture' telah melanggar pintu gerbang konkrit dan pintu tersebut telah menghempap mangsa.
2014-04-02 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Pulau Pinang Mangsa terjatuh dari ketinggian 15 meter semasa melakukan kerja-kerja memaku kayu 1) Persekitaran kerja tidak selamat
2) Aspek keselamatan diabaikan
2014-03-17 Kemalangan Maut Bas Ekspres Lebuhraya, Perak Satu kemalangan maut yang melibatkan bas ekspres telah mengorbankan seorang pemandu dan mencederakan 2 lagi penumpang Jalan yang licin disebabkan hujan
Faktor muka bumi yang berselekoh dan menuruni bukit
2014-03-10 Maut terjatuh ke dalam gaung Perladangan - Johor Pemandu dan traktor telah terjatuh ke dalam jurang semasa mengundurkan jentera tersebut. Mangsa ditemui terhimpit antara steering dengan badan traktor. Tiada sebarang tanda amaran pada simpang
Tiada rekod latihan diberikan kepada pemandu
2014-03-03 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang - Johor Mangsa telah terjatuh ke bawah selepas lantai yang dipijaknya pecah semasa menjalankan kerja-kerja meruntuhkan silo. Lantai usang dan rapuh.
2014-02-24 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Kuala Lumpur Mangsa terjatuh di kawasan lubang angin (void area) semasa menjalankan kerja-kerja memasang pelantar kerja di atas perancah. Tiada prosedur kerja selamat
2014-02-12 Maut digilis traktor Perladangan, Johor Mangsa dikatakan tergelincir ketika turun daripada traktor yang dipandunya. Badan mangsa telah digilis tayar gerabak yang secara tiba-tiba berundur.
2014-02-11 Maut terhimpit oleh traktor Perladangan, Johor Mangsa meninggal dunia akibat terhimpit oleh traktor yang terbalik semasa menuruni bukit untuk mengambil buah sawit. Keadaan laluan jalan yang cerun
2014-02-08 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh ke tingkat bawah semasa sedang melakukan kerja-kerja merombak perancah. Tidak melaksanakan analisis risiko berkaitan kerja-kerja merombak perancah
2014-01-19 Kemalangan Maut Bas Ekspress Lebuhraya, Johor Satu kemalangan maut yang melibatkan bas ekspres telah mengorbankan 3 orang penumpang Pihak syarikat gagal menyediakan prosedur pemanduan selamat
2014-01-17 Jatuh ke dalam takungan minyak Mangsa tergelincir dan terjatuh ke dalam takungan yang mengandungi air dan minyak panas. Laluan kerja tidak selamat dan tidak diselia
2014-01-05 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina, Johor Mangsa terjatuh dari ketinggian 12-18 meter semasa memasang 'wall cladding' pada struktur bangunan. Penggunaan PPE yang tidak sesuai
2013-12-31 Maut akibat jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Johor Mangsa dikatakan telah terjatuh daripada tempat tinggi semasa menjalankan kerja-kerja memasang bumbung bangunan dewan. Tidak memakai PPE untuk kerja-kerja tempat tinggi

Keadaan tempat kerja tidak selamat
2013-12-17 Maut akibat terhimpit kontena Pelabuhan - Pulau Pinang Kemalangan melibatkan seorang pekerja warga tempatan yang mati terhimpit diantara kontena semasa mangsa cuba memeriksa "seal number" kontena. Kegagalan mempraktikkan prosedur kerja selamat
2013-12-13 Maut akibat lemas Kilang - Pahang Mangsa telah terjatuh ke dalam kolam takungan ketika mangsa hendak mengambil sampel air untuk ujian makmal. Tiada prosedur kerja selamat

Tiada penyeliaan yang mencukupi memandangkan mangsa baru beberapa hari melakukan kerja mengambil sampel
2013-12-12 Maut dihempap dinding Tapak bina - Johor Mangsa pada ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja pembersihan (housekeeping). Secara tiba-tiba dinding batu telah tumbang dan menghempap mangsa. Kerja-kerja mengikat bata pada dinding tidak dijalankan dengan betul
2013-12-05 Maut tersepit diantara objek Ladang - Johor Mangsa ditemui dalam keadaan tersepit antara badan dan kepala lori. Mangsa pada ketika kejadian sedang membaiki kerosakan pada lori. Tindakan tidak selamat

Kenderaan tidak diselenggara secara berjadual
2013-12-02 Maut terkena renjatan elektrik Tapak bina - Sarawak Mangsa terkena renjatan elektrik semasa sedang melakukan aktiviti pemasangan ?service line? (rumah ke tiang) Kegagalan melakukan pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan kawalan risiko ke atas kerja-kerja yang dilakukan.
2013-11-23 Maut akibat dihempap traktor Ladang - Johor Mangsa ketika kejadian sedang memandu traktor menuruni selekoh yang tajam dan curam. Mangsa gagal mengawal traktor tersebut menyebabkan traktor terbalik seterusnya menghempap mangsa. Keadaan jalan yang tidak memuaskan serta tidak menepati spesifikasi jalan pertanian yang ditetapkan
2013-11-18 Maut akibat ditimpa "Aluminium Form Work" Tapak bina - Kuala Lumpur Satu aluminium plate seberat 7kg telah menghempap mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.
2013-11-12 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kuala Lumpur Mangsa dipercayai telah hilang keseimbangan semasa menaiki pelantar yang masih tergantung di udara. Tiba-tiba berlaku sedikit pergerakan ke atas pelantar dan mengakibatkan mangsa tergelincir dan jatuh ke bawah. Tiada prosedur kerja selamat
2013-11-07 Maut dihempap cermin Kedai cermin - Johor Kemalangan berlaku dimana seorang pekerja maut setelah dihempap 100 keping cermin seberat 2 tan semasa memunggah cermin. Tiada dinyatakan.
2013-11-07 Maut jatuh dari tempat tinggi Ladang - Johor Mangsa yang berdiri diatas gerabak yang ditarik oleh traktor terjatuh setelah hilang kesimbangan badan semasa traktor itu mengambil selekoh. Tidak menjalankan penaksiran risiko pada gerabak yang digunakan
2013-10-30 Kemalangan Maut akibat digilis lori Tapak Bina - Johor Hasil siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan dilanggar lori tanpa disedari oleh pemandu lori tersebut. Hujan pada sebelah pagi dan tengahari menyebabkan keadaan tanah licin serta becak yang mungkin mengakibatkan mangsa tergelincir dan terjatuh ke arah lori yang sedang bergerak tersebut.
2013-10-28 Maut akibat tersepit pada roller conveyer Kilang - Sarawak. Mangsa diarah oleh supervisor untuk mengubah kedudukan Conveyor Belt yang tidak sekata dengan menggunakan spana boleh laras dibahagian Conveyor Roller Adjuster. Batching plant tersebut sedang beroperasi ketika aktiviti ini dilakukan. Mangsa cuba untuk membersihkan batu di bahagian bawah Roller Conveyor dengan menggunakan hos angin. Tiba-tiba kepala mangsa terkena Conveyor Belt bahagian atas manakala hos angin tersebut terbelit dibahagian Roller menyebabkan mangsa ditarik oleh hos angin tersebut dan tersepit. Majikan gagal mengadakan sistem kerja yang selamat untuk kerja-kerja penyelarasan lantai conveyor bagi aktiviti di Batching Plant.
2013-10-22 Maut akibat terkena renjatan elektrik Tapak Bina - Johor Mangsa dikatakan terkena renjatan elektrik semasa menjalankan kerja-kerja membersihkan paip saluran hawa dingin yang baru dipasang. Kawasan sekitar tempat kerja didapati berair dan pemerhatian keseluruhan tingkat mendapati pendawaian eletrik amat teruk tidak diselenggara dan diperiksa sepenuhnya oleh orang kompeten.
2013-10-13 Maut akibat melecur teruk Kilang - Johor Kemalangan disebabkan masalah pad "Top Valve" pada column 3 dibahagian L2 dimana valve tersebut tidak dapat ditutup.Mangsa dipercayai pergi berseorangan ke kawasan L2. Tidak lama kemudian mangsa kembali ke control room dalam keadaan berlari dan jatuh sebelum sampai ke control. Mangsa dipercayai tersilap buka valve no 2 yang menyebabkan kejadian tersebut. Mangsa dipercayai tersilap buka valve no 2 yang menyebabkan kejadian tersebut.
2013-10-10 Maut dilanggar lori Kawasan pembinaan jalan raya - Johor Seorang pekerja kontraktor maut ditempat kejadian akibat dilanggar motor lori yang dikatakan hilang kawalan. Kemalangan berlaku disebabkan lori telah memasuki lorong kecemasan dan melanggar pekerja-pekerja semasa kerja-kerja memasang kon.
2013-10-06 Maut terjatuh daripada perancah Kilang - Kedah Mangsa seorang pekerja sub-kontraktor ketika membuat kerja-kerja kimpalan pada pintu gudang. Pintu tersebut telah jatuh pada perancah dan menyebabkan mangsa yang berada diatas perancah jatuh kebawah lebih kuranng 10 kaki. Tiada prosedur kerja selamat untuk berkerja di tempat yang tinggi
2013-09-08 Maut semasa kebakaran Tapak bina - Kuala Lumpur Kebakaran telah berlaku dalam bangunan yang masih dalam pembinaan. Mangsa yang bertugas dalam bangunan itu telah dijumpai mati.
2013-07-27 Maut akibat runtuhan struktur bangunan Kedai Cuci Kereta - Johor Dinding konkrit bangunan sebelah kedai runtuh dan menimpa mangsa.
2013-07-17 Maut tersepit di lif. Flat perumahan awam - Kuala Lumpur Kejadian berlaku semasa lif yang dinaiki oleh mangsa secara tiba-tiba berhenti diantara aras 2 dan 3. Mangsa yang berada dalam lif cuba memanjat keluar yang mana secara tiba-tiba lif bergerak ke bawah dan menyebabkan kepala mangsa tersangkut. Mangsa mati serta-merta. Lif tidak berfungsi secara normal
2013-07-17 Maut terkena hentakan objek Tapak Bina - Johor. Mangsa semasa kejadian dipercayai sedang melakukan kerja-kerja mengangkat paip. Mangsa dikatakan hendak membuka rantai, setelah besi paip diletakkan diatas tanah dan secara tiba-tiba tanpa disedari "bucket" bahagian belakang JCB telah turun dan mengenai kepala mangsa.
2013-06-22 Pekerja mati terkena renjatan elektrik Pusat Konvensyen Mangsa berkemungkinan telah mengalami renjatan elektrik semasa pemotongan kabel yang mempunyai arus elektrik menyebabkan tangan kiri mangsa telah melekat pada kabel tersebut.
2013-06-20 Maut akibat tangan kanan terputus di Conveyor Belt Kilang - Johor Kejadian dipercayai ketika mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan chip kayu di conveyor belt. Mangsa begitu hampir dengan conveyor tersebut sehingga mengakibatkan baju yang dipakai mangsa ditarik oleh conveyor belt yang sedang beroperasi. Ini menyebabkan tangan kanan mangsa terputus. Majikan gagal memastikan tempat dan kaedah kerja yang selamat terutama dibahagian Refinery Chipper Log Yard.
2013-06-11 Maut akibat tercampak dari tempat duduk traktor Ladang - Johor Pemandu telah tercampak dari kerusi traktor semasa memandu menuruni laluan yang curam. Pemandu tidak berkelayakan untuk membawa traktor
2013-06-10 Maut akibat tersepit Kilang - Kedah Seorang pekerja warga asing terbunuh setelah tersepit antara longgokan besi dan motor gantry crane. Kedudukan mangsa tidak disedari oleh operator kren semasa kejadian berlaku. Tiada prosedur kerja selamat
2013-06-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Johor Mangsa dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembersihan dibahagian reserve water tank. Mangsa duduk diatas tempok lantai bumbung untuk membuang sisa binaan. Mangsa telah terjatuh dari ketinggian lebih kurang 10.80 meter dari aras lantai bangunan. Tiada penyeliaan bagi kerja-kerja tempat tinggi.
2013-06-05 Runtuhan konkrit R.C Coping Tapak bina - Johor Kejadian runtuhan tersebut berlaku semasa 2 pekerja sedang membuka acuan R.C Coping dan kedudukan mereka berada tepat diatas struktur tersebut. Akibat dari itu, 2 pekerja tersebut turut jatuh ke tanah. Seorang mangsa jatuh dan dihempap runtuhan dan maut manakala seorang lagi melompat dan jatuh berjauhan dari runtuhan dan cedera ringan. Kegagalan struktur binaan
2013-05-27 Maut tersepit dalam kabin kren Tapak bina - Kuala Lumpur. Kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai operator kren derik sedang melakukan kerja-kerja mengangkat Vibrohammer seberat 7 tan. Kren itu tiba-tiba terbalik menyebabkan mangsa yang berada dalam kabin tersepit. Mengangkat beban lebih
2013-04-08 Maut dalam kemalangan kenderaan Ladang - Johor Mangsa mendapat kemalangan bertembung dengan kenderaan pacuan 4 roda semasa dalam perjalanan melakukan kerja-kerja meracun.
2013-04-04 Maut terkena renjatan elektrik Kawasan perumahan - Johor Mangsa dipercayai ingin memeriksa keadaan lampu yang tidak berfungsi bagi kegunaan kerja dimana tempat berkerja mangsa agak gelap. Mangsa dipercayai telah terkena renjatan elektrik semasa memeriksa lampu berkenaan. Majikan gagal memastikan kebocoran arus eletrik sehingga menyebabkan berlaku renjatan kepada pekerja serta kegagalan pekerja memastikan punca sebenar kegagalan fungsi lampu.
