• Arkib Berita
  • 2017
  • Majikan jangan ‘kedekut’ melabur - Utusan Online
Slider

Majikan jangan ‘kedekut’ melabur - Utusan Online

Utusan Online, 08 September 2017

 

  

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Majikan dinasihatkan supaya tidak ‘kedekut’ melabur dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondu­sif.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Richard Riot Jaem berkata, rata-rata majikan didapati kurang memberi ke­­utamaan kepada isu-isu ke­selamatan dan kesihatan kerana melibatkan kos dan dianggap tidak berbaloi.

 Menurutnya, se­pan­jang tahun lalu, sebanyak 7,820 kes penyakit dan keracu­nan pekerjaan di­­­la­­porkan kepada Ja­ba­tan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Sebanyak 93 peratus daripada kes yang dilaporkan itu melibatkan masalah pekak ekoran terdedah kepada bunyi kuat, diikuti tulang dan otot (tiga pe­ratus) dan penyakit paru-paru (dua peratus). Majoriti pekerja sektor pengeluar tenaga bebas (IPP) dan loji janakuasa seperti Tenaga Nasional Berhad­ kerap terdedah kepada masalah pe­kak.

“Tahap kesedaran men­ge­nai­ keselamatan dan kesihatan pekerja, khususnya pen­dedahan­ kepada penyakit dan keracunan pekerjaan di negara ini masih pada tahap rendah,” katanya ketika berucap me­rasmikan Seminar Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2017 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman.

Yang turut hadir Timbalan Setiausa­ha (Operasi) kemen­terian, Datuk Mohamed Elias Abu Ba­kar; Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain dan Timbalan Ketua Pe­ngarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP, Kormain Mohd. Noor.

Beliau menambah, berdasarkan kajian Per­tubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kes keracunan pekerjaan di tempat kerja lebih kerap berlaku berbanding pendedahan kepada penyakit, iaitu pada kadar nisbah 6:1.

“Amalan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja perlu diterapkan dan diamalkan oleh semua pihak bagi mencegah berlaku kemalangan dan penyakit pekerjaan daripada berterusan di negara kita,” ujarnya.

 

 

Cetak Emel