Kegagalan Kimpalan Pada Struktur Lengan Gondola

bkf1
Rajah 1 : Jentera permainan yang terlibat, dan lengan berserta gondola yang telah patah menimpa platform

Satu kejadian berbahaya yang melibatkan kegagalan kimpalan pada struktur lengan gondola telah berlaku di sebuah taman tema di ibu negara baru-baru ini. Lengan gondola ini merupakan salah satu komponen utama sebuah jentera permainan di taman tema tersebut. Kegagalan kimpalan pada struktur lengan gondala ini terjadi ketika ianya hendak memulakan putaran, dan kegagalan kimpalan tersebut telah mengakibatkan ianya patah dan jatuh menimpa platform berhampiran. Pemeriksaan ke atas bahagian lengan gondola yang tidak patah mendapati terdapat kesan retakan yang jelas kelihatan di bahagian kimpalan.

Bagi memastikan integriti kimpalan dalam keadaan yang baik, berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang disyorkan:-

  1. Pemeriksaan visual ke atas setiap kimpalan harus dijalankan setiap hari sebelum jentera permainan memulakan operasi;
  2. Setiap retakan yang dijumpai haruslah dinyatakan secara terperinci dan dipantau agar retakan tidak mencapai tahap yang bahaya;
  3. Sekiranya retakan memerlukan proses pembaikan, pemunya harus memastikan bahawa pengimpal yang dilantik adalah pengimpal yang bertauliah dalam menjalankan kimpalan;
  4. Jurutera haruslah memeriksa prosedur kimpalan yang akan dijalankan untuk proses pambaikan;
  5. Ujian tanpa musnah ke atas kimpalan haruslah dijalankan mengikut sela masa yang disyorkan oleh pihak pembuat; dan
  6. Pematuhan ke atas garispanduan sedia ada seperti Guidelines on the Safety Management of Amusement Park Devices.

Rujukan:-

  1. AWS B1.11- Guide for Visual Inspection of Welds
  2. Guidelines on the Safety Management of Amusement Park Devices, 2008

 

Cetak