• Arkib Berita
  • 2013
  • Jadikan keselamatan, kesihatan kerja satu budaya
Slider

Jadikan keselamatan, kesihatan kerja satu budaya

Kosmo Online, 12 February 2013

KUALA LUMPUR - Majikan Malaysia perlu mengkaji kedudukan mereka dengan kedudukan negara-negara maju yang mengalami hanya antara tiga dan empat kemalangan di kalangan setiap 1,000 pekerja, kata pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, perangkaan terbaru Kementerian Sumber Manusia menunjukkan kadar kemalangan perindustrian negara ini menurun dari 10.3 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada 2002 kepada 5.72 kes tahun lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, Lam Thye menegaskan penurunan kadar kemalangan di tempat kerja mencerminkan hasil dari komitmen dan usaha bersama kerajaan, majikan dan pekerja. - BERNAMA

Cetak Emel