• Arkib Berita
  • 2016
  • Tangan budak tersepit eskalator - Kosmo Online
Slider

Tangan budak tersepit eskalator - Kosmo Online

Kosmo Online, 17 Jun 2016

news kso 170616
Anggota bomba menyelamatkan seorang budak perempuan yang tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya besar di Ayer Keroh kelmarin.

MELAKA – Keseronokan sebuah keluarga membeli-belah barangan keperluan Aidilfitri bertukar detik cemas apabila seorang budak perempuan berusia 3 tahun tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya besar di Ayer Keroh di sini malam kelmarin.

Kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa, Iman Sumaiyah Masri bersama ibu bapanya sedang menggunakan eskalator untuk ke aras satu pasar raya berkenaan.

Bagaimanapun, ketika menaiki tangga bergerak itu, tangan kanak-kanak terbabit tiba-tiba tersepit pada pemegang eskalator sebelum kakitangan pasar raya berkenaan pantas mematikan suis.

Mangsa terpaksa menahan kesakitan lebih 5 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba.

Cetak Emel