Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pemantauan Sistem Kren Menara

Pemantauan Sistem Kren Menara (TSM) adalah sistem yang memantau pengendalian kren menara dengan menggunakan teknologi digital untuk membantu pihak kontraktor supaya pengendalian jentera tersebut lebih selamat. Sensor dan sistem amaran awal akan mengurangkan kemungkinan operator kren melakukan kesalahan semasa operasi kren menara.

Kren menara digunakan untuk mengangkat beban semasa pembinaan bangunan tinggi dan jentera yang sangat penting untuk mempercepat proses pembinaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa insiden yang melibatkan kren menara. Kejadian biasanya disebabkan oleh:

  1. kecuaian operator kren;
  2. bahagian kren yang sudah usang;
  3. operator kren yang tidak kompeten; dan
  4. beban berlebihan.

Terdapat juga beberapa kes kemalangan kren menara yang melibatkan orang ramai. Apabila berlaku kemalangan, kerja pembinaan harus dihentikan sementara siasatan oleh JKKP dijalankan. Ini adalah proses yang mahal bagi kontraktor dan juga kerugian yang tidak sepatutnya kepada mangsa dan keluarganya.

Penggunaan TSM dapat memastikan operasi kren menara dijalankan dengan selamat dan dengan itu mengurangkan kemungkinan kemalangan.

Beberapa kelebihan TSM adalah:

  1. sistem ini menggunakan kotak hitam yang akan mengumpul dan menghantar data operasi untuk penyimpanan yang selamat di cloud. Data boleh dimuat turun apabila diperlukan;
  2. memastikan beban yang diangkat tidak melebihi beban kerja yang selamat;
  3. dilengkapi dengan sistem anti-perlanggaran dan pengezonan; dan
  4. pengoperasian kren menara dapat dipantau secara dalam talian menggunakan aplikasi mudah alih. Operasi kren menara juga dapat dihentikan dari jarak jauh.

TSM boleh dipasang ke semua model kren menara. Peranti TSM dipasang di luar sistem kawalan kren untuk mengelakkan gangguan kepada sistem kren.

Berkenaan HiCharm Technology Sdn. Bhd.

HiCharm Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berasakan kejuruteraan dan teknologi digital. Syarikat ini buat masa kini membekalkan dua produck berteknologi digital dengan menggunakan platform rangkaian informasi bersepadu yang di kenali sebagai HiCharm cloud.

Penerangan lanjut berkenaan TSM dan ESM boleh diperoleh melalui pautan berikut: https://hicharmtech.com

Cetak Emel