2013-04-02 Sky Lift terbalik ketika kerja membaiki bumbung flat Flat Perumahan Awam - Kuala Lumpur Mangsa tersepit didalam sangkar selepas Sky Lift terbalik. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
2013-03-25 Maut akibat terhidu gas beracun Loji - Negeri Sembilan 2 orang mangsa telah meninggal dunia akibat terhidu gas beracun semasa menjalankan proses pemindahan bahan buangan ke dalam tangki simpanan. Penggunaan PPE yang tidak sesuai
2013-03-25 Maut akibat lemas Kilang - Pulau Pinang Satu kejadian letupan dan kebakaran telah berlaku di sebuah kilang. Mangsa yang berada dalam kilang tersebut gagal menyelamatkan diri dan meninggal dunia akibat sesak nafas
2013-03-20 Maut dilanggar kereta Bahu jalan - Johor 2 orang pekerja maut dirempuh oleh kenderaan semasa sedang membetulkan mesin pemotong rumput di bahu jalan. Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja berhampiran jalanraya
2013-03-14 Maut tertimbus Tapak bina - Johor Mangsa terjatuh ke dalam parit dan tertimbus oleh tanah yang digali. Kawasan kerja kurang selamat
2013-03-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Pulau Pinang Mangsa telah terjatuh dari tingkat 24 semasa sedang melakukan kerja-kerja pemasangan "curtain wall". Tiada prosedur kerja selamat
2013-03-14 Maut dilanggar objek bergerak Landasan kereta api - Kuala Lumpur Mangsa telah maut akibat dilanggar oleh kereta api semasa sedang menjalankan pemeriksaan keatas landasan. Tidak mengikut prosedur kerja selamat sediada
2012-12-17 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Bina - Pahang Mangsa maut terjatuh dari ketinggian 15 meter semasa hendak turun dari bumbung sekolah. Mangsa pada ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja menukar bumbung bangunan. Tiada prosedur kerja selamat
2012-12-06 Maut ditimpa kereta badang (mechanical buffalo) Ladang - Johor Mangsa ditimpa kereta badang yang terbalik akibat terlanggar batu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kurang berkemahiran dalam pemanduan jentera
2012-10-03 Maut terkena kejutan elektrik Kilang - Johor Mangsa dipercayai terkena kejutan elektrik semasa melakukan kerja-kerja pemotongan struktur keluli. Tiada prosedur dan penyeliaan kerja selamat
2012-10-02 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Johor Mangsa yang mengadu pening kepala telah terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan tempat mangsa sedang bekerja. Mangsa meninggal dunia di hospital. Tiada prosedur kerja selamat
2012-07-29 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kedah Mangsa pada ketika kejadian sedang bekerja di atas perancah terjatuh dari ketinggian 12 kaki. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia. Tiada prosedur kerja selamat
2012-07-23 Maut jatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kuala Lumpur Mangsa pada ketika kejadian sedang bekerja di atas working platform bagi tujuan pemasangan Lift Core Wall di dalam lubang lif. Secara tiba-tiba working platform yang dipijak oleh mangsa runtuh dan menyebabkan mangsa jatuh kebawah. Mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya.
2012-07-19 Maut dihempap lori Ladang - Pahang Kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi melibatkan seorang warga asing yang maut setelah dihempap oleh lori berisi baja. Tiada penyeliaan ke atas pekerja
2012-07-03 Maut tersepit Tapak bina - Pahang Kejadian yang berlaku melibatkan seorang warga asing yang maut akibat tersepit dalam kabin disebabkan kren jenis crawler crane terbalik ketika sedang mengangkat beban. Tiada prosedur kerja selamat untuk kerja-kerja mengangkat beban serta beban yang diangkat melebihi had yang dibenarkan.
2012-06-28 Maut digilis traktor Ladang - Perlis Mangsa yang merupakan warga asing maut setelah terjatuh dan digilis oleh traktor. Mangsa pada ketika itu berdiri diatas penyambung antara traktor dan tangki air. Tiada prosedur kerja selamat
2012-06-20 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang - Johor Mangsa telah terjatuh dari ketinggian 5 meter ketika hendak membaiki lampu limpah di tempat kerja. Mangsa telah dihantar ke hospital dan disahkan meninggal sehari kemudian. Kerja dilakukan tanpa pengawasan dan life line bagi kegunaan untuk menyangkut abah-abah (safety harness) tidak disediakan.
2012-06-16 Maut terjatuh ke dalam air Petroleum terminal - Johor Mangsa yang merupakan warganegara Malaysia telah terjatuh ke dalam air. Mangsa pada ketika kejadian berada di atas tongkang. Kelemahan dari segi pemantauan ke atas pekerja
2012-05-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kilang - Johor Mangsa yang merupakan warganegara maut akibat terjatuh pada ketinggian 3 meter. Mangsa terjatuh adalah disebabkan terkena paip keluli yang diangkat menggunakan kren bergerak lalu meluru kearahnya. Mangsa meninggal di hospital setelah 2 hari tidak sedarkan diri. 1)Tiada prosedur kerja selamat
2) Pihak majikan gagal menyediakan tempat kerja yang selamat
3) Pekerja tidak dibekalkan alat keselamatan diri yang sesuai
2012-04-26 Maut ditimpa objek Kilang - Kuala Lumpur Mangsa yang merupakan warga asing maut akibat ditimpa oleh Jack Rod semasa sedang melakukan kerja-kerja penyusunan Jack Rod. Kemalangan berlaku disebabkan pagar penahan tidak dapat menahan beban daripada ribuan susunan Jack Rod.
2012-04-22 Maut akibat terjatuh Kedai - Perlis Mangsa maut akibat terjatuh dari tangga semasa sedang menjalankan kerja-kerja menurunkan papan tanda iklan kedai.
2012-04-22 Maut akibat lemas Tapak bina - Johor Mangsa pada ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja cerucuk. Secara tiba-tiba piling machine tumbang dan mangsa yang berada dalam kabin tidak sempat melarikan diri semasa kabin tersebut terperosok ke dalam tanah gambut. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja cerucuk
2012-04-22 Maut disengat tebuan Ladang - Johor Mangsa maut disengat tebuan semasa menjalankan rondaan di ladang. Mangsa mati di tempat kejadian. -
2012-04-03 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Johor Mangsa yang merupakan warga asing telah terjatuh dari ketinggian 16 meter semasa sedang menjalankan kerja-kerja membuka aluminium formwork. Mangsa yang mengalami pendarahan dalaman meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. -
2012-03-19 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Perlis Mangsa yang merupakan warga asing telah terjatuh daripada perancah bergerak semasa sedang melakukan kerja-kerja pendawaian. Mangsa meninggal dunia di hospital.
