Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Omar Mahmud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Aktar Ali, 32, sedang membaiki mesin berkenaan.

 Katanya, lelaki itu yang berada dalam kedudukan menunduk separuh badan di dalam mesin tersebut mengalami kesukaran untuk menegakkan semula badannya.

"Rakan-rakan mangsa cuba membantu menariknya keluar dari mesin tersebut namun gagal lalu menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian menarik keluar mangsa dan memberikan rawatan awal selepas lelaki itu mengalami sesak nafas," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menaiki kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE