Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kegagalan Sistem Pempaipan “Corrosion Inhibitor”
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kegagalan Sistem Pempaipan “Corrosion Inhibitor”

Kegagalan Sistem Pempaipan “Corrosion Inhibitor”

Satu kemalangan maut telah berlaku di sebuah loji petrokimia pada Jun 2014 ketika seorang pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas sistem pempaipan yang digunakan untuk menyalur corrosion inhibitordari tangki simpanan ke dalam talian paip gas. Sistem paip corrosion inhibitor telah mengalami kebocoran dan kerja-kerja pembaikan dijalankan dengan memasang box enclosure pada bahagian yang mengalami kebocoran pada ketika sistem paip tersebut berada pada tekanan lebih kurang 70 psi. Ketika mangsa sedang menyediakan seal compound untuk dipamkan kedalam box enclosure, tiba-tiba bahagian paip yang bocor telah patah dan mengakibatkan box enclosure yang dikunci pada flange tercabut akibat daripada tolakan tekanan yang terdapat dalam paip tersebut. Paip corrosion inhibitor bersama box enclosure membengkok ke arah mangsa dan menghentam mangsa seperti ditunjuk pada Gambar 1.

bkf 06 2014
Gambar 1 : Keadaan paip corrosion inhibitor bengkok bersamabox enclosureyang menghala ke arah mangsa.

Langkah-langkah pencegahan:

  1. Pemeriksaan dan penilaian pada bahagian paip yang mengalami kecacatan hendaklah dijalankan oleh pekerja yang terlatih terlebih dahulu untuk mengetahui keterukkan kecacatan tersebut;
  2. Kerja-kerja pembaikan ke atas mana-mana bahagian paip seharusnya dilakukan ketika paip berada pada tekanan sifar;
  3. Menjalan penyelengaraan yang berkala ke atas semua semua sistem pempaipan;
  4. Memasang injap penahan pada sistem pempaipan corrosion inhibitor bagi menggelakkan gangguan operasi paip gas semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan; and
  5. Prosedur pembaikan perlu mendapat kelulusan dari pihak pengurusan setelah mengambil kira hazad dan risiko yang mungkin timbul dari aktiviti kerja yang dijalankan.

Cetak Emel