Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Bum Kren Menara Bengkok
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Bum Kren Menara Bengkok

Bum Kren Menara Bengkok

safetyalert08
Keadaan bum kren menara yang terlibat dalam kejadian

Satu kejadian berbahaya telah berlaku di mana bum sebuah kren jenis hammer head telah bengkok dan meliuk semasa sedang membawa turun sekeping shear wall formwork daripada aras 20 ke aras tanah. Kejadian mengakibatkan bum kren tersebut mengalami kerosakan teruk. Tiada kecederaan kepada pekerja dilaporkan.

Penyiasatan dan pemeriksaan ke atas komponen kren bagi kes ini dijalankan dan fokus utama diberikan kepada komponen-komponen bum yang telah gagal iaitu pada sambungan antara seksyen-seksyen bum dan juga sambungan antara pendant dengan bum.

Kerja-kerja pemasangan dan penyenggaraan kren adalah sangat kritikal dan memerlukan pihak yang kompeten dan berpengalaman untuk melaksanakannya. Pemunya adalah bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan yang lengkap ke atas setiap komponen kren dengan kawalan dan seliaan Orang Yang Kompeten yang telah berdaftar dengan JKKP. Perkara-perkara berkaitan komponen bum berikut harus diberi perhatian utama semasa kerja-kerja memasang dan menyenggara dijalankan:
  1. Tumpuan pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh pemunya perlu diberikan pada setiap sambungan seksyen-sekyen bum, terutamanya ke atas komponen penyambung seperti pin dan cotterpin.
  2. Komponen-komponen yang rosak, cacat atau tidak memenuhi spesifikasi pembuat tidak boleh dipasang sehingga tindakan pembetulan sepatutnya telah diambil.
  3. Pin yang digunakan pada setiap sambungan antara seksyen-seksyen bum perlu dipalang dengan cotterpin bagi memastikan ianya lekap dan tidak mudah tercabut.
  4. Cotterpin yang digunakan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan tidak berkarat supaya ia dapat mengunci pin dengan sempurna dan tidak longgar.
  5. Integriti pengganding (coupler) yang terdapat pada setiap seksyen bum perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, tidak terjejas dan berpandu kepada spesifikasi seperti di dalam rekabentuk oleh pembuat. Ini supaya ianya dapat memegang pin dan cotterpin dengan kukuh dan selamat.
  6. Kaedah penyambungan pengganding pada seksyen bum (kimpalan) hendaklah diperiksa berada dalam keadaan baik berpandukan kepada spesifikasi oleh pembuat.

 

Cetak Emel