doshheaderbm

  • Arkib Berita
  • 2017
  • Kepala juruteknik tersepit - Kosmo Online
Slider

Kepala juruteknik tersepit - Kosmo Online

Kosmo Online, 30 November 2017

  

 

 

SEBERANG PERAI – Seorang ketua juruteknik menemui ajal apabila kepalanya tersepit pada sebuah mesin acuan di sebuah kilang memproses komponen penapis air di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Tengah di sini semalam.Dalam kejadian malang kira-kira pukul 7 pagi itu, mang­sa, Lindo Reniel, 38, mati di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Mayat lelaki warga Filipina tersebut ditemui dalam kea­daan berdiri di ce­lah mesin tersebut manakala separuh mukanya hampir terkoyak dan berkecai.

Insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit sedang memeriksa mesin berkenaan semasa bekerja syif pagi.

Kilang berkenaan menghasilkan komponen penapis air untuk dieksport ke luar negara.

Jurucakap bomba ne­geri berkata, pihaknya me­nerima panggilan kecemasan daripada pihak kilang itu pada pukul 7.13 pagi dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda dihantar ke lokasi kejadian.

 

Cetak Emel