Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

PELANTIKAN KETUA PENGARAH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)


Sukacita dimaklumkan Tuan Ir. Haji Omar bin Mat Piah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang baharu berkuat kuasa pada 9 April 2018 (Isnin) bagi menggantikan YBhg Dato’ Ir. Mohtar bin Musri yang telah bersara wajib pada 7 Mac 2018 yang lepas.

Tuan Ir. Haji Omar bin Mat Piah merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya pada tahun 1985 dan Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri dari Universiti Kebangsaaan Malaysia pada tahun 2005. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera dan mula bertugas di Bahagian Keselamatan Petroleum, Ibu Pejabat JKKP pada tahun 1985 sebelum bertukar ke Pejabat JKKP Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor. Selain itu, beliau juga pernah ditempatkan di Bahagian Major Hazards, Ibu Pejabat dan berperanan dalam menyediakan Peraturan Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian 1996 (CIMAH). Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), JKKP Malaysia.
 
Dalam masa sama, JKKP turut menerima lantikan baharu bagi jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Tuan Ir. Haji Kormain bin Haji Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), Tuan Ir. Zailee bin Dollah.
 
Sekian, terima kasih.

 
 
Tarikh siaran : 13 April 2018
 
 
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Cetak Emel