2012-03-12 Maut ditimpa objek Tapak bina - Kuala Lumpur Mangsa yang merupakan warga asing maut akibat ditimpa kepingan aluminium. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menjalani rawatan selama 2 hari. Tiada langkah kawalan yang praktik bagi kerja-kerja di tempat tinggi
2012-02-29 Maut tertimbus Tapak bina - Kedah Mangsa ketika kejadian turun ke dalam lubang yang baru siap dikorek bagi kerja-kerja pemasangan saluran paip najis dan secara tiba-tiba tanah beserta batu telah menimbus mangsa sehingga ke paras dada. Mangsa telah dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat daripada kecederaan dalaman. Tiada prosedur kerja selamat
2012-02-17 Maut akibat lemas Sg. Tiram - Johor Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan sedang membaiki mesin memproses pasir yang berada di atas platform yang terletak di tengah sungai. Mangsa meniti di atas paip dari platform ke tebing sungai. Semasa meniti, mangsa terjatuh ke dalam sungai dan gagal diselamatkan. Tidak mengamalkan prosedur kerja yang selamat
2012-02-14 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak bina - Kedah Mangsa yang merupakan warga asing maut akibat terjatuh ke dalam lubang lif. Mangsa pada ketika itu sedang bekerja di tingkat dua. Mayat mangsa ditemui di lift pit. Lubang pintu lif tidak dihadang dengan sempurna
2012-02-11 Maut terjatuh dari tempat tinggi Kawasan kediaman - Johor Mangsa yang merupakan warganegara maut akibat terjatuh dari ketinggian lebih kurang 3.5 meter disebabkan tangga yang dipijak oleh mangsa tergelungsur dan jatuh ke lantai. Mangsa meninggal dunia 3 hari kemudian di hospital akibat pendarahan dalaman di bahagian otak. Sistem penyeliaan dan pemantauan pekerja yang lemah
2012-02-03 Maut dilanggar lori Tapak Bina - Pahang Mangsa telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh lori yang mengundur dengan secara tiba-tiba. Mangsa pada ketika kejadian berada di belakang lori tersebut. Tiada prosedur kerja selamat
2012-01-15 Maut ditimpa batang besi Tapak Bina - Kuala Lumpur Kejadian berlaku lebih kurang jam 2.30 petang ketika mangsa berjalan menuju ke lokasi bagi menjalankan tugas. Tanpa disedari, sebatang besi telah jatuh menimpa mangsa. Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Keadaan tempat kerja yang kurang selamat
2012-01-06 Maut akibat lemas Terminal jeti - Johor Lebih kurang jam 11 pagi, seorang jurutera telah maut semasa menyelam ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan catodic protection pada struktur jeti. Mangsa diberi bantuan CPR namun gagal diselamatkan. Tiada prosedur kerja selamat
2011-12-29 Maut akibat tersepit Kilang - Johor Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4.45 petang dimana mangsa maut akibat tersepit di antara loading bay dan bahagian badan treler. Tiada prosedur kerja selamat bagi kendalian kerja-kerja treler di bahagian loading dan unloading di kawasan loading bay
2011-12-28 Maut terkena renjatan elektrik Kilang - Sarawak Mangsa yang merupakan seorang warganegara Bangladesh maut akibat terkena renjatan elektrik semasa membuat pemeriksaan pam air berhampiran kilang. Mangsa telah diberi bantuan kecemasan dan telah meninggal dunia sebelum dihantar ke hospital. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja elektrikal
2011-12-21 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak Kuari - Johor Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 1.00 petang melibatkan seorang mangsa yang pada ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja menggerudi batu bagi pemasangan bahan letupan. Tanah yang dipijak telah runtuh menyebabkan mangsa terjatuh bersama runtuhan tanah pada ketinggian melebihi 100 kaki. Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Gagal mengadakan penaksiran risiko terhadap kerja-kerja penggerudian
2011-12-07 Maut terjatuh dari pokok Kawasan peranginan - Kedah Mangsa yang ditugaskan untuk memanjat pokok kelapa, memetik buah dan mencantas pelepahnya maut apabila terjatuh dari pokok kelapa setinggi 9 meter. Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Tiada prosedur kerja selamat
2011-12-02 Maut dilanggar lori Tapak Bina - Pulau Pinang Ketika kejadian, mangsa yang yang ditugaskan mengawal trafik di tapak projek kerja-kerja membaiki jalan (pavement). Mangsa pada ketika itu sedang membetulkan kon-kon keselamatn telah dilanggar lori yang sedang mengundur ke belakang. Mangsa yang cedera parah telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-12-01 Maut dirempuh kereta Tapak Bina - Pulau Pinang Ketika kejadian, mangsa yang merupakan pekerja binaan sedang melakukan kerja-kerja Road Cutting untuk pemasangan lampu isyarat baru. Sebuah kereta yang datang dari arah belakang dipercayai dipandu dengan laju dan terus melanggar mangsa. Mangsa tercampak sejauh 30 meter dan mati ditempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-11-28 Maut terkena kejutan elektrik Pencawang Pengagih Utama - Johor Pada jam lebih kurang 4.30 petang, 2 orang mangsa yang ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja memasang copper bar pada dinding bay 4 untuk sistem pembumian yang baru. Kedua-dua mangsa tersebut telah terkena kejutan elektrik dengan salah seorang daripadanya maut dan seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian bawah badan. Tiada prosedur kerja selamat
2011-11-25 Maut ditimpa dahan mati Kawasan Pembalakan - Kedah Pada jam lebih kurang 3.30 petang, mangsa yang merupakan penebang balak maut setelah ditimpa dahan mati semasa sedang melakukan kerja-kerja menebang pokok. Tiada prosedur kerja selamat
2011-11-22 Maut ditimpa besi I-Beam Kilang - Pahang Pada jam lebih kurang 2.35 petang, mangsa warganegara Myanmar telah ditimpa besi I-Beam semasa sedang memindahkan besi tersebut ke atas lori. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan untuk tindakan selanjutnya. Tiada prosedur kerja selamat menyeluruh bagi kerja-kerja mengangkat dan menurunkan barang menggunakan overhead traveling crane
2011-10-31 Maut terjatuh ke dalam tangki sludging holding Loji Rawatan Kumbahan - Perlis Pada jam lebih kurang 6.45 petang, mangsa yang berumur 4 tahun maut apabila terjatuh dalam tangki sludging holding loji rawatan kumbahan. Mangsa dipercayai menyusup masuk ke dalam kawasan loji melalui longkang di bawah pagar hadapan. Penutup pada tangki sludging holding tidak ditutup dengan kemas.
