Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja ladang maut tersepit pada tayar traktor - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja ladang maut tersepit pada tayar traktor - Utusan Online

Pekerja ladang maut tersepit pada tayar traktor - Utusan Online

Utusan Online, 05 Jun 2017

 

 

TANJUNG MALIM 5 Jun - Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut setelah terjatuh dari traktor yang dipandunya dan tersepit pada bahagian tayar belakang kenderaan tersebut di ladang kelapa sawit Felda Gunung Besout 1 dekat sini semalam.

 

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 40 mengalami cedera parah, maut di tempat kejadian.

Katanya, kejadian berlaku ketika traktor yang dipandu mangsa melalui jalan curam dan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

“Ketika kejadian mangsa sedang memandu traktor ke ladang untuk mengutip buah kelapa sawit. Ketika melalui jalan curam, mangsa dipercayai gagal mengawal traktornya lalu terbabas dan terjatuh ke longkang kecil di sebelah kiri jalan.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tersepit di bahagian tayar belakang kiri oleh penyelia ladang. Usaha mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan dengan bantuan pekerja ladang, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Cetak Emel