Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim

Pendedahan Bising

Penggunaan alat pengukuran tidak diperlukan untuk pengenalpastian bising berlebihan kerana soalan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pengenalpastian Bising adalah penilaian secara kualitatif. Bagaimanapun, bacaan dari aplikasi pintar boleh menjadi indikator awal untuk majikan menilai keberkesanan langkah kawalan yang hendak dilaksanakan.

Pengenalpastian semula bising berlebihan setiap tahun hanya perlu dijalankan bagi kawasan yang dikenalpasti tiada pendedahan kepada bising berlebihan dalam pengenalpastian terdahulu.

a) Adakah penaksiran risiko bising perlu dijalankan di tempat tersebut?

Ya, penaksiran semula perlu dijalankan kerana pendedahan terkini mungkin berbeza dengan sebelumnya.

b) Bila penaksiran semula perlu dijalankan?

Dalam tempoh satu bulan selepas pengenalpastian semula bahaya bising.

Pengenalpastian semula bising berlebihan adalah untuk menyemak dan menilai semula kemungkinan pendedahan risiko bising secara berterusan dalam frekuensi yang ditetapkan. Setakat ini, tiada peruntukan perundangan yang menyatakan PBB boleh dihentikan setelah tiada risiko bising di tempat kerja.

a) Adakah majikan perlu menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan setelah risiko bising dikurangkan di bawah NEL?

Pada dasarnya, pengenalpastian semula bising berlebihan setiap tahun tidak perlu dilaksanakan berikutan penaksiran telah dijalankan bagi kawasan yang dikenalpasti mempunyai risiko bising. Walaubagaimanapun, majikan perlu menjalankan pengenalpastian semula bising berlebihan berikutan perubahan yang berlaku sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan 3(2)(a).

b) Sekiranya pengenalpastian semula bising berlebihan yang dijalankan masih terdapat risiko bising berlebihan, adakah penaksiran risiko bising perlu dijalankan?

Ya, penaksiran risiko perlu dijalankan kecuali jika pengurangan bising kepada paras di bawah NEL tersebut telah disahkan melalui penaksiran risiko bising di kawasan/SEG terlibat sebaik sahaja penambahbaikan kawalan dilaksanakan.

Penaksiran perlu dijalankan oleh Penaksir Risiko Bising yang berdaftar dengan Jabatan. Hanya OYK yang hadir dan lulus Kursus Transition for Noise Competent Person adalah dibenarkan menjalankan penaksiran risiko bising. Senarai nama Penaksir Risiko Bising tersebut boleh disemak melalui laman sesawang Jabatan di https://www.dosh.gov.my/direktori.oyk/#pb

Peralatan yang dikalibrasi di makmal yang belum lagi mendapat akreditasi sebelum tarikh pemberitahuan kelulusan ICOP (5 Ogos 2019) hanya boleh digunakan sehingga tempoh 12 bulan dari tarikh tentukur tersebut. Tempoh sah kalibrasi setiap peralatan adalah 12 bulan dari tarikh kalibrasi sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 7.2.2 ICOP.

Kaedah pemberitahuan keputusan penaksiran kepada pekerja adalah terpulang kepada majikan. Kaedah pemberitahuan tersebut perlu mematuhi subperaturan 4(6) dan 5(1).

Setakat ini, Jabatan tiada mengeluarkan kebenaran untuk majikan menjalankan penaksiran risiko bising secara generik. Bagaimanapun, pihak majikan boleh mengemukakan permohonan dan kertas cadangan kepada Jabatan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majikan wajib melaksanakan syor cadangan kawalan oleh penaksir risiko bising sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan 4(7). Bagaimanapun, sebelum melaksanakan langkah kawalan kejuruteraan tersebut, majikan perlu melaksanakan penilaian praktik langkah kawalan seperti yang ditetapkan di bawah peraturan 6(4) bagi mengenalpasti jenis, spesifikasi, kos dan lain-lain yang berkaitan langkah kejuruteraan yang hendak dilaksanakan.