• Arkib Berita
  • 2013
  • Petronas, DOSH lancar OSR-MS
Slider

Petronas, DOSH lancar OSR-MS

Utusan Online, 25 Oktober 2013

 

news 25102013
Dr Johari Basri (depan, kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Ramlan Abdul Malek di majlis pelancaran OSR-MS di Kuala Lumpur, semalam..

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Petroliam Nasional Berhad (Petronas), dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Pesisir Peraturan Sendiri (OSR-MS) bagi membenarkan industri berkaitan menguruskan aset dan kemudahan di luar pesisir.

Naib Presiden Pengurusan Petroleum Petronas, Ramlan Abdul Malek berkata, OSR-MS adalah kolaborasi teknikal yang strategik bertujuan menyediakan rangka kerja berstruktur buat semua operasi dan kemudahan luar pesisir di Malaysia.

"Ia juga adalah garis panduan bagi menguruskan diri dan demonstrasi kawalan aset integriti di samping mematuhi pelbagai keperluan berkanun.

"Rangka kerja baharu ini merupakan hasil daripada kerjasama erat di antara Petronas dan DOSH sejak tahun 2007," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran OSR-MS di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DOSH, Datuk Ir. Dr Johari Basri.

Sementara itu, Johari berkata, aspek keselamatan dalam sektor minyak dan gas terutamanya perlu diberi penekanan bagi mengelakkan berlaku kemalangan dan kecelakaan di tempat kerja.

"Oleh itu, OSR-MS memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan pekerja dan pada masa yang sama membenarkan sistem semasa dilaksanakan.

"Peningkatan soalan yang diajukan oleh masyarakat berkenaan isu keselamatan di tempat kerja menunjukkan mereka kini lebih berhati-hati melakukan sesuatu pekerjaan," katanya.

 

Cetak Emel