2011-10-21 Maut terjunam ke dalam sungai Tapak bina - Sarawak Mangsa seorang pemandu jentolak melalui laluan dengan lebar 40 kaki, berketinggian 200 meter dan kecerunan kawasan 80 darjah. Mangsa dikatakan ingin memotong sebuah excavator dan gagal. Mangsa mengundurkan jentolaknya dan terus terjunam ke dalam sungai. Mangsa didapati meninggal di tempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-10-14 Maut akibat terkena renjatan elektrik Kawasan Perumahan - Kuala Lumpur Mangsa seorang warganegara tempatan berusia 28 tahun maut terkena renjatan elektrik semasa memasang kabel Unifi dari Distribution Board (DB) yang terletak pada tiang telefon ke rumah pelanggan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya. Tiada prosedur kerja selamat
2011-10-04 Maut dihempap kren menara Tapak Bina - Pulau Pinang Mangsa yang merupakan orang awam maut dihempap kren menara. Mangsa yang ketika itu sedang tidur, maut di tempat kejadian apabila kren menara yang dalam keadaan free standing tiba-tiba tumbang menghempap rumah kedai yang didiami mangsa. Kegagalan pada tapak kren
2011-09-25 Maut dihempap kontena Tapak bina - Kuala Lumpur Mangsa yang merupakan seorang warga asing maut apabila dihempap oleh kontena yang sedang diturunkan menggunakan kren bergerak. Mangsa mati di tempat kejadian dan dibawa ke HUKM untuk siasatan lanjut. Tiada prosedur kerja selamat
2011-09-12 Maut terjatuh dari bumbung Kilang - Johor Semasa kejadian, mangsa bersama dengan dua orang lagi pekerja pekerja sedang memasang paip penghawa dingin di atas bumbung bangunan di dalam kilang. Mangsa terjatuh ke bawah disebabkan bumbung yang dipijak mangsa pecah. Mangsa yang mengalami kcederaan parah meninggal di hospital pada hari yang sama. - Tiada prosedur kerja selamat
- Majikan gagal mengadakan latihan dan penyeliaan untuk kerja-kerja di tempat tinggi
2011-08-26 Maut dihempap paip besi Tapak bina - Kuala Lumpur Kejadian berlaku lebih kurang jam 10.15 pagi di tapak projek di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Kemalangan berlaku di tingkat 50 semasa mangsa yang merupakan warga asing sedang menurunkan besi paip dengan menggunakan Winch. Secara tiba-tiba wire rope winch telah tercabut dari drumnya lalu menghempap mangsa yang berada berdekatan. Mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada tangan dan patah tulang belakang. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 6.00 petang. -Tiada penyelenggaraan sempurna pada winch
-Tiada prosedur kerja selamat
2011-08-08 Maut akibat terkena renjatan elektrik Kilang - Pontian, Johor Mangsa seorang warganegara tempatan berusia 25 tahun yang merupakan seorang jurukimpal dan mempunyai pengalaman selama 2 tahun. Pada hari kejadian, mangsa diarahkan oleh penyelia untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan kerja Plo. Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring mengiring kiri dengan kedua-dua kakinya berada di atas welding bad dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kepalanya berdarah. Terdapat socket boleh alih dan palam tiga pin berada di bawah badan mangsa. Mangsa yang terus dikejarkan ke hospital Pontian dan disahkan meninggal dunia sebelum mendapat apa-apa rawatan kecemasan. -Tiada penyelenggaraan sempurna pada wayar elektrik
-Tiada prosedur kerja selamat
2011-08-06 Maut dihempap tangki air Ladang - Johor Mangsa yang merupakan warga asing maut dihempap tangki air yang menggelungsur dari traktor semasa dalam perjalanan pulang selepas selesai meracun rumput di ladang kelapa sawit. Tiada pemeriksaan dan penyelenggaraan pada kenderaan sebelum kerja dijalankan
2011-07-31 Tersepit diantara badan lori Bengkel - Chainage 900, Projek 3F, Kg. Kubang Rusa, Sg Yu, Kuala Lipis, Pahang Ketika kejadian, mangsa sedang membaiki lori tanah yang mengalami kerosakan pada system jack yang tidak berfingsi dan dibantu oleh rakannya. Jack dinaikkan penuh dan badan lori dihadang oleh penghadang besi yang terdapat di bahagian badan lori. Ketika menjalankan kerja pembaikan, mangsa duduk diatas long shaft dan secara tiba-tiba badan lori jatuh dengan cepat lalu menimpa mangsa. Mangsa yang tersepit diantara jack dan badan lori mati di tempat kejadian. Mangsa disahkan mati akibat mengalami pendarahan yang banyak akibat menerima hentakan kuat di atas kepala. 1)Tiada prosedur kerja selamat
2)Mangsa tidak memiliki kelayakan atau kemahiran khusus berkaitan kerja-kerja membaiki jentera
2011-07-28 Mati dihempap objek yang terjatuh Tapak projek - Setia Sky Residences-PH2, Lot 28 & 29, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Seksyen 42, Kuala Lumpur Kejadian berlaku lebih kurang jam 2.20 petang semasa operator kren, Mahat Bin Haron mengangkat Concrete Pile Head untuk diletak di atas trailer. Ketika kejadian ,mangsa iaitu Ling Tui Cheng, sedang mengaturkan kedudukan Concrete Pile Head yang diangkat dengan mengunakan Crawler Crane digantungkan pada Main Block (Blok besar) ke atas trailer, secara tiba-tiba Single Line Block (Blok Kecil) yang tergantung di atas telah jatuh menimpa kepala mangsa. Topi keselamatan mangsa pecah dan beliau mati di tempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-07-04 Mati terjatuh dari eskalator Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, No. 15, Tingkat 1-7, (Podium), Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya Kejadian berlaku lebih kurang jam 5.00 petang ketika mangsa, Muhammad Shevana Zhakir Husin, 3, bersama dengan adik bongsunya sedang bermain-main berhampiran kawasan penghadang di tingkat 2 dengan escalator yang sedang beroperasi turun ke tingkat 1. Pada masa yang sama ibu dan bapa mangsa sedang melakukan urusan perbaharuan visa bagi pekerja asing di pejabat Jabatan Imigresen di tingkat 2 yang berdekatan dengan lokasi kejadian. Mangsa dipercayai telah berdiri di atas skirt pane di bahagian luar yang pada masa sama tangannya telah diletakkan di atas handrail yang sedang bergerak ke bawah. Akibatnya mangsa telah hilang kawalan sehingga telah menyebabkannya terjatuh sehingga ke tingkat bawah (ground floor) melalui ruang (lubang) yang terletak di antara penghadang dan return glass pada escalator pada ketinggian lebih kuran 12 meter. Mangsa telah mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala telah dihantar ke Hospital Putrajaya pada hari kejadian untuk rawatan selanjutnya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan keadaan yang semakin kritikal. Mangsa telah disahkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Julai 2011 lebih kuran pukul 1.30 petang. Tiada pemantauan
2011-06-02 Mati akibat terjatuh Tapak bina - Taman Putra, Jalan Raja Muda, 01000 Kangar, Perlis Pada 02/06/2011 lebih kurang jam 11.00 pagi, mangsa dan seorang lagi rakannya melakukan kerja-kerja pemotongan dahan pokok mengunakan mesin gergaji tangan dengan menaiki man-basket yang diangkat menggunakan sebuah kren bergerak. Ketika kerja-kerja pemotongan itu dijalankan pada ketinggian lebih kurang 21 meter, mangsa terjatuh bersama-sama dengan man-basket ke atas tanah. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dikejarkan ke hospital. Mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah pada lebih kurang jam 10.30 pagi 3/6/2011. Kren tidak diselenggara dan diperiksa sebelum digunakan
2011-05-31 Maut digilis jentera Kilang - Bahagian Log Cutting 3 Pada hari kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu jentera (Super-telelogger-Q86 jenama Bell) sedang melakukan aktiviti memindahkan kayu balak yang telah disukat dan dipotong mengikut saiz berlainan daripada bahagian log cutting ke log peeling (rotary). Mangsa bekerja syif malam bermula dari jam 7.00 petang hingga 7.00 pagi. Lebih kurang jam 7.15 petang salah seorang pekerja mendapati jentera mangsa sedang berputar 360 darjah lawan jam tanpa pemandu. Saksi tersebut menunggu sehingga jentera dapat dinaiki. Saksi kemudian mendapati pemandu berada dalam keadaan berbaring sisi iaitu permukaan muka sebelah kanan menyentuh tanah.
