Maklum Balas : Pindaan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 Serta Migrasi Akta Kilang Dan Jentera, 1967 & Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan),1984

 

 

Bahagian Dasar dan Penyelidikan sedang membuat pindaan AKKP, 1994 Serta Migrasi AKJ, 1967 & Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan), 1984. Bagi tujuan itu, satu Jawatankuasa Penggubalan telah dibentuk dan diberi tanggungjawab untuk mencadangkan model serta kerangka bagi perundangan KKP yang baru iaitu dengan mengambil kira peruntukkan ketiga-tiga akta yang sedia ada. Sebelum draf ini digubal, terdapat keperluan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak Stakeholders dan industri mengenai cadangan model kerangka AKKP yang baru itu.

Bagi tujuan itu, untuk mendapatkan maklumbalas ini, Jawatankuasa telah menyediakan borang kaji selidik pada portal Jabatan melalui pautan survey. Urusetia Jawatankuasa memohon jasa baik dan kerjasama pihak Tuan/Puan untuk memaklumkan serta memanjangkan perkara di atas kepada pihak industri. Tarikh tutup borang kaji selidik ini sehingga 31 Mei 2011.

Jika terdapat sebarang pertanyaan Tuan/Puan boleh menghubungi Pn. Ramuna binti Mohamed ( 03-88865078 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ) dan En. Azman bin Ahmad di talian (03-88865323 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Klik SINI untuk memberi maklum balas.

Status :Tutup
Tarikh Mula : 6 April 2011
Tarikh Tamat : 31 Mei 2011

Cetak