Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Pekerja kilang maut terkena renjatan elektrik - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Pekerja kilang maut terkena renjatan elektrik - Berita Harian Online

Pekerja kilang maut terkena renjatan elektrik - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 26 Julai 2015

MARANG: Seorang pekerja kilang warga Indonesia ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kilang Papan Seri Marang, Wakaf Tapai di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu disedari oleh pekerja lain yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa yang dikenali Muh Tamrin telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kira-kira pukul 10 malam dan disahkan meninggal dunia.

Difahamkan pihak kilang juga telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada keluarga mangsa dan urusan penghantaran jenazah akan diuruskan oleh pihak kilang.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan berhubung kejadian itu.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

 

 

Cetak Emel