Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja binaan maut dihempap jengkaut - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja binaan maut dihempap jengkaut - Utusan Online

Pekerja binaan maut dihempap jengkaut - Utusan Online

Utusan Online, 16 Mei 2017

 

 

news uo 160517 

Seorang pekerja binaan maut dihempap jengkaut di tapak pembinaan Jalan Kapas, Bukit Bandaraya di sini hari ini

 

KUALA LUMPUR 16 Mei - Seorang lelaki maut dihempap jengkaut yang dipandunya selepas kenderaan itu terjatuh ke lubang pembinaan di Jalan Kapas, Bukit Bandaraya di sini sebentar tadi.

Kejadian tersebut dimaklumkan kepada pihak bomba pada pukul 4.52 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Salmi Abdul Mukti berkata, pihaknya mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa, Tan Kok Ming, 31, yang dihempap jengkaut dengan bantuan kren yang dikendalikan pekerja binaan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE

Cetak Emel