• HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Slider

CIMAH

A) UMUM

Jawapan:

CIMAH merupakan suatu peraturan yang diwujudkan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Peraturan ini dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau singkatannya dipanggil Peraturan CIMAH 1996.

Jawapan:

suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang lebih daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya;

di mana maksud aktiviti industri tersebut adalah

  • suatu operasi yang dijalankan dalam suatu pepasangan industri yang disebut dalam Jadual 4 yang melibatkan atau akan melibatkan satu atau lebih bahan berbahaya, dan termasuklah simpanan dan pengangkutan di kawasan tapak yang berkaitan dengan operasi tersebut; atau
  • suatu penyimpanan atau penyediaan bahan berbahaya di mana-mana tempat, pepasangan, premis, bangunan atau kawasan tanah sama ada terasing atau dalam suatu establismen, iaitu suatu tapak yang digunakan bagi maksud penyimpanan.

Jawapan:

  1. suatu pepasangan nuklear;
  2. suatu pepasangan di bawah angkatan tentera;
  3. suatu kenderaan atau vesel yang mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri; dan
  4. suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang adalah atau sama atau kurang daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya.

B) BORANG PEMBERITAHUAN AKTIVITI INDUSTRI (BORANG JKKP 5)

Jawapan:

Borang JKKP 5 perlu dikemukakan kepada JKKP Ibu Pejabat sama ada secara serahan tangan, pos atau emel.

Jawapan:

Helaian Data Keselamatan (SDS) perlu disertakan surat iringan yang menyatakan pepasangan itu adalah diklasifikasi dalam kategori Pepasangan Bahaya Besar (MHI), Pepasangan Bahaya Bukan Besar (NMHI) atau tidak perlu patuh (NTC).

Jawapan:

Ya. Kemukakan semula borang JKKP 5 kepada pihak Jabatan dan nyatakan perubahan tersebut dalam borang bersama-sama Helaian Data Keselamatan (SDS) serta surat iringan yang menyatakan pepasangan itu adalah diklasifikasi dalam kategori Pepasangan Bahaya Besar (MHI), Pepasangan Bahaya Bukan Besar (NMHI) atau tidak perlu patuh (NTC).

Jawapan:

Ya. Penghantaran borang JKKP 5 boleh dihantar melalui sistem MyKKP Jabatan. Kerja-kerja pembangunan modul JKKP 5 dalam sistem MyKKP sedang giat berjalan. Pihak Jabatan akan membuat pemakluman sekiranya borang JKKP 5 boleh dihantar melalui sistem MyKKP.

C) LAPORAN AKTIVITI INDUSTRI (LAI) DAN PELAN KECEMASAN TAPAK (ERP)

Jawapan:

Pihak pepasangan bertanggungjawab untuk menyemak dokumen LAI dan ERP yang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan berhak merujuk dokumen yang dikemukakan dan meminta maklumat tambahan sekiranya dirasakan dokumen dikemukakan tidak memuaskan.

Jawapan:

Kelewatan penghantaran dokumen LAI dan ERP adalah menjadi kesalahan. Dokumen perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pepasangan yang mempunyai justifikasi tertentu boleh menghantar permohonan pelanjutan tempoh masa secara bertulis untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan. Jabatan berhak untuk menerima dan menolak permohonan pepasangan.

Jawapan:

Ya. Tarikh luput dokumen ialah tiga (3) tahun dari tarikh akhir berunding dengan Orang Kompeten.

E) DOKUMEN DEMONSTRASI OPERASI SELAMAT (DOS)

Jawapan:

Setelah borang JKKP 5 dikemukakan beserta surat iringan yang menyatakan pepasangan adalah diklasifikasi dalam kategori Pepasangan Bahaya Bukan Besar (NMHI) dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum beroperasi

Jawapan:

Pihak pepasangan bertanggungjawab untuk menyemak dokumen DOS yang disediakan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan berhak merujuk dokumen yang dikemukakan dan meminta maklumat tambahan sekiranya dirasakan dokumen dikemukakan tidak memuaskan.

Jawapan:

Kelewatan penghantaran dokumen DOS adalah menjadi kesalahan. Dokumen perlu dihantar dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, pepasangan yang mempunyai justifikasi tertentu boleh menghantar permohonan pelanjutan tempoh masa secara bertulis untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan. Jabatan berhak untuk menerima dan menolak permohonan pepasangan.

Jawapan:

Dokumen DOS terpakai sehingga terdapat pindaan pada butiran di borang JKKP 5.

F) ORANG YANG KOMPETEN MAJOR HAZARD (OKMH)

Jawapan:

 Syarat kelayakan pendaftaran OKMH adalah: -

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam bidang Kejuruteraan atau Fizik atau Kimia, atau Biokimia atau Sains Gunaan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan pengurusan dan kawalan kemalangan bahaya besar melebihi lima (5) tahun;
  4. Mempunyai pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan menyediakan laporan aktiviti industri dan pelan kecemasan tapak.