Mangsa didapati mati di tempat kejadian disyaki telah digilis oleh tayar hadapan jentera tersebut. Mangsa terus dihantar ke Hospital Miri.
Tiada prosedur kerja selamat bagi pemanduan jentera
2011-05-23 Maut akibat dihempap luffing boom Tapak pembinaan - Mukim Batu, Kuala Lumpur Mat Tahir bin Mustafa, 44 tahun, penduduk tetap dan Kadir , warganegara Bangladesh, telah maut akibat dihempap oleh luffing boom (kren menara) yang jatuh secara mengejut. Ketika kejadian dua mangsa tersebut sedang berada dibawah kren tersebut. Akibat daripada kejadian itu, kedua-dua mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala. Tiada prosedur kerja selamat
2011-04-17 Maut akibat tanah runtuh Perladangan- Tanah Merah, Kelantan Kong Tong Lim @ Abdul Halim Abdullah, 75 tahun, warganegara Malaysia, maut apabila tertimbus oleh tanah yang runtuh. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja membaiki tanah runtuh di kawasan ladang secara berseorangan. Secara tiba-tiba mangsa telah dihempap oleh tanah runtuh tersebut. Mangsa telah didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-04-17 Maut ketika berada dalam ruang terkurung Manhole - Tanjung Tokong, Pulau Pinang Rashidi bin Rosli,20 tahun dan Zakaria bin Ahmad, 32 tahun, kedua-duanya adalah warganegara Malaysia. Kedua-dua mangsa maut apabila memasuki ruang terkurung tersebut. Ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja terakhir pembersihan paip pembetungan. Ketika memasuki dalam ruang terkurung, kedua-dua mangsa telah sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Kedua dua mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja dalam ruang terkurung.
2011-04-14 Maut dihempap oleh balak Kawasan pembalakan - Sungai Betis, Gua Musang, Kelantan Md Noor b. Harun, 52 tahun, warganegara Malaysia, maut apabila dihempap oleh balak yang bergolek ke badan mangsa. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan balak di kawasan pembalakan. Semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembalakan, kayu balak yang dipotong telah bergolek dan menghempap mangsa. Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia sejurus tiba di hospital tersebut. Tiada prosedur kerja selamat
2011-04-09 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak pembinaan - Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Mohd Mohassin, 35 tahun, warganegara Bangladesh, maut apabila terjatuh dari bumbung rumah pada ketinggian lebih kurang 8 meter. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja konkritT-Beam untuk bumbung salah satu rumah yang dalam proses pembinaan. Semasa melakukan kerja-kerja tersebut mangsa telah terjatuh ke lantai dan meninggal dunia ditempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat ketika kerja-kerja konkrit `T-Beam dijalankan.
2011-04-05 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak pembinaan - Kuala Lumpur Rhodul Alan, 31 tahun, warganegara Bangladesh, maut apabila terjatuh dari ketinggian 10.7 meter ketika berada di atas`segmen. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa bahan binaan di dalam `segmen jalanraya bertingkat. Semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan tersebut, mangsa telah terjatuh ke dalam lubang manhole yang terbuka. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan lalu meninggal dunia ditempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan.
2011-03-29 Maut dihempap traktor Ladang - Batu Pahat, Johor Mawardi bin Sri Dahim, 30 tahun, warganegara Indonesia, maut apabila dihempap oleh traktor. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja menambak lubang pada permukaan jalan. Semasa kejadian mangsa sedang memandu traktor membawa tanah untuk kerja-kerja menambak lubang dan secara tiba-tiba traktor mangsa hilang kawalan lalu terbalik menghempap mangsa. Tiada prosedur kerja selamat
2011-03-26 Maut digilis oleh jentera penggelek jalan Ladang Getah Persendirian, Gemas, Negeri Sembilan. Suman al Tamil Avasan, 18 tahun, warganegara Malaysia, maut apabila digilis oleh jentera penggelek jalan. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja meratakan jalan di dalam ladang tersebut dengan menggunakan jentera `road roller. Ketika memberhentikan jentera tersebut , mangsa turun dan pergi dihadapan jentera `road roller untuk melihat sesuatu dan telah digilis oleh jentera tersebut. Mangsa maut ditempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-03-25 Maut tersepit antara cages Kilang - Mukim Bera, Pahang Mariappan Palavesan Annamalai, 22 tahun, warganegara India, maut apabila tersepit antara cages. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja menarik keluar cages yang berisi buah kelapa sawit dari steriliser. Semasa proses menarik keluar cages dari steriliser, mangsa telah meminta bantuan shovel. Semasa menolak, pemandu shovel mendapati mangsa telah tersepit pada cages tersebut dan segera menghantar mangsa ke hospital berdekatan. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Tiada prosedur kerja selamat
2011-03-16 Maut akibat tong drum meletup Kilang - Johor Bahru, Johor Seorang pekerja tempatan berusia 30 tahun, maut apabila tong drum yang sedang dikimpal meletup secara tiba-tiba. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian tong drum bagi kegunaan penyimpanan minyak diesel. Semasa mangsa sedang melakukan kimpalan pada penutup tong drum tersebut, ia telah meletup dan menyebabkan penutup tong drum itu tercabut lalu mengenai dada dan muka mangsa. Mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran dan meninggal dunia setelah beberapa hari menerima rawatan di hospital tersebut. Tiada prosedur kerja selamat
2011-03-09 Maut tergelincir dari tangga Kemudahan lampu jalan - Kedah Seorang pekerja tempatan berusia 31 tahun, maut apabila tergelincir dari tangga. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja mengubah sambungan lampu jalan. Setelah selesai kerja tersebut, ketika mangsa sedang turun tangga, tiba-tiba mangsa tergelincir dan jatuh ke bawah. Ketinggian ketika berlaku kejadian tersebut adalah 3.5 meter. Mangsa telah pengsan dan dikejarkan ke hospital berhampiran. Mangsa meninggal dunia pada 17.03.2011. Tiada prosedur kerja selamat
