• HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Slider

Kelulusan KPD DOSH SIRIM

Terdapat 7 jenis KPD yang memerlukan kelulusan Ketua Pengarah yang merangkumi pelindung pernafasan, pendengaran, mata, tangan, kaki, badan dan kepala.

Keperluan mendapatkan kelulusan KPD sebagaimana termaktub dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturannya. Ia dapat dirujuk dari Perundangan Berkaitan KPD.

Ia melibatkan semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja, termasuklah produk KPD yang diimport dan dibuat di dalam negara.

Tarikh penguatkuasaan adalah seperti dibawah:

  1. Pelindung kepala dan kaki- sejak 1 Jun 2020

  2. Pelindung pernafasan(particulate filter)- bermula 1 Jun 2021

  3. Pelindung badan(Abah-abah dan aksesori)-bermula 1 Jun 2021

  4. Lain-lain jenis KPD-bermula 1 Jun 2022.

Majikan perlu memastikan semua penggunaan KPD di tempat kerja mempunyai label pensijilan DOSH-SIRIM. Keperluan untuk pembekal atau pembuat KPD mendapatkan kelulusan DOSH-SIRIM telah diperkenalkan oleh DOSH pada tahun 2016.

KPD tanpa kelulusan JKKP dibenarkan untuk digunakan sehingga habis tempoh masa penggunaannya. Pembelian KPD selepas itu, perlulah mempunyai kelulusan JKKP dengan label DOSH-SIRIM.

JKKP akan mengkaji perkara berikut -

(a) Pendekatan bertahap untuk mengurangkan beban industri

(b) Membolehkan pengelompokan produk dari jenis yang sama.

(c) Mengurangkan beban kepada industri dari segi kos (ujian produk & audit kilang) dan masa.