Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Penduduk sambut baik program keselamatan
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Penduduk sambut baik program keselamatan

Penduduk sambut baik program keselamatan

Utusan Online, 7 Januari 2014

LAHAD DATU 6 Jan. - Kesudian pihak pengurusan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) menganjurkan program keselamatan di Wilayah Felda Sahabat di sini adalah satu penghargaan tertinggi kepada pihak pengurusan dan masyarakat Felda di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Keselamatan (OSH) Felda Sahabat, Nasip Asintu berkata, penganjuran program besar itu merupakan kebanggaan buat ahli kumpulan keselamatan di situ untuk mengendalikannya.

Katanya, bukan sahaja menerima kehadiran pihak pengurusan tertinggi FGV dari Pusat, penglibatan orang ternama seperti Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye ke daerah itu merupakan satu penghormatan.

Menurutnya, kehadiran tetamu jemputan ke Felda Sahabat yang mengambil masa hampir dua jam dari pekan Lahad Datu itu ternyata mengujakan semua lapisan masyarakat Felda.

"Bukan sahaja pihak pengurusan Felda Sahabat mendapat ilmu pengetahuan secara terus daripada tenaga pengajar terlatih daripada NIOSH dan FGV menerusi seminar dan kursus, malah mereka juga berpeluang menimba pengalaman menganjurkan majlis besar seumpama ini.

"Apa yang menarik, sambutan hangat turut diberikan oleh seluruh lapisan masyarakat sepanjang penganjuran program ini sehingga majlis penutup pada lewat malam," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu bagi seorang lagi OSH Felda Sahabat, Mohd. Jeno Saraamu, inisiatif pihak Kumpulan menganjurkan program seminar dan kursus keselamatan adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan pekerja sentiasa diutamakan.

Beliau berkata, perasaan syukur seluruh lapisan masyarakat berjaya diterjemahkan dalam majlis tersebut menerusi kerjasama erat dan sokongan penuh yang diberikan.

"Saya mewakili masyarakat Felda terutama di Wilayah Felda Sahabat ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kumpulan yang sudi menganjurkan program di daerah ini meskipun berada jauh di kawasan luar bandar," katanya penuh syukur.

 

Cetak Emel