Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Penilaian Kompetensi untuk Pereka Bentuk dalam OSHCIM

Sinopsis

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Occupational Safety and Health in Construction Industry (Management) OSHCIM pada Februari 2017. OSHCIM adalah pendekatan berdasarkan konsep seperti Prevention through Design PtD (di Amerika Syarikat), Safe Design (di Australia), Design for Safety (DfS) (di Singapura) dan Construction Design Management (CDM) (di UK).

Perubahan signifikan OSHCIM, jika dibandingkan dengan kerangka perundangan OSH yang sedia ada adalah seperti berikut, iaitu OSHCIM: berlaku di fasa reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan perobohan (kitaran penuh); Bermatlamatkan kepada perancangan, reka bentuk dan pengurusan projek pembinaan; Penetapan standard/ objektif yang ingin dicapai; dan Tanggungjawab utama adalah kepada pemilik/ pemaju, pereka utama dan kontraktor utama. Konsep OSHCIM adalah asing bagi industri dan juga majoriti pemain industri (organisasi pembinaan) dan ini merupakan masalah utama di dalam pelaksanaan OSHCIM. Justeru, adalah penting bagi organisasi untuk menonjolkan kemampuan dan keupayaan secara nyata terhadap amalan OSH agar proses pengembangan dan peralihan kepada OSHCIM di dalam industri pembinaan mampu dipermudah. Kami yakin bahawa model penilaian kematangan OSHCIM (yang kini tidak ada) iaitu, Organisational Capability Maturity for OSHCIM (OCM-OSHCIM) membolehkan pemain industri untuk mengetahui secara tepat perkara yang mereka perlu lakukan bagi meningkatkan tahap pelaksanaan OSHCIM di dalam projek pembinaan. 

Kebaikan OCM-OSHCIM

OCM-OSHCIM merupakan instrumen yang digunakan bagi tujuan pemantapan proses kepada organisasi reka bentuk untuk meningkatkan kemampuan OSHCIM mereka. Instrumen penilaian ini mempunyai mekanisme bagi memastikan kemampuan OSHCIM organisasi, di bawah peraturan OSH yang berkaitan.

Instrumen ini dijangka mampu untuk membantu memupuk amalan OSHCIM di kalangan organisasi pembinaan dan seterusnya mendorong ke arah pencapaian prestasi OSH yang lebih baik melalui amalan berorientasikan pencegahan.

Pemain industri atau organisasi reka bentuk juga boleh menggunakan instrumen penilaian ini bagi mengukur kemampuan organisasi dan membuat keputusan di dalam proses perolehan. Instrumen ini diwujudkan bagi mengatasi keterbatasan (contohnya, deskriptif dan senarai semak) alat pengukuran penilaian organisasi sedia ada (contohnya, soal selidik pra-kelayakan Pembinaan (PAS 91) di UK, Senarai Semak Pertimbangan untuk Pereka Utama dan Pereka di OSHCIM.

Faedah Pengkomersialan

Kegunaan model penilaian OCM-OSHCIM di dalam industri harus diperluaskan bagi pengukuhan manfaat di dalam proses pelaksanaan OSHCIM. Perkongsian OCM-OSHCIM dengan pihak industri perlu dilakukan secara terbuka agar capaian ke arah kelestarian pemantapan amalan OSHCIM mampu direalisasikan.

Pautan

Spreadsheet excel OCM-OSHCIM boleh dimuat turun sebagai perisian (royalti percuma) melalui pautan berikut: 

Spreadsheet excel OCM-OSHCIM

Cetak Emel