• Arkib Berita
  • 2016
  • Tangan pekerja kilang tersepit dalam mesin - Sinar Harian Online
Slider

Tangan pekerja kilang tersepit dalam mesin - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 12 Jun 2016

news sho 130616
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa.

NILAI – Seorang pekerja kilang warga Nepal terpaksa menahan kesakitan selama 30 minit apabila tangan kanannya tersepit dalam mesin pembersih di sebuah kilang susu formula di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun itu mengalami patah tangan kanan dan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Mangsa dikatakan mahu memastikan mesin pembersih itu dalam keadaan baik namun secara tiba-tiba tangannya tersepit dan rakan yang melihat kejadian segera memaklumkan kepada penyelia kilang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.40 pagi dan tiba 10 minit kemudian.

“Sebuah jentera dan Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Kita mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang mengalami cedera diserahkan kepada pasukan EMRS untuk rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,”katanya.

Cetak Emel