• Arkib Berita
  • 2016
  • Tidak patuhi SOP punca kemalangan tempat kerja - Sinar Harian Online
Slider

Tidak patuhi SOP punca kemalangan tempat kerja - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 04 Mei 2016

news sho 040516
Gambar Hiasan

BUTTERWORTH - Tidak mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) merupakan punca utama berlaku kemalangan di tempat kerja terutama di kawasan tapak pembinaan.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Mohd Rosdee Yaakob berkata 60 peratus daripada 26 kematian akibat kemalangan di tempat kerja pada tahun lepas melibatkan kemalangan di tapak pembinaan.

"Sejumlah 11 kematian daripada 17 kemalangan maut di tapak pembinaan melibatkan buruh kasar yang bekerja di tempat tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap 494 tapak pembinaan di negeri ini mendapati 170 daripadanya berada di tahap kurang memuaskan.

"Sejumlah 69 kompaun dikeluarkan," katanya sambil menegaskan bahawa JKKP tidak akan berkompromi dengan tahap keselamatan di tempat kerja kerana ia melibatkan nyawa.

Beliau berkata majikan atau industri pembinaan boleh melayari laman web www.dosh.gov.my yang boleh dimuat turun secara percuma bagi mendapatkan maklumat berhubung langkah-langkah perlu dan pematuhan terhadap perundangan yang dikuatkuasakan oleh JKKP. - Bernama

 

Cetak Emel