Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Tangan hancur tersepit mesin proses sawit. - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Tangan hancur tersepit mesin proses sawit. - Berita Harian Online

Tangan hancur tersepit mesin proses sawit. - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 13 Oktober 2016

news bho 141016

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dalam mesin di Malim Nawar pagi tadi. - Foto ihsan bomba

 

KAMPAR: Tangan kanan seorang pekerja hancur dari bahagian siku hingga ke jari selepas tersepit dalam mesin memproses biji sawit di Jalan Tebing Tinggi, Malim Nawar dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 10.30 pagi, Safarudin Ibrahim, 27, dikatakan sedang melakukan kerja memasukkan biji buah sawit sebelum tangan kanannya termasuk ke dalam mesin berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mohd Zawawi Nik, berkata ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa sedang menahan kesakitan dengan tangannya masih tersepit pada mesin berkenaan.

"Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong rantai mesin berkenaan dan kerja-kerja menyelamat itu mengambil masa kira-kira 40 minit disebabkan kawasan tempat kejadian agak sempit.

"Tangan kanan mangsa dari paras siku hingga jari hancur dan dibawa ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan sebelum operasi ditamatkan jam 10.20 pagi," katanya, di sini hari ini.

 

Cetak Emel