2011-03-01 Maut terjatuh dari trailer Perladangan - Johor Seorang pekerja asing berusia 26 tahun, maut apabila terjatuh dari trailer. Ketika kejadian mangsa bersama pemandu traktor telah memasuki ladang untuk mengambil tong-tong kosong yang digunakan untuk menyimpan campuran racun rumput selepas kerja-kerja semburan selesai. Semasa traktor yang dinaiki oleh mangsa sedang menuruni bukit, mangsa telah terjatuh dari trailer dan dilanggar oleh tayar belakang trailer tersebut. Mangsa meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah dibahagian belakang kepala. Tiada prosedur kerja selamat
2011-02-24 Maut terjatuh dari tempat tinggi Tapak pembinaan - Johor Seorang pekerja asing berumur 30 tahun, maut apabila terjatuh dari tempat tinggi. Ketika kejadian mangsa sedang berada di tingkat 8 dan sedang menurunkan tong konkriit ke tempat tuangan konkrit. Kejadian berlaku ketika angin kencang dan mangsa sedang menurunkan tong konkrit dan tong konkrit tersebut bergoyang lalu terlanggar kayu sokongan pada tingkat 9. kayu sokongan yang dilanggar patah dan jatuh, mangsa cuba mengelak menyebabkan hilang keseimbangan badan dan terjatuh ke aras bawah. Tiada prosedur kerja selamat
2011-02-14 Maut dihempap kayu balak Pembalakan - Kelantan Seorang pekerja tempatan berusia 26 tahun, maut apabila dihempap oleh pokok kayu balak. Ketika kejadian mangsa seorang pemandu jengkaut sedang melakukan kerja-kerja menaikkan kayu balak ke atas lori hantu. Semasa sedang melakukan kerja-kerja tersebut , tiba-tiba angin kuat melanda kawasan itu dan sebatang pokok kayu balak yang reput telah tumbang dan menghempap mangsa. Mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital yang berdekatan. Tiada prosedur kerja selamat
2011-02-13 Maut terjatuh dalam sungai Perlombongan Pasir - Kelantan Seorang pekerja tempatan berumur 20 tahun, maut apabila lemas dalam sungai. Ketika kejadian mangsa seorang pekerja am sedang melakukan kerja membaiki saluran paip penyedut pasir yang rosak. Setelah kerja-kerja membaiki siap, mangsa meniti saluran paip menuju ke tebing sungai untuk membeli nasi di kedai yang berdekatan. Secara tiba-tiba mangsa tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. Oleh kerana air sungai yang terlalu deras, mangsa telah dihanyutkan air dan lemas. Tiada prosedur kerja selamat
2011-02-12 Maut terjatuh dari tangga mudah-alih Tapak pembinaan - Pulau Pinang Seorang pekerja asing berumur 32 tahun, maut apabila terjatuh dari ketinggian 5 meter. Semasa kejadian mangsa sedang menjalankan kerja semburan bahan`debond release agent dengan menggunakan tangga mudahalih. Bahan tersebut digunakan untuk memudahkan pemisahan apabila `joining proses dijalankan antara segmen berkenaan. Apabila tangga tersebut gagal dialihkan mangsa cuba naik ke atas segmen berkenaan. Semasa naik ke atas segmen tersebut mangsa telah terjatuh ke bawah dan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Tiada prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja tersebut
2011-01-27 Maut digilis traktor Kawasan Ladang Kelapa sawit, Sarawak Seorang pekerja tempatan berumur 47 tahun, maut apabila digilis traktor. Ketika kejadian mangsa telah duduk di atas mudguard. Semasa melalui jalan ladang untuk mengambil buah kelapa sawit, traktor tersebut mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kerana jalan yang berlubang. Skrew yang menyokong pemberat traktor telah patah dan menyebabkan pemandu memberhentikan traktor secara tergesa dan mangsa terjatuh lalu digilis oleh tayar traktor tersebut. Tiada prosedur kerja selamat
2011-01-12 Maut terjatuh dari bumbung kilang Kilang - Pulau Pinang Seorang pekerja tempatan berumur 47 tahun, maut apabila terjatuh dari bumbung kilang yang berketinggian 13.7 meter. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja membaiki bumbung. Semasa kejadian, mangsa telah terpijak bahagian bumbung termoplastik/PVC dan bumbung tersebut pecah serta merta dan mangsa terjatuh ke lantai. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Tiada prosedur kerja selamat
2011-01-03 Maut akibat lantai runtuh secara tiba-tiba Tapak pembinaan - Kuala Lumpur Seorang pekerja asing berumur 30 tahun, maut apabila struktur lantai runtuh secara tiba-tiba. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja meratakan simen konkrit yang dipam keatas struktur formwork tersebut. Semasa kerja-kerja penuangan konkrit dijalankan, secara tiba-tiba struktur tersebut runtuh dan mangsa telah jatuh bersama lalu tertimbus oleh simen konkrit tersebut. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2011-01-02 Maut akibat termasuk dalam mesin Sektor perkilangan - Johor Seorang pekerja asing berumur 34 tahun, maut apabila termasuk ke dalam mesin penghancur kayu (shredder machine). Ketika kejadian mangsa ditugaskan untuk menghancurkan bord dengan menggunakan mesin tersebut. Semasa mengendalikan `shredder machine seluruh anggota badan mangsa telah termasuk ke dalam mesin tersebut. Mangsa mengalami hancur seluruh anggota badan meninggal dunia ditempat kejadian. Tiada prosedur kerja selamat
2010-04-29 Kenderaan yang dinaiki terbabas Serdang, Kedah Azlin Bt Ariffin, 28 tahun, maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas dan terjatuh ke bawah cerun bukit. Ketika kejadian mangsa bersama pemandu dalam perjalanan ke kawasan ladang.
2010-04-24 Dihempap jentolak Kawasan Perindustrian Rembia Fasa 3, Melaka Mohd Rafizsham bin Safri, 21 tahun, maut apabila jentolak yang dipandu oleh mangsa telah terbalik dan menghempap mangsa ketika menjalankan kerja-kerja meratakan tanah.
2010-04-19 Terjatuh dari tempat tinggi Mukim Batu, Kuala Lumpur Sajjad Khan, warganegara Pakistan, maut apabila terjatuh dari tempat tinggi. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja meletakkan `silicon diantara celah kaca. Mangsa tidak menyedari bahawa beliau telah terpijak di kawasan kosong yang masih belum dipasang cermin kaca. Mangsa telah terjatuh ke bawah di atas platform (swing table) sebuah jentera `skylift.
2010-04-09 Terjatuh dari perancah Batu 7 1/2, Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur Mohd Hanaffi bin Rahman, 23 tahun, maut setelah terjatuh dari perancah ketika hendak turun dari perancah. Ketika kejadian mangsa sedang menuruni perancah dan secara tiba-tiba struktur perancah dari lokasi lain telah tumbang lalu menghempap perancah yang digunakan oleh mangsa.
