Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Majikan jangan sembunyi kes kemalangan - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Majikan jangan sembunyi kes kemalangan - Berita Harian Online

Majikan jangan sembunyi kes kemalangan - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 16 Mei 2017

 

 


 news bho 170517

PENGERUSI NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Asyraf Hamzah

 

JOHOR BAHRU: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) mendapati segelintir majikan khususnya di sektor pembinaan cuba menyembunyikan kes kemalangan di tempat kerja.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata hasil kajian dijalankan pihaknya dengan beberapa universiti tempatan mendapati sebanyak 31,347 kemalangan dilaporkan berlaku di sektor pembinaan antara 2009 hingga 2014.

Katanya, bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 787 kes dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

"Kebanyakan kes di tempat kerja tidak dilaporkan kemungkinan majikan berpendapat ia (kes) yang kecil serta tidak membabitkan sebarang kematian.

"Kemungkinan ada majikan menyembunyikan kes berkenaan kerana bimbang mereka akan disiasat oleh JKKP dan sekiranya ada unsur kecuaian mereka (majikan) boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, NIOSH amat berharap majikan lebih bertanggungjawab dan akan tampil membuat laporan sekiranya berlaku apa sahaja kemalangan di tempat kerja," katanya.

Lam Thye berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2017 Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JKKP Johor, Kormain Mohd Nor. Katanya, laporan yang dibuat majikan amat penting bagi membolehkan JKKP menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

"Apabila JKKP menjalankan siasatan dan mengetahui punca kejadian maka kemalangan yang sama dapat dihindari pada masa akan datang," katanya.

 

Cetak Emel