Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Sistem Keselamatan Pekerja
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Sistem Keselamatan Pekerja

Sistem Keselamatan Pekerja

 

Utusan Online, 29 September 2013

news 29092013
Sebahagaian daripada kakitangan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM yang terlibat dalam Simulasi DMP.

BERMULA dari tahun 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health atau lebih dikenali sebagai OSH) telah dikuatkuasakan di seluruh jabatan kerajaan dan badan berkanun termasuk Universiti Putra Malaysia.

Keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan perundangan berkaitan sangat ditekankan dan di diberi kepentingan yang sama status dengan matlamat utama UPM.

Sejarah penubuhan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) adalah bermula dari hanya sebuah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di peringkat Universiti.

Ia merupakan entiti yang bertanggungjawab dalam menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di UPM bermula pada tahun 2004.

Keperluan ini adalah sejajar dengan surat arahan rasmi dari Ketua Setiausaha Negara berkaitan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan pelaksanaan arahan, peraturan, prosedur serta peruntukan undang-undang berkaitan keselamatan perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Pada 1 Januari 2006, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) mula ditubuhkan sebagai penggerak dan menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti.

Penubuhan unit ini pada mulanya adalah di bawah tanggungjawab Bahagian Pembangunan.

Namun pada tahun 2007, UPM telah dianugerahkan sebagai Universiti Penyelidikan dan perkembangan ilmu dalam bidang KKP yang mula berkembang secara meluas, Unit ini telah berpindah ke Pejabat Pendaftar sebagai Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada September 2007.

Di bawah Pejabat Pendaftar, pengurusan keselamatan dan kesihatan mula berkembang bukan sahaja kepada aktiviti jawatankuasa malah kepada latihan kompetensi, pelaksanaan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM serta memperkenalkan polisi pemberian pakaian keselamatan.

Berkuatkuasa 1 Ogos 2009, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UPM diletakkan di bawah kawalan Pejabat Naib Canselor dan telah dinaik taraf sebagai satu entiti baharu iaitu Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM.

Pelbagai usaha PPKKP dalam mempromosikan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Program Sambutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM atau lebih dikenali sebagai Bulan KKP UPM telah mula dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

Perancangan dan penumpuan program Bulan KKP UPM sering kali di olah seiring dengan kesesuaian dan isu semasa yang berlaku di Universiti mahupun negara.

Program ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan lain dan penumpuan kepada warga kampus yang meliputi staf, pelajar, kontarktor dan orang-orang lain yang berada dalam premis UPM.

Sepanjang penubuhannya pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua warga kampus termasuklah UPM Kampus Bintulu.

Dalam melaksanakan kelancaran pengurusan OSH, pejabat ini mempunyai sistem pengurusannya yang tersendiri iaitu melalui seksyen Operasi dan Perkhidmatan dan juga seksyen Pengurusan dan Pentadbiran.

Penerbitan dokumen bagi tujuan rujukan bagi warga kampus yang bertujuan untuk memberi panduan terperinci pengurusan OSH dan menangani isu-isu kecemasan termasuk bencana.

Sistem OSH Online yang bertujuan memudahkan urusan pelaporan kes kemalangan atau kejadian berbahaya, aduan dan juga hebahan aktiviti termasuk perkongsian dokumen.

Aktiviti-aktiviti PPKKP UPMMenurut Pengarah PPKKP, Dr. Mohd Rafee Baharudin, setiap tahun UPM akan menganjurkan acara tahunan universiti bagi memastikan budaya keselamatan dan kesihatan dapat dibudayakan. PPKKP bersama-sama Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sentiasa bekerjasama dan seiring dalam memastikan agenda OSH tercapai.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan dengan bantuan penglibatan agensi luar seperti JKKP, NIOSH, JKJR, KKM, Bomba, PDRM, JPAM, AADK, Agensi Nuklear dan lain-lain agensi yang terlibat dalam promosi dan latihan OSH.

Bermula dari tahun 2008, ia julung kali diadakan di laluan utama UPM.

Anjung Putra yang boleh dianggap sebagai nadi utama keluar dan masuk ke UPM di harapkan dapat memberi peluang kepada semua warga UPM untuk mengetahui dengan lebih mendalam serta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam program yang di laksanakan sempena Minggu KKP ini.

Aktiviti utama sempena program tersebut adalah pemeriksaan tempat kerja bagi menobatkan satu Pusat Tanggungjawab sebagai pemenang Anugerah Tempat Kerja Selamat UPM.

Memperkenalkan slogan KKP 'Keselamatan bermula dengan saya' dan mengadakan Seminar KKP termasuk pameran dan pertandingan KKP.

Pada tahun ini, Bulan KKP UPM dilaksanakan selama sebulan berbanding tahun sebelum ini yang hanya dijalankan selama seminggu sahaja.

Ini menunjukkan bahawa UPM amat komited dan serius dalam melaksana amalan budaya kerja selamat kepada semua pekerja dan individu di bawah tanggungjawabnya.

Secara tidak langsung perkara yang dinyatakan didalam Bahagian IV Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 dapat diterjemahkan melalui aktiviti yang dipraktikkan.

Komitmen dan sokongan padu daripada warga UPM dalam mewujud dan mengamalkan budaya kerja selamat akan dapat menjamin staf dan individu menjadi sihat dan produktif dan meningkatkan kualiti kerja.

Sepanjang sebulan Bulan KKP dijalankan berbagai-bagai aktiviti berkaitan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah diadakan.

Melalui slogan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pemangkin Transformasi UPM" yang memberi fokus kepada warga UPM sebagai sumber manusia utama yang melaksana dan mempertingkatkan segala usaha yang berkait dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan tempat kerja selamat di UPM.

OSH City terletak di Bilik Teknikal bagi kegunaan Simulasi Pelan Pengurusan Bencana Melalui Kaedah Table Top Excercise.

Model ini digunakan dalam sesi latihan Pasukan Tindakan Kecemasan di UPM.

Cetak Emel