2010-04-06 Maut mengejut selepas pengsan Senawang Industrial Park, Seremban, Negeri Sembilan Sazali bin Mohd Yusof, 40 tahun, maut setelah secara tiba-tiba beliau pengsan dan terjatuh.
2010-04-01 Jatuh dari tempat tinggi Jalan Galloway, Kuala Lumpur Sugeng, 28 tahun, warganegara Indonesia, maut apabila terjatuh dari tingkat 24 ke tingkat 6. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di tingkat 24.
2010-03-29 Perancah runtuh Mukim Kuala Nerus, Terengganu Nurul Islam, 37 tahun,warganegara Bangladesh, maut setelah perancah runtuh secara tiba-tiba ketika mangsa berada di atas perancah tersebut.
2010-03-21 Maut di ruang terkurung Beaufort, Sabah Wahab (30 tahun), Ajin (20 tahun), Mus (25 tahun), Armuji (18 tahun), Anuar (17 tahun) dan Bansal (17 tahun),maut setelah terhidu gas beracun ketika berada dalam tangki `treated water pumping tank.
2010-03-08 Maut dilanggar jentolak Kuala Lipis, Pahang Mohd Anuar Chin Bin Abdullah, 62 tahun, maut dilanggar oleh jentolak yang dipandu oleh mangsa sendiri. Ketika kejadian mangsa sedang berhentikan jentolaknya di kawasan cerun dan turun dari jentolak tersebut. Dengan tiba-tiba mangsa telah dirempuh oleh jentolak yang dipandu oleh mangsa.
2010-03-04 Maut digilis traktor Kuala Lipis, Pahang Abdur Rahman, 43 tahun, maut apabila terjatuh dari traktor yang ditumpangnya. Ketika kejadian mangsa baru selesai melakukan kerja-kerja mengutip buah kelapa sawit. Mangsa telah menumpang mini traktor untuk pulang ke tempat penginapannya. Semasa dalam perjalanan mangsa telah terjatuh dan diseret sebelum digilis sebahagian tayar kiri trailer traktor tersebut.
2010-03-03 Maut terjatuh dalam bin Kuantan, Pahang Rajan Bishwakarma, 25 tahun,warganegara Nepal, maut apabila terjatuh ke dalam `Bin 151 melalui bahagian bukaan yang terdapat di bahagian atas `bin. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja `scraping yang merupakan salah satu aktiviti pembersihan `bin dengan menggunakan sebatang rod besi yang dimasukkan ke dalam lubang yang terdapat pada bahagian tengah jaring besi pada bukaan `bin.
2010-02-22 Digilis jentera excavator Kuala Rompin, Pahang Nordin bin Ramli, 27 tahun, warganegara Indonesia, maut setelah digilis oleh jentera `excavator . Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan.
2010-02-20 Dihempap jentolak Alor Gajah, Melaka Mohd Aiman bin Mohd Darus, 14 tahun maut setelah dihempap oleh jentolak. Ketika kejadian mangsa bermain dikawasan tersebut.
2010-02-17 Dijumpai mati di dalam tandas Sungai Udang, Melaka Zulkifli bin Zakaria, 40 tahun, ditemui maut dalam tandas. Mangsa ditemui tertiarap dalam tandas oleh pekerja yang memasuki tandas.
2010-02-16 Maut dalam ruang terkurung Kuala Lumpur Seorang warganegara Indonesia dan seorang warganegara Bangladesh maut setelah ditemui tidak sedarkan diri didalam loji kumbahan. Ketika kejadian kedua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan disekitar `manhole.
2010-02-09 Maut dihemapap pokok kayu balak Rompin, Pahang Attak,39 tahun,warganegara Indonesia, maut apabila pokok yang ditebang telah menghempap mangsa ketika mangsa sedang keluar menyelamatkan diri dari jengkaut.
2010-02-01 Maut dihempap kayu balak Tanah Merah, Kelantan Sakaran Bin Sampe, 55 tahun, maut apabila dihempap oleh pokok kayu balak yang ditebang.
2010-02-01 Terjatuh dari tempat tinggi Seberang Prai, Pulau Pinang Abdul Malek Shamser Ali, 35 tahun,warganegara Bangladesh, maut setelah terjatuh dari platform yang berketinggian 7.0 meter. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memasang `water cooling cable.
2010-01-31 Kanak-kanak lemas dalam kawasan larangan binaan di muara sungai Pekan, Pahang Adam Bukhairi Bin Bakri, 7 tahun, maut apabila lemas ketika bermain bersama rakan-rakannya di kawasan kerja-kerja membaikpulih muara sungai.
2010-01-28 Tersepit semasa jentera beroperasi Besut, Terengganu Mohd Zaki bin Awang, 45 tahun, maut apabila tersepit setelah terhimpit diantara belakang treler dengan bahagian counterweight kren bergerak.
2010-01-26 Terjatuh dari tempat tinggi Bentong, Pahang Nordin Bin Ramli, 39 tahun, maut apabila terjatuh dari aras 3 ke aras tanah bangunan sekolah. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja membaikpulih bangunan sekolah dengan melakukan kerja-kerja mengecat.
2010-01-25 Letupan semasa kerja-kerja baikpulih jentera Plantation, Setiu, Terengganu Robiul ,30 tahun, warganegara Bangladesh, maut setelah terbakar seluruh badan ketika reaktor yang sedang dalam baikpulih(welding) meletup lalu menyambar mangsa.
2010-01-21 Tertimbus bersama longgokan sampah Beris Lalang, Bachok, Kelantan Rohana Dollah, 44 tahun, maut apabila tertimbus bersama longgokkan sampah di kawasan pelupusan sampah majlis daerah tempatan. Ketika kejadian mangsa sedang mencari dan memungut botol plastik dan tin-tin untuk dijual.
2010-01-21 Terkena pintu sanding calibrator machine Simpang Rengam Industri Estate, Johor Abul Hossain, 35 tahun,warganegara Bangladesh, maut apabila terkena pintu yang ditendang semula oleh mesin sanding calibrator.
2010-01-15 Dihempap pokok Ulu Nenggiri,Daerah Bertam, Gua Musang, Kelantan Fung Yi Siang, 26 tahun, maut apabila dihempap oleh kayu balak yang telah ditebang.
2010-01-10 Dihempap pokok Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan Yotchai Ngocharit, 32 tahun,warganegara Thailand, maut setelah dihempap oleh pokok yang ditebang.
2010-01-05 Terkena kipas cooling tower Bukit Sagu 4, Kuantan, Pahang Mohd Jakir Hossain, 34 tahun, warganegara Bangladesh, maut apabila terkena kipas penyejuk `cooling tower. Ketika kejadian mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan apabila tiba-tiba kipas penyejuk berfungsi dengan sendirinya lalu mengenai kepala mangsa.

Cetak