Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Pekerja ladang maut selepas terjatuh dari treler
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2015
  • Pekerja ladang maut selepas terjatuh dari treler

Pekerja ladang maut selepas terjatuh dari treler

Kosmo Online, 05 Mei 2015

SEGAMAT - Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut selepas dipercayai terjatuh daripada treler pengangkut buah yang sedang ditarik sebuah traktor ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kongsi di Felcra Tebing Tinggi, Jementah di sini hari ini.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Sailan Serin berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 4.07 petang itu itu, traktor yang membawa mangsa dikenali sebagai Sukarti, 29, bersama sembilan lagi rakannya baru habis bekerja di ladang berhampiran.

"Ketika kejadian kesemua mereka ditempatkan di bahagian belakang treler yang biasanya untuk membawa buah kelapa sawit dan apabila sampai di tempat kejadian, traktor berkenaan terbabas menyebabkan terbalik bersama treler itu.

"Sukarti dipercayai terjatuh ke bahagian tebing jalan itu yang curam sebelum kenderaan berat tersebut terbalik dan menghempapnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, melihat keadaan tersebut sembilan rakannya yang terselamat bersama orang awam di kawasan berkenaan cuba membantu mangsa dengan mengangkat treler terbabit tetapi tidak berjaya sebelum mereka meminta bantuan bomba. - Bernama

Cetak Emel