Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim

Pengelasan

Maklumat tentang kaedah pengelasan bahan kimia boleh merujuk pada:

  1. Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard, (ICOP CHC);
  2. The Globally Harmonized System of Classification and Labelling of Chemicals (GHS Purple Book)

Jika bahan kimia tersebut telah menjalani proses pengelasan dan didapati tidak terkelas menurut Peraturan CLASS, keperluan pembungkusan, pelabelan, SDS dan inventori bahan kimia berbahaya adalah tidak terpakai kepada bahan kimia tersebut. Bagaimanapun, keperluan SDS masih terpakai kepada campuran bahan kimia yang mengandungi bahan berbahaya melebihi kepekatan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, Peraturan CLASS. Sila simpan semua rekod pengelasan sebagai bukti pengelasan.

Format rekod pengelasan diberikan dalam perenggan 2.7 dalam Bahagian 2, ICOP CHC. Rekod pengelasan mestilah mengandungi semua maklumat seperti yang dinyatakan dalam format tersebut. Bagaimanapun, mana-mana bentuk dokumentasi, seperti pangkalan data atau alatan elektronik, yang mengandungi semua maklumat yang ditetapkan (seperti yang ditetapkan dalam format tersebut) akan dianggap sebagai rekod pengelasan. Sila ambil maklum bahawa SDS adalah bukan rekod pengelasan.

Rekod pengelasan bertujuan untuk membuktikan bahawa satu-satu bahan kimia itu dikelaskan menurut Peraturan CLASS dengan justifikasi dan/atau data untuk menyokong pengelasan tersebut. Justifikasi dan/atau data ini kemudian dipastikan andal melalui petikan yang betul dan dapat dijejaki sekiranya perlu.

Bagi bahan kimia yang tidak tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC, pembekal utama perlu menjalankan pengelasan sendiri/swapengelasan dengan menggunakan kaedah seperti yang diperincikan dalam Bahagian 2, ICOP CHC. Jika bahan kimia tersebut telah melalui proses pengelasan dan keputusan pengelasan adalah “tidak terkelas” bagi semua kelas bahaya, keperluan pembungkusan, pelabelan, SDS dan inventori bahan kimia berbahaya tidak terpakai bagi bahan kimia tersebut. Sila ambil maklum bahawa senarai bahan kimia dalam Bahagian 1 hanya terdiri daripada bahan dan senarai ini tidak terbatas.

Jika bahan kimia tersebut tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC, memadailah untuk menyatakan bahan kimia tersebut tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC di ruang justifikasi (rujuk Lampiran 2.3 Rekod Pengelasan).

Pengimport boleh mendapatkan data tentang pengelasan daripada pengilang luar negara. Jika data tersebut tidak boleh diperoleh, pengimport perlu mencari data tentang bahan kimia tersebut daripada literatur, jurnal, artikel mapan atau pangkalan data bahan kimia yang diiktiraf untuk menjalankan pengelasan sendiri menurut Bahagian 2, ICOP CHC. Pengimport berkewajipan memastikan rekod pengelasan tersedia untuk pemeriksaan.

Pengelasan tersebut hendaklah dilaksanakan berdasarkan bentuk produk yang dibekalkan. Oleh itu, dalam kes ini, pengelasan hendaklah dilaksanakan dalam bentuk pepejal. Jika terdapat apa-apa bahaya yang diketahui, yang boleh menjejaskan kesihatan semasa mengendalikan/menggunakan produk tersebut, hal ini hendaklah diperincikan dan dinyatakan dalam SDS (Seksyen 2, sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 3.7.2.3, ICOP dan Seksyen 7).

Pembekal tersebut hendaklah mematuhi pengelasan yang diberikan dalam Bahagian 1, ICOP CHC. Jika terdapat bukti kukuh atau data yang tersedia untuk menyokong perbezaan dalam pengelasan, pembekal tersebut bolehlah mengemukakan bukti atau data kepada Jabatan untuk mengetengahkan ketaktekalan tersebut. Ketua Pengarah akan menentukan pengelasan muktamad bahan kimia tersebut.