Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2018
  • Tidak mustahil capai kemalangan sifar di tempat kerja - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2018
  • Tidak mustahil capai kemalangan sifar di tempat kerja - Berita Harian Online

Tidak mustahil capai kemalangan sifar di tempat kerja - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 27 November 2018

 

bh news 271118

PENGARAH JKKP Johor, Dasuki Mohd Heak (dua dari kiri) menyempurnakan majlis sambutan pencapaian tiga juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI) oleh Giant Leap Construction Sdn Bhd di tapak pembinaan Plot 4 Forest City, Iskandar Puteri. - Foto Mohd Fahmi Mohd Yusof

 

ISKANDAR PUTERI: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor hari ini menggesa majikan supaya lebih proaktif dan menggunakan inisiatif tersendiri dalam memastikan kemalangan sifar di tempat kerja.

Pengarah JKKP Johor, Dasuki Mohd Heak, berkata rekod sifar kemalangan tidak mustahil dicapai kerana banyak syarikat atau pemaju berjaya berbuat demikian sebelum ini.

Katanya, ia memerlukan semangat dan inisiatif daripada majikan itu sendiri dalam menguruskan serta memastikan persekitaran tempat kerja menjadi selamat dan teratur.

“Pertama, mereka (majikan) perlu ada kesungguhan. Apabila kamu hendak (mencapai rekod sifar kemalangan), perlulah buat bersungguh-sungguh.

“Kedua, perbelanjaan. Syarikat perlu membelanjakan atau mengeluarkan sedikit wang dalam memastikan persekitaran tempat kerja lebih selamat, seterusnya menjamin kesejahteraan pekerja.

“Perkara ketiga paling penting adalah pengurusan yang diatur dengan baik kerana majikan sendiri yang boleh membentuk persekitaran selamat terlaksana di tempat kerja,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis sambutan pencapaian tiga juta jam bekerja tanpa kemalangan (LTI) oleh Giant Leap Construction Sdn Bhd di tapak pembinaan Plot 4 Forest City di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Giant Leap Construction Sdn Bhd, Zhu Hongjun dan Pengarah Strategi Forest City, Ng Zhu Hann.

Dasuki berkata, JKKP juga menggalakkan pembabitan majikan, pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pekerja dalam program Minggu Bebas Kemalangan Tempat Kerja dan Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyampaikan mesej kepentingan mengamalkan budaya pencegahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak Emel