Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kren gergasi Masjidilharam dipindahkan - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Kren gergasi Masjidilharam dipindahkan - Utusan Online

Kren gergasi Masjidilharam dipindahkan - Utusan Online

Utusan Online, 17 September 2015

news uo 18092015

MEKAH 17 Sept. – Kren gergasi jenis Liebherr, yang tumbang Jumaat lalu yang digunakan untuk projek pembesaran kawasan Masjidilharam dan mengorbankan 111 jemaah serta mencederakan 331 yang lain, telah dipindahkan dari kawasan itu, semalam.

Menurut laman web Arabnews.com, yang memetik seorang jurutera sebagai berkata, kren tersebut tidak akan digunakan dalam projek pembesaran Masjidilharam itu.

Laporan siasatan mendapati, ke­dudukan kren ketika kejadian melanggar arahan pengendali yang disediakan oleh pengilang.

“Terdapat 100 buah kren dalam projek pembesaran kawasan Masjidilharam,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkenaan berkata, kren itu telah menyiapkan sebahagian besar kerja-kerja pembinaan dalam projek itu dan kerja selebihnya akan disiapkan oleh kren-kren lain.

Sumber itu memberitahu, ke­se­mua 100 buah kren di kawasan Masjidilharam telah menjalani pe­meriksaan dari segi teknikal dan mendapati kesemua kren itu berada dalam keadaan selamat.

Sumber itu berkata, kajian sedang dijalankan bagi menentukan sama ada kren itu diperlukan.

“Mana-mana kren yang didapati tidak diperlukan akan dibawa keluar dari kawasan Masjidilharam,” ujarnya.

Kebanyakan kren yang digunakan untuk projek tersebut ditempatkan di selatan dan timur kawasan Masjidilharam.

“Projek pembesaran Mataf hampir siap sepenuhnya dan pekerja kini hanya melakukan kerja-kerja terakhir. Jadi keperluan untuk menggunakan kren juga berkurangan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Gabenor Mekah, Putera Khaled-Al Faisal berkata, Raja Salman Abdulaziz mengarahkan supaya menjaga kebajikan semua jemaah haji bagi memberi keselesaan kepada mereka.– AGENSI

 

Cetak Emel